Monday, October 02, 2006

'Kafe siber’ di sekolah -- Pusat Akses Komputer untuk pelajar buat tugasan, budayakan ICT

KLUANG 1 Okt. – ‘Kafe siber’ di sekolah. Ia akan menjadi realiti sepenuhnya tidak lama lagi apabila Kementerian Pelajaran membekalkan 10 unit komputer di hampir semua 10,000 sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.
Ia akan dikenali sebagai Pusat Akses Komputer, yang konsepnya sama seperti kafe siber.
Menurut menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebanyak 1,500 buah sekolah dengan 15,000 unit komputer, 1,500 unit pencetak, perabot dan infrastruktur dengan kos sebanyak RM70 juta terlibat dalam fasa pertama.

Ulasan: Seperti biasa, yang seronok ialah kontraktor yang dapat tender membekalkan dan memasang alat kafe siber sekolah. Pastikan betul-betul layak. Jangan peruntukan habis, projek tak berjaya. Doakan supaya rasuah tidak berlaku.



Lembaga Kemajuan Bandar ditubuh ganti peranan UDA

JOHOR BAHRU 1 Okt. – Kabinet pada mesyuaratnya Rabu lepas meluluskan penubuhan Lembaga Kemajuan Bandar (LKEB) bagi menggantikan peranan UDA Holdings dalam meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan.

Ulasan: Semoga LKEB berfungsi lebih baik daripada UDA dulu untuk memastikan orang Bumiputera mendapat tempat dan berjaya dalam bidang perniagaan di bandar.


Kerajaan rugi RM40 bilion ‘rasuah polisi’ Thaksin

BANGKOK 1 Okt. – Rasuah sistematik melibatkan 95 projek mega yang dilaksanakan sepanjang lima tahun setengah perkhidmatan kerajaan Thaksin Shinawatra dipercayai menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM40 bilion (400 bilion baht).
Profesor Supannee Chai-amporn dari Institut Pentadbiran Pembangunan Negara dan rakannya, Sirinthip Arun-rue menyatakan, ‘rasuah polisi’ berlaku secara meluas dalam tempoh Thaksin menjadi Perdana Menteri.
Rasuah polisi serta bentuk penipuan biasa seperti persekongkolan untuk mendapatkan tender, manipulasi spesifikasi projek dan sogokan, semua sekali menyebabkan kos projek kerajaan meningkat 5 hingga 30 peratus, menurut kertas penyelidikan itu.

Ulasan: Bagaimana dengan rasuah di Malaysia? Tanyalah kontraktor yang terpaksa membayarnya semata-mata untuk mendapat habuan projek walaupun bertentangan dengan undang-undang negara dan agama Timur dan menghabiskan duit kerajaan (sebenarnya duit rakyat) tak tentu fasal.

Kalaulah BPR di beri kuasa penuh untuk menyiasat rasuah dan membawa ke mahkamah… Kita tunggu bila ia terjadi… Tentu Malaysia lebih aman bila rasuah tidak ada.

No comments: