KUALA LUMPUR 16 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa kesal dengan dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong satu perhimpunan haram di sini Sabtu lepas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan hari ini, Seri Paduka Baginda juga melahirkan rasa kesal dengan perhimpunan itu yang dianjurkan oleh satu kumpulan dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang disokong oleh parti-parti pembangkang...(UM, 16/11/07).
Ulasan: Kalau pun benar berita ini seperti di laporkan tidak bermakna perhimpunan 10/11/07 lalu menuntut piliharaya yang bersih dan adil di laksanakan di negara ini itu SIA-SIA. Semakin ramai rakyat yang sedar dan tidak tunduk patuh atau taat melulu kepada kerajaan yang tidak sukakan pilihan raya yang bersih dan adil. Dalam amalan yang ada di dalam negara ini rakyat yang menentukan siapa pemerintah setiap 5 tahun. Rakyat wajar memilih kerajaan yang bermaruah, bersih dan adil. Rakyat adalah hakim negara.
Projek di Banding tetap diteruskan
IPOH 15 Nov. – Kerajaan negeri tidak akan menghentikan projek pembangunan di sekitar Tasik Banding, Gerik dekat sini, meskipun berlaku runtuhan pada bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) kelmarin....(UM, 16/11/07).
Ulasan: Sekiranya wang rakyat di habiskan sila pastikan kemudahan itu selamat di gunakan. Hadapkan orang yang bertanggungjawab terhadap runtuhan bangunan semalam (samada rekabentuknya bermasalah atau kontraktor melaksanakan kerja tanpa ikut spesifikasi atau wakil klien yang belot meluluskan) ke mahkamah dan tentukan mendapat hukuman yang adil. Juga sila semak penganugerahan projek kepada kontraktor.
Kereta kebal PT-91M perkasakan tentera darat
GEMAS 15 Nov. - Operasi Tentera Darat akan diperkasakan dengan pengenalan enam kereta kebal jenis PT-91M dari Poland yang kini sedang diuji kekuatan dan daya tahan untuk dilabel sebagai kenderaan operasi ketenteraan.
NOTA: Projek pembekalan PT-91M ini bermula dengan termeterainya kontrak perolehan antara kerajaan Malaysia dengan FTE Bumar Labedy pada 11 April 2003 yang menelan belanja RM1.4 bilion bagi membekalkan 62 kereta kebal pelbagai varian serta sokongan logistik bagi operasi ketenteraan.
Ulasan: Katanya ada orang yang memasang lukah di dalam pembelian peralatan tentera Malaysia. Mereka seronok mendapat duit atas angin dari titik peluh rakyat. Contohnya kapal selam dari Perancis, Sukhoy dari Russia dll. Apa hal dengan kereta kebal ini? Ingatlah bahawa wang yang haram tidak akan membawa kepada kebaikan.
No comments:
Post a Comment