Friday, October 20, 2006

Kongsi Raya sejauh mana dibenarkan?

Punca: http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=1841&mode=&order=0&thold=0

Cukuplah... Tiada istilah Deepa Raya mahupun Xong Xi Raya. Raya kita dan raya mereka amat jauh berbeza.

Cukuplah!!! Telah terlalu banyak perayaan di negara kita. Dari perayaan sambutan Kemerdekaan, Pesta Air, Pesta itu, Pesta ini... Karnival itu, karnival ini sampailah ke Sambutan Pesta Perkongsian Raya. Kalau dihitung-hitung mungkin setiap bulan pasti ada majlis berbentuk perayaan dan suka-suka.

Hanya atas satu alasan. Perpaduan. Yer, perpaduanlah yang dilaungkan. Perpaduankah kalau hanya kita sahaja yang memberi??? Hanya kita sahaja yang sanggup berkongsi...

Jenguklah di mana-mana pesta, di mana-mana perayaan, di mana-mana karnival. Siapa yang hadir??? Pasti 90% atau mungkin lebih yang hadir adalah mereka yang kulitnya sama dengan kita, matanya sama dengan kita. Mereka... hanya apabila sesuatu itu menguntungkan, barulah akan nampak batang hidung mereka.

Perpaduankah kalau mereka yang datang masih duduk berbual dikelompok masing-masing. Aku dengan kelompok aku dan mereka setia dengan kelompok mereka dalam pertuturan bahasa yang berbeza. Perpaduankah kalau hanya segolongan sahaja yang memberi segalanya...

Bersama-sama ini di sertakan sebuah artikel yang menarik dari IslamOnline……

Kongsi Raya : Bukan Amalan Islam

Hari raya adalah hari yang dimuliakan atas dasar agama. Di dalamnya dihimpunkan semua ciri-ciri keagamaan dan dizahirkan syiarnya. Pada hari itu seseorang berbangga dengan agamanya, kerana hari raya adalah hari kebesaran bagi sesuatu agama. Jika hari raya yang disambut itu adalah hari raya bagi agama Hindu, maka agama Hindu dan kepercayaan-kepercayaan yang ada di dalamnya disambut dan dibesarkan. Demikian juga jika hari raya tersebut adalah hari raya penganut Kristian, maka agama Kristian bersama kepercayaan-kepercayaannya dibesar dan dibanggakan oleh penganutnya. Demikianlah seterusnya bagi agama-agama lain.

Bagi Islam, terdapat dua hari raya yang diiktiraf sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw di dalam hadith baginda yang diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. katanya :

قدم رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما -كعادة الأمم (الروم والفرس) كل أمةٍ لها أعياد، فكان للعرب في الجاهلية يومان يلعب فيهما أهل المدينة - فقال صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ما هذان اليومان؟ فقالوا: كنا نعلب فيهما في الجاهلية، فقال صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إن الله قد أبدلكم بهما خيراً منهما، يوم الأضحى ويوم الفطر

Maksudnya : "Ketika Rasul saw sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi saw melihat mereka menyambut dua hari tersebut)


Nabi saw bertanya : "hari apakah dua hari ini ?" Mereka menjawab : "Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini." Sabda Nabi saw : "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata : "Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

Di dalam hadith ini jelas menunjukkan dua hari raya di zaman Jahiliyah yang disambut oleh penduduk Madinah di peringkat awal itu tidak diiktiraf oleh Nabi saw, walau untuk membiarkan mereka bermain pada dua hari tersebut sepertimana adat kebiasaan yang mereka lakukan. Bahkan Nabi saw menegaskan dengan sabda baginda :

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan (dua) hari yang lebih baik dari dua hari tersebut "

Nabi menegaskan Aid al-Adha dan Aid al-Fitr adalah dua hari raya yang datang menggantikan hari raya yang disambut oleh masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu. Apabila telah datangnya pengganti (al-Adha dan al-Fitr) maka yang diganti (dua hari raya di zaman Jahiliyah) ditinggalkan dan tidak mungkin untuk disambut bersama lagi buat selama-lamanya.
Ini adalah sesuatu yang jelas dan tidak mungkin untuk seseorang mengatakan kita sambut kesemua hari raya tersebut samaada ianya al-Adha dan al-Fitri ataupun dua hari raya yang disambut di zaman Jahiliyah, kita sambut kesemuanya dan kita namakan sebagai 'Kongsi Raya' .

Maka dua hari raya yang telah digantikan oleh Nabi saw dengan hari raya Aid al-Adha dan Aid al-Fitr itu terus ditinggalkan oleh para sahabat Nabi saw hingga tidak tertinggal walaupun sedikit dari apa-apa jenis sambutannya, sehingga kebanyakan umat Islam hari ini tidak mengetahui langsung bilakan dua hari raya tersebut dirayakan di zaman Jahiliyyah.

Islam Sentiasa Mengamalkan Sikap Bertoleransi

Islam mengarahkan umatnya untuk berinteraksi sebaik mungkin dengan penganut-penganut agama yang lain. Islam memberikan peruntukan pahala kepada sesiapa yang membantu penganut agama lain yang memerlukan bantuan. Bukan sekadar bantuan, bahkan Islam memberi galakan kepada penganutnya untuk berbuat baik kepada mereka. Allah berfirman :

لاَ يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya : "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengeluarkan kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". (al-Mumtahinah : 8)

Kalimat al-Birr (البر) atau berbuat baik yang digunakan di dalam ayat di atas merangkumi semua maksud kebaikan dan ia lebih luas dari maksud adil. Ia memberi galakan kepada umat Islam untuk bergaul dengan penganut agama lain dengan baik dan adil sesuai dengan hak kemanusian, selama-mana perkara itu bersangkutan dengan hak-hak kemanusiaan.


Bukti wujudnya galakan untuk berbuat baik kepada penganut-penganut agama lain di dalam ayat di atas ialah apabila Allah mengakhirkan ayat tersebut dengan mengatakan : "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". Ini adalah galakan daripada Allah swt kepada setiap orang yang beriman, kerana setiap orang yang beriman itu semestinya akan mencari perkara-perkara yang disukai oleh Allah swt untuk mereka lakukan, dan salah satunya ialah berbuat baik dan berlaku adil kepada penganut-penganut agama lain.

Tidak cukup dengan itu Allah swt di dalam surah al-Kafirun memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka. Allah swt berfirman :

Maksudnya : "Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. [2]Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. [3] dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. [4] dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. [5] dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. [6] dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami."

Inilah kemuncak sikap toleransi Islam terhadap penganut agama yang lain, penganut agama lain tidak pernah dipaksa untuk memeluk Islam walaupun mereka tinggal dalam kumpulan majoriti umat Islam di dalam Negara Islam dan mencari rezki di dalamnya. Mereka juga tidak dihalang untuk menyembah dan beribadat kepada tuhan mereka mengikut cara yang ada di sisi mereka. Inilah hak kemanusia yang Islam berikan kepada semua penganut agama yang lain.

Islam Mempunyai Perayaannya Tersendiri

Suatu hari Abu Bakar ra masuk menemui Nabi saw di rumah baginda. Dia dapati terdapat dua orang Jariah kanak-kanak yang sedang menyanyi. Lalu Abu Bakar berkata :

أبمزمور الشيطان بين يدي رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟

Maksudnya : "Apakah dengan seruling Syaitan ada di depan (rumah) Rasulullah saw ? Nabi saw bersabda :

يا أبا بكر دعهما فإن لكل قوم عيد وهذا عيدنا

Maksudnya : "Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari raya mereka, dan hari ini adalah hari raya kita (umat Islam)."

Ini petunjuk dari Nabi saw untuk mengkhususkan bagi setiap agama itu perayaan mereka tersendiri dan tidak ada perkongsian dalam menyambut perayaan. Bagi umat Islam perayaan mereka dan bagi penganut lain perayaan mereka tersendiri pula.

Kongsi Raya Tidak Pernah Wujud Di Zaman Nabi saw

Masyarakat majmuk yang sering dilaungkan orang ramai untuk menghalalkan kongsi raya bukanlah pertama kali di dalam dunia berlaku di Malaysia. Nabi saw lebih dahulu mengamalkan hidup dalam masyarat yang majmuk. Bahkan Nabi saw berjaya memberikan contoh yang terbaik dalam mengadakan hubungan bersama mereka.

Nabi saw tinggal di Madinah dalam keadaan penganut Yahudi telah ada di Jazirah Arab di beberapa tempat seperti di Madinah sendiri dan di Khaibar. Demikian juga penganut Kristian telah ada di Najran (نجران), Yaman, di Son'aa (صنعاء) dan di tempat-tempat lain.

Sejarah membuktikan wujudnya perhubungan antara orang-orang Islam dengan penganut agama yang lain dalam urusan keduniaan seperti perniagaan dan seumpamanya. Mereka bersama di pasar-pasar jual beli, mereka hidup dalam satu masyarakat majmuk.

Namun begitu, jika diperhatikan kepada sirah Nabi saw tersebut, kita tidak akan dapati adanya di kalangan umat Islam yang menyambut perayaan-perayaan agama lain yang ada ketika itu, dalam apa bentuk perayaan sekalipun. Dalam masa yang sama masyarakat Islam bersungguh melaksanakan dakwah menyeru penganut lain kepada Islam, dan perpaduan tetap terjalin.

Hukum Menyambut Perayaan Bukan Islam

Allah swt, di akhir surah al-Furqan (الفرقان), ketika menyebut sifat hamba-hambaNya, berfirman :

وَالَّذِينَ لا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً

Maksudnya : "Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)

Para ulama Tafsir menakalkan sepertimana yang terdapat di dalam al-Durar al-Manthur (الدرر المنثور), demikian juga seperti yang disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya dari sebahagian Tabi'ien seperti Mujahid (مجاهد), al-Dhohak (الضحاك), Ikrimah (عكرمة) dan yang lainnya bahawasanya - يَشْهَدُونَ الزُّورَ (iaitu tidak meyaksikan yang palsu) – itu ialah perayaan-perayaan Kafir dan Musyrikin.

Dr. Safar Bin Abdul Rahman al-Hawali di dalam laman web beliau mendakwa akan sepakatnya semua para fuqaha akan haramnya menghadiri perayaan bukan Islam dan bersama merayakannya. Beliau menyebut salah seorang ulama dari mazhab Malik yang bernama Abu Abdillah Abdul Rahman Bin al-Qasim al-Misri yang menganggap sesiapa yang hanya membeli tembikai sempena dengan perayaan bukan Islam, dia seolah-olah telah membeli seekor babi untuk disembelihkan.

Di sisi ulama mazhab Hanafi pula lebih keras, sehingga ada yang berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya.

Jika kita himpunkan kesemua perkataan para ulama, kita akan dapati bahawasanya semua mereka mengharamkan menyambut perayaan bukan Islam termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, bahkan mazhab al-Zohiri juga.

Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :

"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil.


Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.

Al-Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid pula apabila ditanya tentang hukum yang sama menjawab :

"Tidak boleh bersama orang-orang kafir menyambut perayaan-perayaan mereka disebabkan perkara-perkara berikut :

1- Ia termasuk dalam al-Tasyabbuh (menyerupai orang kafir). Nabi saw bersabda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, , maka dia termasuk salah seorang dari mereka." (hadith riwayat Abu Daud). Ini adalah amaran yang serius. Abdullah bin al-'Ash berkata : "Sesiapa yang hidup di atas tanah orang-orang musyrik, lalu menyambut hari Nairuz (perayaan tahun baru) mereka, dan perayaan-perayaan mereka, dan dia telah menyerupai mereka sehingga dia mati, dia akan rugi pada hari kiamat."

2- Bersama di dalam perayaan adalah sebahagian daripada Mawaddah dan Mahabbah kepada mereka. Allah berfirman : "Jangan kamu menjadikan Yahudi dan Nasara itu Auliya'…" dan firmannya lagi : "Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu menjadikan musuh-musuh Ku dan musuh-musuh mu sebagai teman-teman setia, kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada diantara kamu dengan mereka, sedangkan mereka telah kufur dan engkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu…" (al-Mumtahinah : 1)

3- Sesungguhnya hari raya adalah perkara agama dan aqidah, ia bukan sekadar adat dunia sepertimana yang disebut di dalam hadith : "Bagi setiap kaum itu ada hari rayanya mereka, dan ini adalah hari raya kita." Hari raya mereka itu melambangkan aqidah mereka yang rosak, syirik dan kufur.

4- (ayat al-Quran – "dan orang-orang yang menyaksikan yang palsu…) telah ditafsirkan oleh para ulama sebagai (menyaksikan) perayaan-perayaan orang-orang musyrik. Tidak boleh memberi kad-kad ucapan perayaan kepada mereka atau menjualnya kepada mereka, atau apa sahaja yang keperluan perayaan mereka seperti lampu-lampu, pokok-pokok (untuk perayaan), makanan-makanan (untuk perayaan), dan selainnya."

Di dalam fatwanya yang lain, apabila ditanya tentang hukum mengucapkan tahniah kepada perayaan kafir beliau menyebut :

"Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada hari Krismas atau selainnya dari perayaan keagamaan adalah haram dengan kesepakatan para ulama, sepertimana yang dinaqalkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah (أحكام أهل الذمة) ketika beliau berkata : "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan : "Selamat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya.

Perkara ini jika selamat pun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya.


Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."

Inilah sebahagian perkataan para ulama yang sempat dimuatkan. Kesemua mereka melarang keras menyambut perayaan bukan Islam. Kerana mustahil perayaan Islam yang dibina atas dasar mentauhidkan Allah, bersih dari kesyirikan dan kebatilan boleh dikongsi dengan perayaan agama lain, dimana kesyirikan dan kebatilan dinyatakan pada hari tersebut.


Dr. Yusur al-Qaradhawi yang lebih ringan dalam masaalah ini, yang mana beliau berpendapat boleh seseorang muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetap melarang untuk menyambut sekali perayaan bukan Islam. Beliau menyebut :

"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah swt berfirman (maksudnya) : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (al-Nisa :86)

Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"

Sumber : Islamonline

PM: Amalan berkongsi perayaan tidak cemarkan agama

PUTRAJAYA 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, amalan berkongsi perayaan kaum di negara ini tidak mencemarkan agama sebaliknya ia dapat mengeratkan lagi perasaan muhibah di kalangan rakyat Malaysia.

&

Kukuhkan tradisi sambut perayaan bersama-sama – Abdullah

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru rakyat Malaysia memperkukuhkan tradisi menyambut hari perayaan bersama-sama agar integrasi kaum lebih utuh.

Ulasan: Peringatan orang tua – Bermula dengan sedikit lama-lama jadi bukit. Jangan sampai satu masa nanti kita seronok berkongsi PERAYAAN AGAMA lain menyebabkan pegangan kita terhadap Islam menjadi longgar dan terlibat dengan pelbagai maksiat (derhaka kepada Allah) akhirnya kita menjadi sejarah seperti apa yang berlaku di Bosnia dulu : Orang Islam walaupun tidak bersalah terpaksa membayar terlalu mahal iaitu dengan maruah dan nyawa. Semata-mata kerana ramai seronok meninggalkan Islam dan merasa selesa mengambil cara hidup pengikut agama lain.

Kita semua telah lama bersetuju orang agama lain bebas mengamalkan agama mereka termasuk merayakan perayaan AGAMA masing-masing. Tidak ada masalah kalau hanyalah perayaan sesuatu KAUM/BANGSA selagi tidak bercanggah dengan Islam.

Orang Islam kena tegas dalam hal agama. Khusus menjurus kepada perayaan AGAMA. Bukan hanya perayaan KAUM.
Sejak bila pula menjadi tradisi menyambut sambut perayaan AGAMA bersama-sama?

Petani Australia bunuh diri akibat kemarau

SYDNEY 19 Okt. – Purata seorang petani Australia membunuh diri dalam tempoh setiap empat hari kerana tekanan akibat hutang yang semakin bertambah dan tanaman tidak membuahkan hasil berikutan musim kemarau.
Kemarau paling buruk yang berterusan sejak enam tahun dalam tempoh 100 tahun itu menyebabkan kebanyakan petani putus harapan dan menghadapi tekanan ketika mengusahakan tanah ladang mereka dan mengekalkan tanah yang diwarisi sejak beberapa generasi.

Ulasan: Tidak perlulah mengambil tugas Malaikat Izrail dengan mencabut nyawa sendiri. Bunuh diri bukanlah penyelesaian terbaik kerana sekurang-kurangnya menyusahkan keluarga dan orang lain dari masalah berbangkit, menafikan negara dari usahanya dan lari dari masalah yang ada.

Syukur kepada Allah bila mendapat rahmat dunia dan bersabar bila di uji dengan bencana dunia termasuk kemarau. Hidup di dunia ini hanyalah sementara saja. Berusaha sedaya upaya tapi take it easy...

Wednesday, October 18, 2006

Rumah usang tujuh beradik daif diperbaiki

ALOR STAR 17 Okt. – Rumah usang yang didiami oleh tujuh beradik daif di Kampung Titi Kerbau dekat sini sejak beberapa tahun lalu akan diperbaiki selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Kerja-kerja membaiki rumah usang itu diselenggarakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bertujuan memberikan kediaman yang lebih selesa kepada tujuh beradik berkenaan.

Ulasan: Tak perlulah menunggu beritanya tersiar baru ambil tindakan. Kerajaan BN melalui mekanisma yang ada contohnya JKKK sentiasa memantau orang melarat boleh menyalurkan bantuan.

Ketua Jabatan Syariah Takaful Malaysia mohon maaf

KUALA LUMPUR 17 Okt - Ketua Jabatan Syariah Takaful Malaysia, Mohd. Fauzi Mustaffa hari ini memohon maaf berhubung kandungan e-mel beliau yang melarang ucapan selamat dibuat bagi perayaan agama lain.
Fauzi menegaskan e-mel berkenaan merupakan pandangan peribadi beliau dan bukan pandangan rasmi Takaful Malaysia.

Ulasan: Tanpa e-mail itu pun memang begitulah pendirian kita dari dahulu. Dalam hal beragama, kita perlu berhati-hati dan merujuk kepada ulama yang muktabar yang benar dengan ilmunya.

Masalah orang kafir dari berbagai agama itu tak jadi hal kerana Islam TIDAK PERNAH memaksa oang kafir supaya masuk Islam. Orang kafir nak merayakan hari besar ugama mereka adalah hak mereka dan ini pun bukan masalah kita.

Tapi masalah yang ada ialah kita ucap selamat dibuat bagi perayaan agama lain. Sejak bila pula nak sibuk ucap selamat dibuat bagi perayaan agama lain? Jelas ayat terakhir dalam Surah Kafirun : Untuk kamu agama kamu, untuk ku agama ku (For you is your religion, and for me is mine) termasuk hadith: Islam tertinggi tidak ada lebih tinggi darinya.

‘Ambil iktibar perjuangan Rasulullah’

PEKAN: Umat Islam digesa mengambil iktibar daripada sejarah perjuangan Rasulullah dan sahabat bagi menjadikan mereka ummah yang taat kepada Allah, setia kepada pemimpin dan membentuk disiplin diri yang kental.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, sifat terpuji itu boleh menjadikan mereka sebagai umat Islam yang cemerlang.

Ulasan: Dalam Islam senang kerana ummah dan pemimpin tertakluk kepada undang-undang yang sama yang TIDAK membezakan sesiapa. Dalam negara kita, bagaimana?

Friday, October 13, 2006

Pengail cari umpan, anak rentung dalam kereta

NIBONG TEBAL 12 Okt. – Seorang bapa yang keluar dari kereta untuk mencari umpan memancing ikan dengan meninggalkan dua anak kecilnya, terkelu setelah melihat kanak-kanak itu terbakar di dalam kenderaan tersebut.

Ulasan: Sewajarnya jangan tinggal kanak-kanak kecil di dalam kereta tanpa orang dewasa. Kalau di setengah negara maju pemandu kereta boleh kena penjara walaupun terhadap anak sendiri.

Sedarlah bahawa kereta kita bukan untuk mainan anak-anak. NEVER. Sudah ramai yang mati kerana kereta sebab tidak berhati-hati.

Thursday, October 12, 2006

3 juta hidangan pada akhir Ramadan

JEDDAH 11 Okt. – Lebih dari tiga juta hidangan akan disediakan untuk bersahur dan berbuka di Masjidilharam, Mekah di akhir Ramadan ini, kata seorang pegawai tertinggi dari Majlis Pengagihan Makanan di masjid tersebut.

Ulasan: Amal jariah juga perlu di luaskan ke tempat-tempat lain yang sangat memerlukan makanan sepanjang masa. Bantulah manusia yang melarat kerana membantu anjing pun ada ganjarannya.

Masjid rosak diserang waktu sahur

SARAJEVO: Sebuah masjid rosak teruk di bandar Mostar, selatan Bosnia, awal semalam, kerana serangan peluru berpandu beberapa ketika sebelum jemaah berhimpun untuk menikmati sahur, kata beberapa pegawai di sini kepada wartawan agensi berita.
Peluru berpandu yang dilancarkan menggunakan pelancar roket ‘Zolja’ itu dilepaskan pada jam 4.30 pagi waktu tempatan, kata pegawai polis.

Ulasan: Rasulullah s.a.w dalam hidup baginda telah memberitahu kita supaya jangan mengganggu rumah ibadat agama-agama lain.

Dilarang tunai umrah

KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir menghalang pemimpin Ikhwanul Muslimin – pergerakan pembangkang terbesar negara itu – daripada pergi ke Arab Saudi untuk melakukan ibadat umrah, kata seorang pegawai kumpulan itu, di sini semalam.
Masoud el-Sebahy, pembantu kanan Mohamed Mahdi Akef, pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin, memberitahu agensi berita bahawa Akef meminta kebenaran untuk mengerjakan umrah selepas mendapati namanya berada dalam senarai orang yang dilarang ke luar negara.

Ulasan: Sampai bila rakyat di perbodohkan? Kerajaan Mesir sentiasa mendatangkan fitnah kepada rakyat yang mahukan keadilan merata. Kerajaan yang menzalimi rakyat tak akan kekal lama.

Air punca tanah runtuh

KUALA LUMPUR: Aliran air akibat paip bawah tanah yang pecah dipercayai antara punca tanah runtuh bersebelahan dua blok rumah pangsa kos rendah Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini kelmarin.

Ulasan: Betulkah tidak ada kelalaian profesional? Biasanya bencana alam hanya menjadi penyebab kemusnahan terakhir tapi kebanyakannya bermula dengan kelalaian tangan manusia. Tunggu dan lihat…

Misbah dakwa ibu tidak benarkan solat

LAHORE 10 Okt. – Gadis berusia 12 tahun yang berada di tengah perbalahan mengenai hak penjagaan memberitahu mahkamah Pakistan hari ini bahawa ibunya enggan membenarkan beliau menunaikan sembahyang dan memaksanya memakan makanan yang tidak halal.
Pertikaian hak penjagaan terhadap Molly Campbell atau nama Islamnya, Misbah Iram Ahmed Rana, telah menarik perhatian antarabangsa sejak Ogos lalu apabila gadis sunti itu tiba di Lahore, Pakistan dari Scotland dengan bapanya yang juga rakyat Pakistan dan kakaknya.

Ulasan: Kepada kawan-kawan yang suka sangat berkahwin dengan orang kafir, fikirkan masa depan anak-anak kita di dunia dan akhirat. Menjadi Muslim hanya kerana kahwin agak merbahaya. Perlu sungguh-sungguh membina Islam dalam diri. Semoga Allah kekalkan hidayah kepada kita sehingga mati.

Budak 3 tahun mati didera: Polis buru penarik kereta

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Polis sedang memburu teman lelaki kepada ibu kanak-kanak berusia tiga setengah tahun yang mati akibat didera dan mayatnya dicampak di kawasan pembuangan sampah di Air Itam, Putra Permai berhampiran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

Ulasan: Kadang-kadang lelaki yang cuma berseronok-suka dengan ibu kanak-kanak tapi mendera dan membunuh kanak-kanak itu. Puncanya tidak menjaga pergaulan (iaitu jangan menghampiri zina dan jangan berzina) dengan orang yang bukan isteri atau suami kita. Dengan itu ibu dan anak selamat.
SEOUL 10 Okt. – Seorang pegawai Korea Utara memberi amaran negara komunis itu boleh melancarkan peluru berpandu berkepala nuklear jika Amerika Syarikat (AS) tidak bertindak untuk menyelesaikan konfrontasinya dengan Pyongyang.
“Kami berharap situasi ini akan diselesaikan sebelum berlaku insiden malang apabila kami melancarkan peluru berpandu nuklear,” kata pegawai itu semalam menurut laporan agensi Yonhap dari Beijing hari ini.
“Segala-galanya bergantung kepada tindakan yang akan diambil oleh AS.”

Ulasan: Negara kecil akan mula menjadi jahat bila negara besar, di ketuai oleh Amerika, memang jahat dan suka membuli.

13 termasuk empat pelajar ditahan ceroboh akaun bank

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Empat pelajar universiti, didalangi anak seorang pegawai tinggi kerajaan diberkas setelah terlibat dalam kegiatan mencipta laman web palsu bank-bank tempatan untuk mencuri maklumat pelanggan sebelum mengeluarkan wang mereka.

Ulasan: Tahniah PDRM. Semoga negara kita aman, adil dan sejahtera. Jangan gunakan ilmu yang ada untuk mencuri hak orang lain.

ASLI minta maaf -- Laporan dakwa bumiputera kuasai 45% ekonomi negara ditarik balik

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) hari ini memohon maaf ke atas laporannya yang dianggap salah dan tidak tepat kerana mendakwa bumiputera telah menguasai 45 peratus ekonomi negara.
Sehubungan itu, ASLI bertindak menarik balik laporan hasil satu kajian itu.

Ulasan: Selamat balik ke pangkal jalan. Kita perlu bersifat fatonah (bijaksana) persis Rasulullah s.a.w. menghapi kaum kafir dulu. Jangan mudah tertipu dan menipu orang.
Tidak setuju dengan Mirzan, Pengarah ASLI letak jawatan

LATEST: KUALA LUMPUR 11 Okt. – Pengarah Pusat Pengajian Polisi Awam Institut Kajian Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Dr. Lim Teck Ghee hari ini mengumumkan peletakan jawatan kerana mempertahankan hasil kajian kontroversi mengenai ekuiti bumiputera. Keputusan itu dibuat setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden ASLI, Mirzan Mahathir semalam bahawa kajian pusat itu mengenai pemilikan 45 peratus bumiputera ke atas ekonomi negara adalah salah dan tidak tepat.
Teck Ghee turut mengaku berbuat demikian demi mempertahankan kebebasan pusat tersebut dan kerja-kerjanya.
‘‘Saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas kajian itu dan berpegang kepada hasilnya dan kajian lain yang terkandung di dalam laporan kami yang dihantar kepada kerajaan mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan pada Februari 2006.

Ulasan: Memang sudah di jangka siapa di belakang laporan itu. Sekurang-kurangnya mengajar Menteri kita supaya meletakkan jawatan bila perlu.

Tuesday, October 10, 2006

Roti: Tiada lagi keraguan halal?

SHAH ALAM 9 Okt. – ‘‘Tiada lagi keraguan halal untuk produk roti keluaran Silver Bird Group Berhad.’’ Demikian kesimpulan yang dibuat oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz setelah menyertai lawatan ke kilang roti tersebut dan rujukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Abu Hassan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Silver Bird yang menjadi pengeluar roti jenama High 5 bersama penghuni Rumah Anak Yatim Darul Kifayah di sini, minggu lalu.

Ulasan: Syarikat roti kafir boleh gunakan ulama untuk kempen promosi produk?
Bersama kita doakan agar ummat selamanya bersifat fatonah (bijaksana) persis Rasulullah s.a.w. menghadapi kaum musyrik dan Yahudi dulu.

Makmal hasilkan dadah jutaan ringgit dibongkar

PULAU PINANG 9 Okt. – Makmal memproses dadah yang dibongkar oleh pasukan polis dalam serbuan di Jalan Padang Tembak, Ayer Itam di sini Jumaat lalu, dipercayai berfungsi menghasilkan dadah bernilai jutaan ringgit.

Ulasan: Tahniah kepada PDRM. Semoga negara kita bebas dari maksiat pelbagai bentuk.

UMNO perkenal peraturan kempen sehari

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Calon yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan UMNO akan hanya dibenarkan berkempen bagi tempoh sehari sahaja.

Ulasan: Eloklah UMNO buat macam itu supaya rasuah menjadi NIL.
MAKKAH: Sindiket yang kebanyakannya dianggotai rakyat Bangladesh, Myanmar, Afrika, malah penduduk Arab Saudi, mengambil kesempatan terhadap jemaah haji dan umrah dengan menjual air zamzam untuk mendapat wang lebih.
Meminum air zam-zam adalah antara sunnah Nabi Muhammad dan kebiasaannya umat Islam meminum air itu ketika berbuka puasa Ramadan. Air zamzam dibekalkan secara percuma kepada jemaah di Makkah dan kini jemaah di Masjidil Nabawi di Madinah turut dibekalkan air itu.

Ulasan: Jangan ambil kesempatan dari para hujjaj dan penziarah untuk buat duit. Kerajaan Arab Saudi sila pantau.

Tindakan hina Rasulullah dikecam

COPENHAGEN: Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen, mengecam tindakan sayap pemuda parti antipendatang, kerana menghina Nabi Muhammad ketika mengadakan perkhemahan musim panas awal tahun ini.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya sikap anggota pemuda Parti Rakyat Denmark (DPP). Sikap mereka yang tidak prihatin tidak mewakili pandangan rakyat atau golongan muda Denmark terhadap agama dan umat Islam,” katanya.

Ulasan: One day we shall see the unbelievers come to the fold of Islam as long as we keep our obedient to Allah and continuously spread the word of Allah not just by mouth but by our excellent examples. Remember the history that many unbelievers who planned to kill the Prophet s.a.w were later accepted Islam and sacrificed their lives for Islam.

Just carry on Islamic dakwah. Allah will decide.

Kadar belia terbabit gejala sosial kecil: IBM

PUTRAJAYA: Salah laku belia negara tidak berada pada tahap membimbangkan walaupun media sering menghebohkan pelbagai kegiatan negatif mereka dan menjadi agenda perbincangan umum.
Kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) 2006 bagi bagi mengukur kualiti kesejahteraan hidup generasi belia juga menunjukkan bahawa majoriti belia tidak terbabit dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, berjudi, minum arak, melepak, perlumbaan haram, seks sebelum kahwin dan merosakkan harta awam.

Ulasan: Jangan tertipu dengan statistik dan menipu diri sendiri dan negara. Belia adalah harapan negara. Walaupun minoriti tetapi bilangannya besar berbanding dengan dulu. Tanya polis hati ke hati.

Sebagai orang dewasa dan pemimpin besar yang prihatin kita sepatutnya sedih bila seorang belia terlibat dalam kegiatan negatif contoh penyalahgunaan dadah, berjudi, minum arak, melepak, perlumbaan haram, seks sebelum kahwin dan merosakkan harta awam. One is too many...

Korea Utara lancar ujian bom nuklear

SEOUL: Korea Utara semalam melakukan ujian bom nuklear sulungnya dengan menghasilkan satu letupan bawah tanah, tanpa mengendahkan amaran dan tentangan keras masyarakat antarabangsa.
Ujian nuklear bawah tanah yang dijalankan hampir seminggu selepas Pyongyang mengumumkan hasratnya Selasa lalu, menjadikan Korea Utara negara kesembilan memiliki kekuatan senjata itu, selain Amerika Syarikat, Russia, Perancis, China, Britain, India, Pakistan dan Israel.

Ulasan: Amerika dan kuncu-kuncunya pasti kecewa kerana pemain baru ini bukan dari kelab yang di iktiraf mereka. Tidak ada siapa yang mengganggu Israel kerana disayangi, setakat ini, oleh kerajaan Amerka.

Tanah runtuh, 700 penghuni 4 flet dipindah

KUALA LUMPUR: Lebih 700 penghuni empat blok flet kos rendah Seksyen 10 Wangsa Maju, dipindahkan serta-merta selepas berlaku tanah runtuh bersebelahan dua blok lima tingkat flet berkenaan dipercayai akibat hujan lebat, kira-kira lima minit masuk waktu berbuka puasa, semalam.
Tanah runtuh sedalam kira-kira enam meter itu berlaku jam 7.10 malam menyebabkan kawasan pembuangan sampah flet serta bahagian tepi sebuah rumah runtuh.

Ulasan: Kebiasaannya hujan lebat dipersalahkan bila berlaku tanah runtuh. Di cadangkan buat penyiasatan untuk mempastikan tidak ada tangan manusia yang membuat kelalaian profesional dalam projek itu.

Kalau kita tinggal dekat bukit dirumah yang strukturnya di rekabentuk dan di sahkan selamat oleh jurutera ikhtisas serta di bina oleh kontraktor yang hebat, ada satu soalan: Rumah bukan percuma tapi kenapa salahkan hujan lebat?

Monday, October 09, 2006

Terma kontrak diseragam

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya bercadang menyeragamkan terma perjanjian kontrak projek mengikut skop kerja atau nilai projek bagi membolehkan semua pihak tahu sama ada mereka memenuhi syarat sebelum membida tender tertentu.
Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata pendekatan itu dapat mengelak masalah projek terbengkalai sehingga menyebabkan kontraktor baru terpaksa dicari bila kontraktor asal gagal memenuhi syarat.

Ulasan: Semua kita tahu bahawa masalah bermula dari pemilihan kontraktor : Jangan pilih yang tidak tahu buat kerja dan jual projek kepada kontraktor lain. Merdekakan industri binaan dari campur-tangan politik UMNO. Kepada juruukur bahan JKR berpeganglah dengan etika profesional.

Syarikat milik senator klon AP

PUTRAJAYA: Syarikat yang dipercayai mengklon lebih 1,000 permit import (AP) kereta sehingga mengaut keuntungan RM500,000 sebulan sejak tiga tahun lalu, didapati milik seorang senator.

Ulasan: Semoga keadilan di tegakkan di negara kita.

Cetus protes terbaru - Menteri kedua Britain pertikai wanita Islam pakai purdah

LONDON 8 Okt. – Seorang lagi menteri kerajaan pimpinan Tony Blair masuk campur dalam pertelingkahan hangat mengenai pemakaian purdah oleh wanita Islam dengan memberi amaran, mereka berdepan dengan risiko mencetuskan “ketakutan dan balas dendam.” Menteri Masyarakat, Phil Woolas menggesa penduduk Islam memahami pandangan bukan Islam yang kononnya mendapati purdah sebagai sesuatu yang “menakutkan dan mengganggu.”
Woolas yang bertanggungjawab terhadap hubungan komuniti, kaum dan kepercayaan, menyokong bekas Setiausaha Luar, Jack Straw yang mencetuskan perdebatan mengenai isu tersebut sejak Khamis lalu.


Ulasan: Terjawab bila membaca akhbar sama pada hari yang sama mengenai ‘Reaksi Timbalan Perdana Menteri: LONDON 8 Okt. – Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott hari ini menolak pandangan rakannya yang menggesa wanita Islam menanggalkan purdah, tetapi mengalu-alukan perbahasan mengenainya.
Prescott memberitahu BBC, beliau tiada masalah untuk berkomunikasi dengan wanita Islam memakai purdah. “Saya merasakan seorang wanita hendak memakai purdah, mengapa tidak? Itu pilihan dia Ia bukan satu isu yang besar,” kata beliau di sini.’

Masalahnya bukan pada yang memakai purdah, tetapi masih ramai wanita Islam yang tidak langsung kisah membuka aurat didepan lelaki yang bukan mahram.
Lelaki sebagai suami atau ayah sepatutnya mengajar isteri dan anak perempuan supaya menghormati agama.

Tunisia tetap pertahan pengharaman tudung

TUNIS: Kerajaan Tunisia, sebuah negara Islam mengulangi larangannya mengharamkan wanita memakai hijab atau tudung atas alasan melindungi hak golongan wanita itu.
Berikutan itu ada pelajar wanita yang dibuang sekolah hanya kerana mengenakan tudung selain menjadi mangsa perbuatan diskriminasi dan gangguan hanya kerana menutup aurat.
Keputusan kerajaan itu bagaimanapun disambut kecaman kaum wanita, khususnya aktivis, badan bukan kerajaan dan pelajar yang mendakwa mereka berdepan pelbagai masalah akibat larangan berkenaan, lapor Islamonline semalam.
Pada 1981, bekas Presiden Habib Bourguiba (1956-1987) meluluskan undang-undang mengharamkan semua wanita Tunisia bertudung di semua pejabat kerajaan. Pemakaian tudung itu sebaliknya dianggap sebagai ‘pakaian puak pemisah.’
Selepas itu, pada era 1990-an, kerajaan memperketatkan lagi larangan itu dengan membabitkan semua institusi dan bangunan awam.


Ulasan: Rupa-rupanya ada negara Islam yang haramkan tudung yang di perintah oleh Allah. Dulu bersusah-payah menghalau penjajah, tapi berlaku zalim kepada rakyat sendiri. Apakah erti sebuah kemerdekaan negara. Di atas nama kemajuan dan pembangunan tudung di haramkan. Selama ini pun Tunisia masih jauh dari kemajuan dari sudut kemajuan Barat. Yang terus menghalang kemajuan ialah sikap keras terhadap agama. Hebatkah sangat Tunisia tanpa Islam?

Dalam pertentangan di antara kerajaan Tunisia yang keras terhadap rakyat dan rakyat biasa Tunisia yang sayangkan Islam, sudah pasti rakyat akan menang suatu masa nanti.
Tunggu dan lihat bagaimana kerajaan keras akan hancur satu demi satu…

Friday, October 06, 2006

Singapura jual majalah dewasa

SINGAPURA 5 Okt. – Singapura meluluskan penerbitan majalah “adult edutainment”, penerbitan dewasa yang pertama seumpamanya di republik ini.

Ulasan: Majalah itu akan menyebabkan masalah sosial di kalangan muda-mudi serta pelajar sekolah menjadi lebih teruk. Mengapa sanggup mengorbankan wanita melalui seks bebas, cabul dan rogol? Dan sudah tentu bertambah lagi anak haram serta pengguguran haram. Tanya polis...

Pelik kerana kerajaan memberi izin untuk menghancurkan muda-mudi warganegaranya di atas nama berseronok-suka.

Kabinet lulus 3 langkah perkasakan bahasa

PUTRAJAYA 5 Okt. – Kabinet menetapkan tiga langkah utama termasuk meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dua lagi langkah ialah mengiktiraf peranan Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan (JKIMBK) dan usaha merancakkan industri buku kebangsaan.

Ulasan: Sayangnya Bahasa Inggeris wajib bagi Sains dan Matematik di sekolah di amalkan tanpa kolokium mengenainya. Bagaimana Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu seperti di universiti seperti sebelum ini dengan tidak melupakan kepentingan Bahasa Inggeris of course?

Tuesday, October 03, 2006

Televisyen tidak bantu pelajar

CHICAGO: Remaja Amerika Syarikat yang menonton televisyen pada hari biasa akan menunjukkan prestasi buruk di sekolah berbanding mereka yang tidak menonton pada hari berkenaan, tetapi menonton pada hujung minggu memberi kesan lebih negatif terhadap kerja sekolah mereka, kata penyelidik semalam.

Ulasan: Dalam bahasa kasar, anak-anak kita rosak berpunca dari orang dewasa yang mengendalikan program dalam televisyen. Bukan salah televisyen (hardware), tapi program (software) yang mengundang perkara buruk dalam hidup.

Setiap menteri (bukan hanya Menteri Pelajaran saja) wajar mempastikan hala tuju dan semua program yang di luluskan oleh kementeriannya membentuk anak-anak rakyat kita menjadi insan soleh. Baru best…

Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew minta maaf -- Ekoran dakwaan masyarakat Cina Malaysia dipinggir cara sistematik

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dalam surat penjelasan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung dakwaan beliau bahawa masyarakat Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik, telah meminta maaf kerana kenyataannya itu telah menyebabkan ketidakselesaan kepada Perdana Menteri.
Katanya, perkara itu tidak langsung diingini beliau selepas melalui hubungan bermasalah selama sedekad dengan pemimpin sebelum Abdullah (Tun Dr. Mahathir Mohamad).

Ulasan: Doakan supaya PM dan menteri-menteri Muslim kini dan selamanya bersifat fatonah (bijaksana) persis Rasulullah s.a.w. menghadapi kaum kafir.
Mutakhir: Rupa2nya dalam surat itu menjelaskan isu bukan meminta maaf pun. Kerajaan Singapura sejak Lee Kuan Yew menjadikan pulau itu sebagai jiran buruk yang tidak tahu bahasa.

Pegawai wanita uji pemandu perempuan

KUALA TERENGGANU: Mulai Mac depan, calon wanita yang menjalani ujian pemanduan di jalan raya, hanya diuji pegawai wanita, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Emran Kadir. Sebagai permulaan, JPJ melantik 66 pegawai wanita yang kini menjalani latihan lima bulan di Akademi Latihan JPJ, Melaka dan 80 lagi akan dilantik awal tahun depan.

Ulasan: Dah hampir 50 tahun merdeka baru berlaku. Mudahkan rakyat perempuan hidup di Malaysia dengan menjaga maruahnya.

Bawa penyeleweng ke mahkamah

KUALA LUMPUR 2 Okt. – ‘‘Saya orang yang pertama akan pastikan siapa yang terlibat dalam penyelewengan itu dibawa ke mahkamah.’’ Itulah yang ditegaskan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu bahawa terdapatnya unsur-unsur penyelewengan dalam kerja pembaikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Johor.
Menurut Hishammuddin, Kementerian Pelajaran tidak berkompromi dalam hal-hal penyelewengan.
‘‘Saya juga telah melihat sendiri keadaan sekolah terbabit dan mendapati banyak kerja tidak siap, malah kos projek yang dibelanja hanya mengambil RM3,000 hingga RM4,000 sahaja tetapi dibayar sebanyak RM29,500,’’ katanya.

Ulasan: Kalau jelas ada unsur-unsur penyelewengan, BPR boleh ambil tindakan. Jangan hanya yang kes bilis heboh seluruh negara, tapi mana kes jerung dan high profile? Rakyat yang cerdik menanti-nanti janji PM.

PM arah percepat bayaran kontraktor

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) di Jabatan Perdana Menteri memastikan setiap jabatan dan agensi kerajaan menyegerakan bayaran kepada kontraktor dan pembekal perkhidmatan. berita penuh

Ulasan: Berapa kali PM mahu cakap, tak faham-faham juga. Arahan Perbendaharaan sudah ada. Apa yang berlaku sehingga staf kerajaan terlibat dengan pembayaran kepada kontraktor susah sangat nak cepatkan pembayaran.

Atau ada orang yang sengaja melambat-lambatkankan kerana ada udang di sebalik batu. BPR boleh tengok kut…

Monday, October 02, 2006

'Kafe siber’ di sekolah -- Pusat Akses Komputer untuk pelajar buat tugasan, budayakan ICT

KLUANG 1 Okt. – ‘Kafe siber’ di sekolah. Ia akan menjadi realiti sepenuhnya tidak lama lagi apabila Kementerian Pelajaran membekalkan 10 unit komputer di hampir semua 10,000 sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.
Ia akan dikenali sebagai Pusat Akses Komputer, yang konsepnya sama seperti kafe siber.
Menurut menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebanyak 1,500 buah sekolah dengan 15,000 unit komputer, 1,500 unit pencetak, perabot dan infrastruktur dengan kos sebanyak RM70 juta terlibat dalam fasa pertama.

Ulasan: Seperti biasa, yang seronok ialah kontraktor yang dapat tender membekalkan dan memasang alat kafe siber sekolah. Pastikan betul-betul layak. Jangan peruntukan habis, projek tak berjaya. Doakan supaya rasuah tidak berlaku.



Lembaga Kemajuan Bandar ditubuh ganti peranan UDA

JOHOR BAHRU 1 Okt. – Kabinet pada mesyuaratnya Rabu lepas meluluskan penubuhan Lembaga Kemajuan Bandar (LKEB) bagi menggantikan peranan UDA Holdings dalam meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan.

Ulasan: Semoga LKEB berfungsi lebih baik daripada UDA dulu untuk memastikan orang Bumiputera mendapat tempat dan berjaya dalam bidang perniagaan di bandar.


Kerajaan rugi RM40 bilion ‘rasuah polisi’ Thaksin

BANGKOK 1 Okt. – Rasuah sistematik melibatkan 95 projek mega yang dilaksanakan sepanjang lima tahun setengah perkhidmatan kerajaan Thaksin Shinawatra dipercayai menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM40 bilion (400 bilion baht).
Profesor Supannee Chai-amporn dari Institut Pentadbiran Pembangunan Negara dan rakannya, Sirinthip Arun-rue menyatakan, ‘rasuah polisi’ berlaku secara meluas dalam tempoh Thaksin menjadi Perdana Menteri.
Rasuah polisi serta bentuk penipuan biasa seperti persekongkolan untuk mendapatkan tender, manipulasi spesifikasi projek dan sogokan, semua sekali menyebabkan kos projek kerajaan meningkat 5 hingga 30 peratus, menurut kertas penyelidikan itu.

Ulasan: Bagaimana dengan rasuah di Malaysia? Tanyalah kontraktor yang terpaksa membayarnya semata-mata untuk mendapat habuan projek walaupun bertentangan dengan undang-undang negara dan agama Timur dan menghabiskan duit kerajaan (sebenarnya duit rakyat) tak tentu fasal.

Kalaulah BPR di beri kuasa penuh untuk menyiasat rasuah dan membawa ke mahkamah… Kita tunggu bila ia terjadi… Tentu Malaysia lebih aman bila rasuah tidak ada.

Singapura pinggir orang Melayu secara sistematik sejak 1959

JOHOR BAHRU 28 Sept. – Masyarakat Melayu di Singapura telah dipinggirkan secara sistematik sejak Parti Tindakan Rakyat (PAP) memerintah republik itu pada 1959 dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menterinya yang pertama, menurut seorang ahli politik veteran republik itu yang kini menetap di sini. Prof. Mohammed Yacob, bekas setiausaha politik kepada Ketua Menteri Singapura yang kedua, Lim Yew Hock berkata, peminggiran itu berlaku walaupun perlembagaan republik itu mengiktiraf hak kaum minoriti dan hak istimewa orang Melayu yang tinggal di Singapura…(UM).

Ulasan: Jelas dan nyata. Itu berlaku apabila orang Islam di perintah oleh orang bukan Islam kerana pada mereka tidak ada konsep ADIL seperti yang orang Islam faham. Yang penting ialah utamakan orang-orangnya.

Maaf pemerintah Singapura kerana kamu telah berlaku zalim kepada rakyat berbangsa Melayu selain dari bangsa China walaupun jelas kamu menghina perlembagaan kamu sendiri.


RM500,000 sehari tanggung PATI

KOTA BHARU 28 Sept. – Percaya atau tidak kerajaan terpaksa membelanjakan RM500,000 sehari untuk menanggung kos pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di pusat-pusat tahanan seluruh negara. Pada masa ini kerajaan membelanjakan sebanyak RM30 sehari bagi seorang banduan warga asing apabila mereka ditahan…(UM).

Ulasan: Rakyat kena buat pilihan : Suka atau tak suka pendatang asing tanpa izin (PATI)? Wakil rakyat kena berbuat sesuatu supaya Malaysia tegas terhadap pendatang asing tanpa izin.


Kedaifan nenek 112 tahun dapat perhatian

KUALA NERANG: Kedaifan hidup seorang nenek dipercayai berusia 112 tahun dan terpaksa menjaga cucunya yang lumpuh yang disiarkan pada muka depan akhbar ini semalam, mendapat perhatian kerajaan negeri yang berjanji akan membaiki rumahnya…(BH).

Ulasan: Kedah maju untuk membantu orang yang miskin.