PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengesahkan isu penternakan babi di tiga kampung di Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, sudah selesai.
Kaedah penyelesaian itu, menurut Perdana Menteri, merangkumi kepentingan semua pihak, termasuk penduduk yang terancam kehidupan mereka dan masa depan penternak babi di kawasan berkenaan...(BH, 3/10/07).
Ulasan: Apa yang selesai? Tanya penduduk majoriti. Penduduk minoriti - penternak babi- sengaja mahu menyusahkan penduduk majoriti. Singapura pun tidak memelihara babi. Alam sekitar dan penduduk majoriti terpaksa menerima sengsara kerana pemimpin negara sangat prihatin kepada mereka. Apakah penduduk majoriti tidak punya hak untuk hiduptenteram? Rakyat boleh menukarkan pemimpin yang tidak menjaga hal ehwal rakyat dalam pilihan raya akan
datang.
Dendam kongsi gelap
GELANG PATAH: Gara-gara enggan menyertai kumpulan kongsi gelap selepas dipujuk di sekolah, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun terpaksa melalui dua jam yang mendebarkan apabila dilarikan sekumpulan remaja lain, dibogelkan dan gambarnya dirakam, diugut, dipukul sebelum ditinggalkan di sebuah tokong di sekitar pekan ini, petang Ahad lalu. ...( BH, 3/10/07).
Ulasan: Seolah-olah negara sudah di ambil oleh kongsi gelap. Di mana polis?
Tuduhan rasuah terhadap bekas PM ditarik balik
ISLAMABAD: Pakistan bersetuju memberi pengampunan kepada bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto dan membatalkan tuduhan rasuah terhadapnya semalam, ketika negara itu terus dilanda keadaan tidak menentu berikutan krisis.
Langkah menarik balik tuduhan rasuah ke atas Benazir yang berikrar untuk kembali ke Pakistan 18 Oktober ini memenuhi salah satu tuntutan utama bagi perkongsian kuasa antara beliau dan Musharraf....(BH, 3/10/07).
Ulasan: Ternyata undang-undang Pakistan hanyalah untuk rakyat yang tertindas.
Myanmar tahan 4,000 sami
LONDON: Beribu-ribu sami yang ditahan di bandar raya Yangon di Myanmar akan dihantar ke penjara di utara negara itu, kata sumber kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), ketika utusan Perbadanan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ibrahim Gambari, dilaporkan berunding dengan pemimpin tentera, Jeneral Than Shwe. ...(BH, 3/10/07).
Ulasan: Sepatutnya kita tercabar kerana kita tidak melakukan apa-apa untuk melakukan pembaikan di dalam sistem bernegara dalam negara kita.
Pasangan kekasih terbunuh
KOTA BHARU 2 Okt. – Sepasang kekasih terbunuh apabila motosikal yang mereka tunggangi terbabas lalu melanggar tiang elektrik di Batu 2, Jalan Kuala Krai dekat sini petang ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa xxx, 17, dan teman wanitanya, xxx, 18, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala...(UM, 3/10/07).
Ulasan: Semoga Allah mengampunkan kita semua. Bagi kita yang masih hidup: Jangan sampai bergaul bebas melanggar had yang di tetapkan oleh Allah. Kalau sudah hendak bergaul juga, bernikah adalah jalan penyelesaian untuk mengelakkan zina. Seronok boleh, pahala pun boleh.
Amaran BPR jangan terima hadiah masa raya
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberi amaran kepada semua penjawat awam di negara ini supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah sempena musim perayaan seperti hamper kerana ia boleh membuka peluang berlakunya perbuatan rasuah. BPR dalam kenyataannya berkata, gejala seumpama itu dilihat begitu ketara terutama pada musim perayaan dan fenomena itu perlu dikawal sepenuhnya.
Amaran tersebut, kata kenyataan itu, sejajar dengan peruntukan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang secara jelas melarang seorang pegawai awam atau swasta menerima hadiah bertujuan mendapatkan balasan atau keistimewaan membabitkan tugas dan kuasanya...(UM, 3/10/07).
Ulasan: Jangan sambut raya dengan rasuah kerana rasuah adalam haram
Tentera AS boleh gempur Osama di Pakistan
WASHINGTON 2 Okt. – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto berkata, beliau mungkin membenarkan serangan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan untuk menghapuskan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden sekiranya beliau menjadi pemimpin negara itu....(UM, 3/10/07).
Ulasan: Apakah berpakat untuk membunuh orang Islam tanpa perbicaraan? Pelakon boleh bertukar atau di banyakkan tetapi pengarahnya dan jalan ceritanya sama seperti sebelum ini. Masih terjajah walaupun sudah lama merdeka dari sudut fizikal.
No comments:
Post a Comment