BACHOK 21 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan empat kerajaan negeri mengambil tindakan yang sesuai untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.
Katanya, empat negeri tersebut - Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak sepatutnya awal-awal lagi memikirkan untuk mengambil tindakan seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Difahamkan Wilayah Persekutuan telah pun menyiapkan draf undang-undang itu.
Pada masa ini semua negeri beraja - Perlis, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu serta Melaka sudah menjalankan kuasa itu melalui enakmen negeri masing-masing.
Kelantan negeri paling awal berbuat demikian pada tahun 1981 dan paling akhir ialah Johor pada tahun 1991.
Ulasan: Dari sudut undang-undang, sudah habis harapan untuk memurtadkan orang Islam. Jaga-jaga serangan mungkin datang dalam bentuk yang lain.
Apa jadi pun, semua kita perlu berdakwah, menyampaikan Islam dengan sebaik cara kepada orang kafir di sekeliling kita. Dengan dakwah, ruh Islam akan menyerap masuk ke hati kafir menerima Islam.
Tanpa dakwah, sejarah telah menunjukkan orang Islam akan terhina.
No comments:
Post a Comment