Monday, February 05, 2007

2 juta rakyat Malaysia diabetis

PANTAI REMIS 4 Feb. – Dua juta rakyat negara ini, iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetis pada masa ini, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.
Apa yang lebih membimbangkan, kata beliau, satu pertiga daripada jumlah pesakit yang ramai itu tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit tersebut.
Beliau berkata, senario yang sama juga berlaku ke atas pesakit darah tinggi kerana ramai di kalangan penghidap penyakit itu tidak menyedari mereka menghidap darah tinggi.
‘‘Justeru, pemeriksaan kesihatan di kalangan masyarakat amat penting kerana penyakit seperti diabetis boleh melarat atau membawa kepada penyakit kronik lain.
‘‘Penyakit ini jika tidak dirawat sejak awal boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit lain seperti masalah buah pinggang, darah tinggi, jantung dan angin ahmar,” katanya.

Ulasan: Jaga badan kita supaya sihat dan tangkas (fit) supaya boleh membantu kerja-kerja dakwah untuk menyelamatkan manusia dari azab Allah.

No comments: