Mestikah ada gadis litar untuk penyeri perlumbaan?
Mahu tidak mahu terpaksa terima bahawa bukan semuanya yang berasal dari Barat bagus untuk kita. Kita hendakkan kemajuan tetapi kita tidak mahu sampah kemajuan. Kita sepatutnya memilih yang terbaik untuk negara kita, bukan sampah.
Gadis litar sudah biasa di Barat dan semakin biasa kerana dipaksakan secara tidak sedar di negara timur. Dimana saja, gadis litar dan seumpamanya adalah merupakan penghinaan kepada wanita keseluruhannya.
Cuma dengan upah atau tanpa upah pun sanggup berpakaian yang menjolok mata yang singkat, nipis, ketat dan mendedahkan yang sengaja direkabentuk khas (biasanya oleh pereka fesyen lelaki) untuk majlis tersebut. Yang pastinya bukan pakaian biasa. Pakaian itu sengaja di rekabentuk mempamerkan (reveals) bahagian badan wanita yang dalam keadaan biasa tidak di pamerkan kecuali bila khusus bersama-sama suami yang halal.
Yang tentu nampaknya hebat ialah lelaki kerana mereka berjaya mengupah wanita untuk berpakaian yang mereka kehendaki supaya produk syarikat mereka laku di pasaran.
Kita bercakap mengenai penghinaan kepada wanita keseluruhannya, yang perlukan pembelaan secara sistematik. Selamanya tubuh wanita bukan untuk dijual. Bukan lagi masalah chauvinistic. Bukan masaalah golongan minoriti atau majoriti, atau terpaksa ikut majoriti atau lebih pelik lagi kalau yang majoriti kena ikut minoriti. Bahkan penghinaan kepada semua rakyat Malaysia kerana kesannya dalam masa panjang akan menggugat semua. Kita ibarat penumpang didalam kapal yang sama yang sedang bocor…
Negara kita hendak jadi maju mengikut acuan kita..bukan mengikut acuan Barat. Kalau kita lalai lagi mungkin akan kita jadi maju tetapi mengikut acuan Barat dengan berbagai masalah seperti kerosakan moral, seks bebas, dadah dan sexually transmitted diseases: AIDS dan sebagainya.
Semua orang tahu masalahnya tapi tidak dapat buat apa. Sila lihat dan kaji habis-habisan apa yang berlaku di negara maju yang berdekatan dengan kita iaitu di Singapura dan Jepun... Kita sudah merasa bahang kemajuan kerana mengambil sampahnya. Nak lagi? Jaga-jaga kerana tak mungkin tak sampai destinasi kalau pengembaraan sudah bermula…
Kembalikan maruah wanita dimana saja.
No comments:
Post a Comment