Thursday, April 06, 2006

Salah berpeluk, cium di tempat awam (UM 5/4/06)

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membuat satu keputusan bersejarah apabila memutuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mendakwa dua pelajar sebuah universiti dekat sini atas tuduhan berkelakuan tidak sopan di taman awam.
Keputusan itu bermakna kerajaan tempatan kini mempunyai kuasa jelas untuk mewujudkan undang-undang kecil bagi mendakwa mana-mana pihak yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Sheriff dan Datuk Richard Malanjum sebulat suara memutuskan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah betul untuk mendakwa dua pelajar kerana berkelakuan tidak sopan iaitu berpeluk dan bercium di Taman City Centre Kuala Lumpur (KLCC).
Ketika berhujah, peguam bela S. Selvam berkata, perbuatan bercium dan berpeluk di taman awam merupakan luahan cinta dan perlu digalakkan, malah ia merupakan satu bentuk kebebasan hidup yang tidak boleh disekat.
Hakim Ahmad Fairuz yang mencelah berkata, di England dan Amerika Syarikat, perbuatan bercium dan berpeluk di tempat awam diterima oleh masyarakat di sana.
“Tetapi adakah perbuatan berpeluk dan bercium (di tempat awam) boleh diterima penduduk Malaysia? Adakah perbuatan seumpama itu mengikut akhlak orang Asia?”

Ulasan:
Terima kasih mahkamah kerana masih menjunjung tinggi adab ketimuran. Tapi sedih kerana peguam bela mungkin terlupa perkara tersebut mentang-mentang mencari makan untuk membela anak guamnya...

No comments: