KUALA LUMPUR 29 Okt. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) bukan setakat menangkap ‘bilis’ malah mengheret sama ke muka pengadilan ‘jerung-jerung’ yang terlibat dalam penyelewengan seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2006. Pengerusi PAC, Datuk Shahrir Abdul Samad turut menggesa kerajaan menyenaraihitamkan syarikat-syarikat pembekal yang terlibat dalam kes salah urus dana awam itu.
‘‘Kita berasa sungguh kecewa dengan penyelewengan ini yang tidak seharusnya berlaku. Tindakan tegas perlu dikenakan sama kepada pembuat keputusan. Saya merasakan banyak lagi tangkapan boleh dibuat.
‘‘Adalah tidak wajar jika ‘bilis’ sahaja ditangkap memandangkan ‘jerung’ dilepaskan. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam urusan rundingan dan melakukan penyelewengan perlu didakwa,” katanya.
Ulasan: Terbukti BPR hanya sebagai alat untuk menarik sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Kalau benar-benar kerajaan BN di bawah PM yang ada serius untuk membenteraskan rasuah dan penyelewengan di negara itu, sila letak BPR di bawah Parlimen. Setakat ini BPR di bawah PM, apa yang kita boleh pegang?
Penduduk buang air kecil masalah Kota Paris
PARIS: Datuk Bandar Paris melancarkan salah satu tugasnya yang paling berat – menghentikan tabiat penduduk lelaki bandar raya itu daripada terus membuang air di tempat awam. Tiang lampu dan papan tanda jalan terbukti selalu menjadi sasaran, manakala penduduk bandar raya itu menjadi subjek kepada bau yang kurang menyenangkan...
Ulasan: Kita bersyukur kerana Islam datang membawa cara hidup yang terbaik. Kita dari kecil telah di asuh supaya beradab bila membuang kecil dan besar serta membasuhnya.
Badan kehakiman perlu bebas – Sultan Azlan
KUALA LUMPUR 29 Okt. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah hakim bukan sahaja perlu bebas daripada pengaruh luar, malah, daripada pengaruh hakim lain.
Baginda bertitah, tiada seorang hakim kanan boleh menentukan keputusan penghakiman hakim lain.
‘‘Untuk menjadikan badan kehakiman diyakini orang ramai, hakim perlu saksama, integritinya tidak dipersoalkan, tidak berat sebelah dan tidak diragui,’’ titah baginda.
Ulasan: Sejak merdeka cuma satu kerajaan yang kerajaan pusat yang berkuasa mutlak di Malaysia. Jangan salahkan pembangkang. Kerajaan BN (dulunya Perikatan) kena persalahkan diri sendiri yang telah membawa negara jauh dari keadilan sebenarnya. 50 tahun adalah terlalu panjang kalau benar-benar berusaha negara akan jadi lebih baik.
Gelombang perubahan rakyat Kelantan – PM
KOTA BHARU 29 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan membawa limpahan kemakmuran untuk rakyat Kelantan. Sehubungan itu, beliau mengajak kerajaan negeri menjayakan ECER yang merupakan titik mula usaha memastikan kemajuan menyeluruh bagi rakyat dengan bekerjasama atas landasan keikhlasan tanpa mengungkit lagi soal masa lalu.
Ulasan: Semasa sempit ramai boleh mempertahankan Islam. Jangan sewaktu mewah, melupakan Islam.
Harga tepung naik: Restoran cadang naikkan harga roti canai
PULAU PINANG 29 Okt. - Persatuan Restoran Islam Pulau Pinang bercadang untuk menaikkan harga makanan berasaskan tepung seperti roti canai, capati, bihun dan mee berikutan kenaikan harga tepung. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, melalui permohonan yang dibuat minggu lepas, persatuan itu mahu harga roti canai dinaikkan ke 80 sen sekeping dari 60 sen mulai bulan depan.
Ulasan: Inilah padahnya menjadi pengguna. Penjual selalunya membiarkan pengguna membayar. Untungnya tak terjejas, kita yang teruk.
No comments:
Post a Comment