Friday, October 20, 2006

PM: Amalan berkongsi perayaan tidak cemarkan agama

PUTRAJAYA 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, amalan berkongsi perayaan kaum di negara ini tidak mencemarkan agama sebaliknya ia dapat mengeratkan lagi perasaan muhibah di kalangan rakyat Malaysia.

&

Kukuhkan tradisi sambut perayaan bersama-sama – Abdullah

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru rakyat Malaysia memperkukuhkan tradisi menyambut hari perayaan bersama-sama agar integrasi kaum lebih utuh.

Ulasan: Peringatan orang tua – Bermula dengan sedikit lama-lama jadi bukit. Jangan sampai satu masa nanti kita seronok berkongsi PERAYAAN AGAMA lain menyebabkan pegangan kita terhadap Islam menjadi longgar dan terlibat dengan pelbagai maksiat (derhaka kepada Allah) akhirnya kita menjadi sejarah seperti apa yang berlaku di Bosnia dulu : Orang Islam walaupun tidak bersalah terpaksa membayar terlalu mahal iaitu dengan maruah dan nyawa. Semata-mata kerana ramai seronok meninggalkan Islam dan merasa selesa mengambil cara hidup pengikut agama lain.

Kita semua telah lama bersetuju orang agama lain bebas mengamalkan agama mereka termasuk merayakan perayaan AGAMA masing-masing. Tidak ada masalah kalau hanyalah perayaan sesuatu KAUM/BANGSA selagi tidak bercanggah dengan Islam.

Orang Islam kena tegas dalam hal agama. Khusus menjurus kepada perayaan AGAMA. Bukan hanya perayaan KAUM.
Sejak bila pula menjadi tradisi menyambut sambut perayaan AGAMA bersama-sama?

No comments: