Friday, February 09, 2007

Enam panduan umum khalwat

KANGAR 8 Feb. - Mufti Perlis, Dr. Mohamed Asri Zainul Abidin hari ini menggariskan enam panduan umum yang perlu diberi perhatian oleh penguat kuasa ketika menjalankan operasi khalwat membabitkan umat Islam.
Pertama, katanya, sesuatu operasi itu hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (intipan mencari kesalahan), berkembang dalam masyarakat Islam.
Panduan kedua yang digariskan beliau ialah sesuatu operasi itu sendiri tidak boleh berasaskan tajassus.
Dr. Mohamed Asri berkata, perkara ketiga sebagai panduan ialah operasi tidak boleh berasaskan perkhabaran yang tidak diyakini.
Perkara keempat yang ditekankan ialah pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama Muslim, secara langsung atau tidak, tanpa kesedaran sendiri.
Dr. Mohamed Asri meletakkan panduan kelima sebagai tidak boleh didedahkan maksiat sebelum dijatuhkan hukuman, maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggah prinsip keadilan dalam Islam.
Bagi panduan keenam, beliau memberi penekanan bahawa setiap pelaksana hendaklah faham bahawa jika diragui sesuatu operasi itu mungkin melanggar larangan syarak yang lain, maka hendaklah tinggalkan…(Utusan Malaysia, 9/2/07).

Ulasan: Semoga Perlis berjaya menjadi negeri bebas maksiat.

No comments: