Monday, October 09, 2006

Cetus protes terbaru - Menteri kedua Britain pertikai wanita Islam pakai purdah

LONDON 8 Okt. – Seorang lagi menteri kerajaan pimpinan Tony Blair masuk campur dalam pertelingkahan hangat mengenai pemakaian purdah oleh wanita Islam dengan memberi amaran, mereka berdepan dengan risiko mencetuskan “ketakutan dan balas dendam.” Menteri Masyarakat, Phil Woolas menggesa penduduk Islam memahami pandangan bukan Islam yang kononnya mendapati purdah sebagai sesuatu yang “menakutkan dan mengganggu.”
Woolas yang bertanggungjawab terhadap hubungan komuniti, kaum dan kepercayaan, menyokong bekas Setiausaha Luar, Jack Straw yang mencetuskan perdebatan mengenai isu tersebut sejak Khamis lalu.


Ulasan: Terjawab bila membaca akhbar sama pada hari yang sama mengenai ‘Reaksi Timbalan Perdana Menteri: LONDON 8 Okt. – Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott hari ini menolak pandangan rakannya yang menggesa wanita Islam menanggalkan purdah, tetapi mengalu-alukan perbahasan mengenainya.
Prescott memberitahu BBC, beliau tiada masalah untuk berkomunikasi dengan wanita Islam memakai purdah. “Saya merasakan seorang wanita hendak memakai purdah, mengapa tidak? Itu pilihan dia Ia bukan satu isu yang besar,” kata beliau di sini.’

Masalahnya bukan pada yang memakai purdah, tetapi masih ramai wanita Islam yang tidak langsung kisah membuka aurat didepan lelaki yang bukan mahram.
Lelaki sebagai suami atau ayah sepatutnya mengajar isteri dan anak perempuan supaya menghormati agama.

No comments: