Monday, October 22, 2007

PM mahu kemesraan Aidilfitri diamal sepanjang masa

SHAH ALAM: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu umat Islam menghayati sepenuhnya ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin' ketika bersalaman pada majlis Aidilfitri serta ikhlas dengan apa yang disebut...(BH, 22/10/07).

Ulasan: Kena beritahu rakyat bahawa kita tak perlu pun bersalam dengan kaum yang berlainan jenis seksnya kalau bukan mahram kita. Lagi pun tak di benarkan oleh agama Islam.

Kerajaan sedia teliti caj pentadbiran PTPTN

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan sedia meneliti caj pentadbiran yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia terbukti menimbulkan kesusahan kepada peminjam.
Abdullah membuat kenyataan ringkas itu sebagai menjawab desakan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas supaya caj pentadbiran PTPTN dimansuhkan.
Terdahulu, dalam ucapan dasarnya, Kayveas berkata, PPP mendesak supaya pinjaman PTPTN diberikan tanpa sebarang caj. ‘‘Memandangkan PTPTN adalah dana berpusing, maka kerajaan patut memansuhkan caj pentadbiran,’’ katanya. Difahamkan, PTPTN mengenakan caj pentadbiran sebanyak tiga peratus pada setiap tahun kepada peminjam...(UM, 21/10/07).

Ulasan: Memang pun. Rupanya caj pentadbiran PTPTN menyusahkan semua hatta penyokong BN. Permudahkanlah kerana pelajar IPT hari ini adalah pemimpin kita masa depan.

Penduduk tidak puas hati bawa sampah ke MBAS

ALOR STAR 21 Okt. – Pekarangan bangunan pejabat Majlis Bandar Raya Alor Star (MBAS) di Jalan Kolam Air, di sini pagi ini kelam kabut apabila lebih 50 wakil penduduk dari beberapa buah taman di sekitar bandar raya ini membawa plastik berisi sampah untuk menemui Datuk Bandar. Tindakan mereka membawa plastik berisi sampah sarap termasuk air ikan itu adalah sebagai tanda protes terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut yang didakwa lemah dalam menangani masalah sampah di kawasan masing-masing. Bagaimanapun tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam situasi tersebut yang turut diawasi oleh beberapa anggota polis...(UM, 22/10/07).

Ulasan: Sibuk menjadi Bandar Raya tapi tugas asas jangan di lupa. Kalau macam itulah jadi Bandar Raya, semua bandar layak.

Peniaga dakwa hampir buta kena belasah polis 
                                          
JOHOR BAHRU: Seorang peniaga mendakwa hampir buta mata kiri akibat dibelasah sekumpulan anggota polis yang menahan adiknya, di Kampung Haji Noor, Simpang Renggam, Rabu lalu. Samsudin Saman, 52, mendakwa dalam kejadian jam 4.30 petang itu, beliau cuba meleraikan pergelutan antara adiknya, Yaacob, 46, dengan tiga lelaki dipercayai anggota polis berpakaian preman...(BH, 22/10/07).

Ulasan: Polis kena siasat supaya imej polis menjadi semakin putih dari selama ini agak kelabu asap. Kalau betul hebat sangat belasah orang sila hantar peserta ke gelanggang gusti WWF.

No comments: