Kukuh perpaduan parti
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2007 yang bermula hari ini, dilihat penting bagi memperkukuhkan perpaduan parti sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, selain meneruskan agenda membela bangsa Melayu untuk tempoh 50 tahun akan datang...(BH.5/11/07).
Ulasan: Apakah 50 tahun yang berlalu tidak cukup untuk membela bangsa Melayu? Dan Umno meminta simpati rakyat Melayu supaya terus menerimanya sebagai parti yang membela bangsa Melayu. Kalau benar berusaha untuk mengelokkan bangsa sepanjang 50 tahun yang berlalu sudah tentu orang Melayu menjadi semakin baik dari semua segi. Tetapi peninggalan Umno hanyalah bilangan orang Melayu masih lagi menjadi majoriti di negara ini tetapi dalam banyak hal tertinggal. Kita terpukau dengan dunia yang lari dari kita.
Kuasa yang ada kepada orang Melayu hanyalah menerima rasuah pada hal rasuah adalah haram. Bangsa lain menjadi hebat kerana usaha sendiri tapi kita kerana meminta rasuah, menerima rasuah, merestui penyelewengan dan menjual projek untuk untung cepat. Kuasa Melayu yang di punyai Umno dapat di beli dengan wang oleh bangsa lain. Semua ini di ajar oleh Umno zaman berzaman. Umno berkuasa hebat tetapi membiarkan anak bangsa tenggelam arus nafsu.
Cukuplah menipu rakyat dan bangsa sendiri. Umno mahu meneruskan agenda membela bangsa Melayu untuk tempoh 50 tahun akan datang? Orang Melayu perlu mencari sokong lain yang lebih jujur, beradab dan beragama. Tinggalkan sokong lama.
No comments:
Post a Comment