Monday, October 09, 2006

Tunisia tetap pertahan pengharaman tudung

TUNIS: Kerajaan Tunisia, sebuah negara Islam mengulangi larangannya mengharamkan wanita memakai hijab atau tudung atas alasan melindungi hak golongan wanita itu.
Berikutan itu ada pelajar wanita yang dibuang sekolah hanya kerana mengenakan tudung selain menjadi mangsa perbuatan diskriminasi dan gangguan hanya kerana menutup aurat.
Keputusan kerajaan itu bagaimanapun disambut kecaman kaum wanita, khususnya aktivis, badan bukan kerajaan dan pelajar yang mendakwa mereka berdepan pelbagai masalah akibat larangan berkenaan, lapor Islamonline semalam.
Pada 1981, bekas Presiden Habib Bourguiba (1956-1987) meluluskan undang-undang mengharamkan semua wanita Tunisia bertudung di semua pejabat kerajaan. Pemakaian tudung itu sebaliknya dianggap sebagai ‘pakaian puak pemisah.’
Selepas itu, pada era 1990-an, kerajaan memperketatkan lagi larangan itu dengan membabitkan semua institusi dan bangunan awam.


Ulasan: Rupa-rupanya ada negara Islam yang haramkan tudung yang di perintah oleh Allah. Dulu bersusah-payah menghalau penjajah, tapi berlaku zalim kepada rakyat sendiri. Apakah erti sebuah kemerdekaan negara. Di atas nama kemajuan dan pembangunan tudung di haramkan. Selama ini pun Tunisia masih jauh dari kemajuan dari sudut kemajuan Barat. Yang terus menghalang kemajuan ialah sikap keras terhadap agama. Hebatkah sangat Tunisia tanpa Islam?

Dalam pertentangan di antara kerajaan Tunisia yang keras terhadap rakyat dan rakyat biasa Tunisia yang sayangkan Islam, sudah pasti rakyat akan menang suatu masa nanti.
Tunggu dan lihat bagaimana kerajaan keras akan hancur satu demi satu…

No comments: