Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Tuesday, May 27, 2008
Pulau Pisang milik mutlak Johor
Abdul Ghani menjelaskan, Singapura hanya dibenarkan mendirikan rumah api dan laluan hingga ke jeti membabitkan kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar...
Ulasan: Sebagai negara yang mereka dan berdaulat, kenapa masih di perlukan Singapura untuk menguruskan rumah api di Pulau Pisang? Kita boleh menguruskannya sendiri tanpa bantuan Singapura. Kita telah pun membina dan menguruskan Pelabuhan Tanjung Pelepas tanpa bantuan Singapura. Dengan jiran yang mengada-ngada kita perlu buktikan kita ada prinsip dan tegas. Cukuplah Pulau Batu Putih terang-terang di curi jiran yang jahat.
Usul tergempar bahas Batu Puteh ditolak
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membahaskan kedaulatan Batu Puteh yang diputuskan milik Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dibawa Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian).
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata usul berkenaan ditolak kerana ia tidak perlu disegerakan kerana Malaysia sudah bersetuju dengan keputusan ICJ...(BH, 27/5/08).
Ulasan: Bila ahli Parlimen tidak di beri masa untuk membincangkan semula kedaulatan Batu Puteh, erinya sikap tidak bertegas ala BN/UMNO di paksakan kepada semua rakyat. Pertama kali malu menjadi rakyat Malaysia yang berdaulat. Ya Allah berikan kami pemimpin yang berwibawa.
Warga emas kayuh basikal ke Beijing semarak Olimpik 2008
PUTRAJAYA 26 Mei – Seorang pesara berusia 66 tahun, xxxxxxx xxx xxxxxxx hari ini memulakan kayuhan ke Beijing, China bagi menghangatkan lagi sambutan Sukan Olimpik 2008 yang akan berlangsung di bandar itu Ogos ini...
Ulasan: Kalau berseluar panjang tentulah elok kerana menjaga aurat sebagai contoh kepada orang lain (terutama anak kita).
Larangan jual petrol - Dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing di stesen minyak di sempadan
KUALA LUMPUR 26 Mei – Kerajaan hari ini menetapkan semua stesen minyak di sempadan Thailand dan Singapura, dilarang sama sekali menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing berkuat kuasa Jumaat ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Parlimen hari ini. Katanya, larangan itu membabitkan semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer di sempadan Malaysia-Thailand membabitkan Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan.
“Ia turut membabitkan beberapa daerah di Johor termasuk di Kulai dan Johor Bahru,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Parlimen di sini hari ini...
Ulasan: Selamat melaksana. Kita boleh kalau tidak cinta kepada rasuah.
Kes sumbang mahram tertinggi di Johor
JOHOR BAHRU 26 Mei - Johor dan Selangor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi di negara ini sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun lalu iaitu masing-masing sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 2,158 kes yang dilaporkan kepada polis.
Secara purata, jumlah kes sumbang mahram yang dicatatkan kedua-dua negeri itu adalah lebih daripada 41 kes setahun atau melebihi tiga kes dalam sebulan.
Menurut statistik polis Bukit Aman, Sabah mencatatkan kes sumbang mahram kedua tertinggi sepanjang tempoh tersebut iaitu sebanyak 258 kes diikuti Perak (197), Kedah (195), Pahang (164) dan Sarawak (136).
Terengganu pula mencatatkan sebanyak 109 kes, Kelantan (107), Negeri Sembilan (102), Melaka (101), Kuala Lumpur (96), Pulau Pinang (59) dan Perlis (18).
Bagi tempoh sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu pula, Johor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi iaitu sebanyak 33 kes daripada keseluruhan 177 kes yang dilaporkan. Selangor mencatatkan kes sumbang mahram kedua tertinggi bagi tempoh itu iaitu sebanyak 27 kes diikuti Sabah (20), Pahang (20), Kedah (16), Sarawak (13) dan Perak (12). Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 10 kes, Melaka (9), Kelantan (7), Negeri Sembilan (5), Pulau Pinang (3), Terengganu (1) dan Perlis (1)....
Ulasan: Bersama-sama semarakkan dakwah supaya hidup di redai Allah. Pemimpin dan wakil rakyat pastikan hukuman setimpal untuk menghalang kes masa depan.
Abang rogol adik akibat gemar tonton filem lucah
JOHOR BAHRU 26 Mei - Akibat gemar menonton filem lucah, dua beradik gagal mengawal nafsu sehingga tergamak merogol adik kandung sendiri di rumah mereka di Parit Jawa, Muar. Kejadian itu merupakan antara kes sumbang mahram yang menggemparkan negeri ini beberapa tahun lalu yang menyaksikan Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 16 sebatan ke atas mereka.
Dalam kes itu, dua beradik yang masing-masing berusia 30 tahun dan 19 tahun ketika hukuman tersebut dijatuhkan pada 2006, mengaku merogol mangsa yang berusia 17 tahun kerana dipengaruhi filem lucah selain tertekan ekoran kematian bapa mereka.
Satu lagi kes yang menyayat hati dilaporkan berlaku ke atas seorang pelajar tingkatan lima yang mendakwa dirogol bapa kandung sejak berusia 13 tahun di rumah mereka di kuarters pekerja ladang kelapa sawit Selumpur, Buluh Kasap, Segamat.
Tidak tahan menjadi hamba seks bapanya, mangsa akhirnya melaporkan kejadian itu pada pihak polis yang kemudiannya menahan lelaki itu pada Februari lalu...
Ulasan: Bersama-sama semarakkan dakwah supaya hidup di redai Allah. Pemimpin dan wakil rakyat pastikan hukuman setimpal untuk menghalang kes masa depan.
Selangor haramkan program berkonsep Islam Hadhari
SHAH ALAM 26 Mei - Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang program yang yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari dilaksana dan dikembangkan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, melalui arahan tersebut, kesemua masjid dan surau di negeri itu tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, arahan itu dibuat kerana konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor, memandangkan ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini termasuk di negeri itu telah pun lengkap dan menyeluruh meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia...
Ulasan: Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. hanyalah satu. Mari kita amalkan untuk kesejahteraan kita..
Iran sambut baik kerjasama strategik dengan Syria
TEHRAN 26 Mei - Menteri Pertahanan Iran menyambut baik kerjasama strategik dengan Syria, sehari selepas Israel mendesak Damsyik menjarakkan hubungannya dengan Iran.
Menteri Pertahanan, Mostafa Mohammad Najjar menggambarkan Syria sebagai sekutu strategik sebelum mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari negara itu, Hassan Turkmani.
"Kerjasama antara Iran dan Syria merupakan sesuatu yang strategik berasaskan kepentingan kedua-dua negara serta negara-negara Islam," katanya dalam satu laporan yang dipetik oleh agensi berita Iran, IRNA semalam...
Ulasan: Bila berdepan dengan musuh, kita sepatutnya lebih pandai berpolitik dan lebih bijak.
UUM haramkan guna polisterina
SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengharamkan penggunaan bekas makanan polisterina di dalam kampus bermula sesi Julai ini melalui program Kempen Mesra-Eko (RFC).
Pengarah Jabatan Canselori UUM, Mohd. Zaini Nasri berkata, bekas polisterina mempunyai impak yang besar kepada alam sekitar kerana memerlukan masa sekurang-kurangnya 500 tahun untuk reput dan memerlukan tenaga yang tinggi untuk memusnahkannya...(Kosmo, 27/5/08).
Ulasan: Eloklah segera menjadi ikutan IPT lain kerana lebih mesra alam.
Monday, May 26, 2008
Bangunkan Pulau Pisang - Bagi menjamin status kedaulatan pulau milik Malaysia
Pertahankan Segera Pulau Pisang
PONTIAN 25 Mei – Kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura...(UM,26/5/08).
Ulasan: Cukuplah kita bersangka baik dengan jiran yang terbukti jahat. Mulanya menguruskan rumah api Pulau Batu Putih, kemudian oleh sebab penakut kita walaupun ada komando dan tentera elit udara, laut dan darat dengan jenama hebat berserta senjata yang canggih kononnya tetapi kita tidak pernah pun menghantar tentera menyelamatkan Pulau Batu Putih sepanjang kita merdeka.
Kita berputih mata melihat akhirnya Pulau Batu Putih menjadi hak Singapura melalui keputusan yang di buat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Hak kita kenapa pula ICJ tentukan? Kalaulah kerajaan Malaysia lebih berwibawa sudah tentu jirannya, khususnya Singapura, tidak berani menuntut hak kita.
Kini untuk membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), kita (di bawah era Pak Lah) terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama. Pembangunan sehebat Tanjung Pelepas boleh dilakukan tanpa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan mana-mana negara asing yang memungkin pengaruh dan penentuan terma-terma yang boleh merugikan kita boleh berlaku1. Kenapa pemimpin kita takut untuk menyatakan pendirian tegas kita: Tanah kita hak kita. Walhal kita negara masih berdaulat.
Cukuplah berbaik-baik dengan jiran yang memandang kita dengan penuh ghairah kerana tanah kita luas. Negara ini yang kita terima dari generasi terdahulu perlu di jaga cermat untuk di serahkan sepenuhnya kepada anak cucu kita kemudiannya. Bukan untuk di berikan kepada jiran yang telah lama bersungguh-sungguh meminta kerana kepentingannya.
Sumber:
1. http://cetusan-hati.blogspot.com/2007/08/wpi-dan-pulau-batu-putih-bakal-tergadai.html
http://malaysia-baru.blogspot.my
Pelajar Unimas johan ratu cantik
Ulasan: Rupa-rupanya siswi pun tersilau dengan pertandingan Ratu Cantik. Sepatutnya siswa dan siswa menjadi contoh untuk di ikuti masyarakat kerana ilmu yang di pelajari selama ini jauh lebih hebat dan bermakna. Sewajarnyalah pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak IPT (Universiti dan sejenis dengannya) mendidik siswa dan siswi menghargai ilmu yang di pelajari dan tidak lagi mempertaruhkan kecantikan asli sebagai modal bersaing.
Umno Kubang Pasu tetap sokong Pak Lah
ALOR STAR: Keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno, Isnin lalu tidak memberi kesan terhadap ahli parti itu di bahagian Kubang Pasu.
Ketua Umno bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata ahli Umno di bahagian itu tetap memberikan sokongan kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus menerajui kepimpinan parti dan negara...
Ulasan: Jangan mengikut membuta tuli. Mengikut sesuatu mesti berdasarkan hujjah berdasarkan kepentingan agama dan bangsa. Kalau hanya berdasarkan imbuhan dunia dan kuasa yang sementara untuk agenda peribadi, perlu ingat bahawa selama ini semua itu telah menghancurkan kita dan hasilnya kita tidak membela agama dan bangsa
Thursday, May 22, 2008
Barat, Yahudi patut hormati Muslim
"Keamanan tidak wujud di Tanah Suci kerana Barat tidak menghormati Dunia Timur dan Islam. Kesombongan, keangkuhan, tidak berakhlak yang ditonjolkan penduduk Amerika Syarikat dan Yahudi memang tidak boleh diterima oleh saya dan umat Islam," kata Menahem Froman kepada majalah mingguan Russia, Expert, dalam temubual yang dipetik oleh agensi berita Interfax.
Froman percaya satu-satunya cara untuk merapatkan jurang antara Islam dan Barat serta mencapai keamanan di Asia Barat ialah dengan menghormati dan memahami Dunia Islam. "Untuk mencapai keamanan, kita perlu memahami umat Islam," katanya... (BH, 22/5/08).
Ulasan: Hanya dengan berpegang kepada Islam, ummat ini akan di hormati dan di geruni seperti yang telah berlaku kepada ummat generasi sahabah r.anhum. Untuk itu mari kita perhebatkan dakwah supaya kita kembali mengamalkan Islam.
Amah dapat pampasan tak setimpal
JEDDAH: Mahkamah Tinggi Riyadh memerintahkan pampasan SR2,500 (RM2,147) diberi kepada seorang pembantu rumah Indonesia, Nour Miyati, kerana jari kaki dan jari tangannya terpaksa dipotong berikutan didera oleh majikannya dan isteri.
Laporan Arab News menyebut, sambil menilai arahan terdahulu, hakim berkenaan turut menggugurkan dakwaan terhadap isteri majikan Miyati, yang mengaku mendera pembantu rumah berkenaan dan menarik balik hukuman 35 sebatan yang dikenakan ke atasnya.
Sementara itu, majikannya turut didapati tidak bersalah kerana kekurangan bukti. “Menurut hakim, bukti tidak mencukupi,” kata Nasser Al-Dandani, peguam yang dilantik oleh Kedutaan Indonesia untuk mewakili Miyati.
Kes Miyati mendapat perhatian ramai selepas dia dibawa oleh majikannya ke hospital di Riyadh pada Mac 2005, yang mengalami reput tisu pada jari tangan, jari kaki dan sebahagian kaki kanannya.
Pada awalnya, Miyati mendakwa diikat majikan selama sebulan di dalam bilik air dan memukulnya dengan teruk yang mencederakan mata dan beberapa giginya patah. – Agensi ...(BH, 22/5/08).
Ulasan: Keadilan sepatutnya tidak mengira siapa. Bayangkan seorang rakyat Saudi apakah akan mendapat pampasan yang sama? Bila lagi akan wujud keadilan yang pernah wujud dalam kisah Hakim Shuraih yang pernah membicarakan Saidina Ali dan seorang Yahudi.
Friday, May 16, 2008
Batu Putih berpihak kepada kita
Ulasan: Kita mengharapkan Batu Putih di pulangkan kepada Malaysia. Tapi salahnya kita juga kerana terlalu percaya kepada jiran yang jahat. Mula-mulanya menjaga rumah api kemudian merasakan kedaulatan pulau itu miliknya.
Jangan lupa Pulau Pisang yang terletak di Selat Melaka, di luar pantai Kukup, Johor.
Rumah api di Pulau Pisang yang telah dikendali dan dikawal oleh pihak berkuasa Singapura (Maritime and Port Authority of Singapore). Apa di harap dari jiran yang jahat?
4 pemain bola PDRM rasuah
KUALA LUMPUR 15 Mei - Polis mengenal pasti empat pemain bola sepaknya terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan membabitkan nilai pendapatan antara RM20,000 dan RM25,000 seorang.
Polis turut mengesahkan kegiatan kumpulan tersebut yang dilakukan semasa Liga Super musim ini turut didalangi beberapa sindiket antarabangsa dan tempatan...
Ulasan: Hebatkah kita dengan pendapatan yang haram?
Penduduk Ipoh terdedah penyakit paru-paru
MANJUNG 15 Mei - Penduduk Ipoh kini terdedah kepada risiko menghidap penyakit radang paru- paru dan lelah ekoran keadaan berjerebu di bandar raya itu yang dipercayai berpunca daripada aktiviti kilang simen.
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, berbeza dengan bandar-bandar lain di Perak dan negeri-negeri lain, Ipoh kini cukup berjerebu...
Ulasan: Dulu sewaktu BN memerintah Perak berita seperti ini di tutup. Sekarang harapnya rakyat mendapat peluang untuk hidup dalam suasana yang segar.
Bush sokong Israel
BAITULMAQDIS - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semalam berikrar menyokong Israel dalam peperangan menentang kumpulan pengganas.
Bush yang kini melawat Israel menyatakan sokongan itu ketika negara Yahudi itu menyambut ulang tahun ke-60 penubuhannya...(Kosmo, 16/5/08).
Ulasan: Israel yang menjajah Palestin setakat ini di sokong oleh kuasa besar barat. Bantulah sebarang usaha untuk membebaskan Palestin menjadi negara merdeka dan berdaulat.
Thursday, May 15, 2008
Najib jawab tohmahan
Ulasan: Kenapa tunggu lama sangat untuk jawab tuduhan-tuduhan? Kalaulah BPR masih lagi berwibawa eloklahlah rasuah di Kementerian Pertahanan di siasat. Kenapa takut kalau benar? Dan apakah Kementerian Pertahanan menjadi kementerian yang amalkan rasuah sifar, sama-samalah kita tunggu.
Tuesday, May 13, 2008
Profesion perguruan akan dimartabat
Ulasan: Profesion perguruan sememangnya bermartabat kerana ia merupakan pekerjaan yang mulia. Yang terpenting ialah kementerian-kementerian lain supaya jangan merosakkan anak bangsa. Apalah gunanya guru mengajar kebaikan di sekolah tetapi di rosakkan oleh anasir lain di luar kawasan sekolah yang di dalam kawalan kementerian yang pelbagai.
Tarif kekal, TNB rugi besar
KUALA LUMPUR 12 Mei - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan mengalami aliran tunai negatif pada tahun depan jika kerajaan tidak membenarkan syarikat utiliti itu memindahkan kos kenaikan bahan api kepada pengguna...
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, buat masa ini, TNB memiliki rizab tunai mencukupi yang dikumpul sejak lebih dua tahun lalu tetapi ia hanya cukup sehingga akhir tahun ini...
Ulasan: Kadang-kadang elok juga di ajar TNB supaya lebih cermat. Biar TNB rugi kalau tak tahu berniaga. Kalau syarikat sebesar TNB, pemikiran nya masih serupa peniaga pasar malam yang nampak satu-satunya cara untuk untung dengan menaikkan kadar harga kepada pengguna. Bagaimana dengan pembaziran di TNB?
Seludup beras di Kelantan sukar dibendung
KOTA BHARU 12 Mei - Aktiviti penyeludupan beras dari negara jiran ke negeri ini ternyata sukar dibendung oleh jabatan dan agensi penguatkuasaan walaupun usaha memperketatkan sempadan negara dipertingkatkan pada setiap masa...
Ulasan: Bila rasuah bermaharaja lela, penguatkuasaan hanyalah menjadi robot dan sandiwara.
Walaupun 2,000 laporan polis, saya tak berganjak
KUALA LUMPUR 12 Mei – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) menegaskan, walaupun 2,000 laporan polis dibuat terhadapnya, beliau akan terus berpegang kepada kenyataan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.
Ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Karpal mendakwa laporan-laporan polis terhadapnya yang kini mencecah 20 kes didalangi oleh UMNO...
Ulasan: Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke paras lengan sekiranya benar berdasarkan ilmu yang ada.
Wednesday, May 07, 2008
Bas dinaiki 40 murid, pelajar terbalik
JOHOR BAHRU 6 Mei - Sebuah bas sekolah yang dinaiki oleh 40 murid dan pelajar Sekolah Islam Hidayah terbalik di persimpangan lampu isyarat Taman Impian Emas, Jalan Kempas Lama di sini hari ini.
Bagaimanapun, kesemua mangsa terselamat tetapi sebahagiannya mengalami cedera ringan dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu.
Pemandu bas terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Pungut, 49, berkata, bas itu pada mulanya sedang menuruni bukit dari arah Taman Impian Emas.
Menurutnya, tiba-tiba ia mengalami kerosakan brek dan melanggar sebuah kenderaan di hadapannya sebelum terbalik di kawasan lapang di seberang jalan raya itu.
"Mujurlah kesemua pelajar itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk hanya beberapa pelajar saja yang cedera ringan," katanya kepada Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Menurutnya, sebaik bas tersebut terbalik, orang ramai yang kebetulan melalui jalan tersebut bergegas menolong mangsa-mangsa yang terperangkap dalam bas.
Katanya, murid dan pelajar berusia antara tujuh dan 17 tahun berjaya dikeluarkan melalui pintu kecemasan dengan sebahagiannya menangis ketakutan dan trauma.
Sekolah Islam Hidayah adalah sekolah swasta yang mempunyai murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dalam sekolah yang sama...
Ulasan: Takziah kepada pelajar terlibat, pemandu dan pemilik bas, semua ibu ayah dan guru Sekolah Islam Hidayah di atas musibah yang berlaku. Kepada semua pemilik bas sekolah, pastikan bas sentiasa selamat untuk membawa pelajar iaitu pemimpin kita masa depan.
Dr Mahathir dakwa godaan Ahli Parlimen BN lompat parti semakin tinggi
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh menolak kemungkinan Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan Pusat seperti dicanangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ini kerana godaan untuk melompat ke pihak pembangkang adalah tinggi di kalangan sebilangan Ahli Parlimen BN...(BH, 7/5/08).
Ulasan: Lebih baik tinggalkan BN sekarang sebelum BN lebur kerana tidak lagi di hati rakyat kerana rekod buruknya iaitu menghabiskan wang rakyat melalui kroni-kroninya.
Kes pasangan kekasih dituduh edar heroin pada Februari 2009
KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 22 hingga 26 Febuari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan sepasang kekasih yang dituduh mengedar heroin di sebuah pangkalan haram di Rantau Panjang pada Januari lalu.
Ulasan: Seronoknya syaitan kerana kita terlibat dari satu perkara haram ke lagi satu haram. Berkasih sebelum nikah adalah maksiat. Begitu juga dengan menyalahgunakan dan mengedar dadah. Tinggalkan perbuatan haram dan hiduplah sebagai orang yang taat.
JPJ adakan operasi 24 jam Mei
MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi 24 jam di seluruh negara pertengahan Mei ini bagi membanteras pelbagai salah laku pemandu kenderaan sebaik 2,000 anggota penguat kuasa tambahan baru tamat menjalani latihan tidak lama lagi.
Pengarah Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan, berkata "Setakat ini, kekuatan anggota penguatkuasa JPJ hanya 650 di seluruh negara menyebabkan kita sukar menjalankan operasi 24 jam tetapi menjelang akhir tahun ini, bilangan anggota akan ditambah selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan permohonan menambah 2,000 pelbagai perjawatan,'' katanya selepas Majlis Penutup Pemantapan Kepimpinan Pegawai Penguatkuasa JPJ Malaysia di Akademi JPJ di Ayer Molek, dekat sini semalam...
Ulasan: Yang pentingnya ialah menghapuskan rasuah.
Beli Sukhoi, Scorpene ikut tatacara
KUALA LUMPUR 6 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rundingan perolehan bagi pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat semalam yang meminta kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat rundingan perolehan kapal selam Scorpene dari Perancis dan pesawat Sukhoi dari Rusia...
Ulasan: Kenapa Kementerian Pertahanan lambat sangat memberitahu rakyat apa yang berlaku? Sejak dari pilihan raya kecil Ijok peristiwa itu menghantui rakyat. Eloklah di siasat kerana berani kalau benar.
ISA kekal
KUALA LUMPUR 6 Mei - Kementerian Dalam Negeri akan terus mengguna pakai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia masih relevan dengan keperluan semasa.
Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ISA adalah satu bentuk undang-undang yang hanya bertujuan mencegah perbuatan hasutan dan bukan undang-undang punitif.
ISA diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1960 dan seramai 10,711 orang telah ditahan di bawah akta itu setakat ini.
''Amerika Syarikat turut memperkenalkan akta keselamatan salah satunya adalah Akta Patriot, Akta Anti Pengganas dan sebagainya yang bertujuan untuk menghalang daripada sesuatu yang tidak baik berlaku,'' ujarnya.
Ulasan: ISA = Ikut Suka Aku kerana kebanyakan graduannya dari pihak pembangkang dan hampir semuanya masih tetap dengan perjuangan asal dan pihak kerajaan BN tak berjaya meng turn-over mereka. Jadi apa guna ISA di pertahankan? Tangkap dan bawa ke mahkamah untuk di adili bukan tangkap dan simpan untuk satu tempoh yang lama.
Tuesday, May 06, 2008
Bekalan makanan belum sampai tahap krisis
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kerajaan melaksanakan langkah-langkah serupa yang diambil dalam menangani krisis gula dan minyak masak, bagi menghadapi masalah bekalan makanan khususnya beras sekiranya ia meruncing...
Ulasan: Jangan tunggu sehingga terlalu lambat sehingga menyusahkan rakyat.
Guru bersila, murid meniarap
KOTA KINABALU 5 Mei - Kementerian Pelajaran diminta segera bertindak mengatasi kedaifan kemudahan di beberapa sekolah di Kalabakan, berikutan ada murid yang terpaksa meniarap semasa belajar kerana ketiadaan kerusi dan meja...
Ulasan: Kerajaan yang selama ini memerintah Sabah dan bertanggung jawab sepenuhnya ialah BN. Tidakkah cukup petroleum sehingga anak bangsa di sekolah belajar tanpa kemudahan asas?
Cadangan hanya untuk 21 tahun ke bawah - Rais
JAKARTA 5 Mei - Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan beliau hanya mencadangkan rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke bawah perlu mendapat izin keluarga atau perakuan majikan untuk ke luar negara...
Ulasan: Jaga sementara ada.
Empat pekerja Vietnam bergaduh berebut teman wanita ditahan
MUAR 5 Mei - Polis menahan empat lelaki Vietnam yang terbabit dalam pergaduhan di asrama pekerja asing sebuah kilang biskut di Kampung Tanjung Selabu, Sungai Terap dekat sini malam tadi. Pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu itu berlaku pukul 7 malam, apabila salah seorang daripada empat yang ditahan itu diserang empat rakan senegaranya....
Ulasan: Hidup ini bukan untuk teman wanita. Orang yang punya teman wanita itu biasanya yang merosakkan wanita itu. Nikah ialah jalan yang paling selamat untuk menyelamatkan seorang wanita sebelum hubungan di teruskan. Dengan nikah, seronok dapat dan pahala pun dapat.