MOSCOW: Pendeta Yahudi Ortodok paling terkenal Israel percaya kebiadapan terhadap Dunia Islam oleh pemimpin Barat dan Yahudi adalah punca sebenar yang menghalang sebarang bentuk keamanan di antara Israel dan Palestin.
"Keamanan tidak wujud di Tanah Suci kerana Barat tidak menghormati Dunia Timur dan Islam. Kesombongan, keangkuhan, tidak berakhlak yang ditonjolkan penduduk Amerika Syarikat dan Yahudi memang tidak boleh diterima oleh saya dan umat Islam," kata Menahem Froman kepada majalah mingguan Russia, Expert, dalam temubual yang dipetik oleh agensi berita Interfax.
Froman percaya satu-satunya cara untuk merapatkan jurang antara Islam dan Barat serta mencapai keamanan di Asia Barat ialah dengan menghormati dan memahami Dunia Islam. "Untuk mencapai keamanan, kita perlu memahami umat Islam," katanya... (BH, 22/5/08).
Ulasan: Hanya dengan berpegang kepada Islam, ummat ini akan di hormati dan di geruni seperti yang telah berlaku kepada ummat generasi sahabah r.anhum. Untuk itu mari kita perhebatkan dakwah supaya kita kembali mengamalkan Islam.
Amah dapat pampasan tak setimpal
JEDDAH: Mahkamah Tinggi Riyadh memerintahkan pampasan SR2,500 (RM2,147) diberi kepada seorang pembantu rumah Indonesia, Nour Miyati, kerana jari kaki dan jari tangannya terpaksa dipotong berikutan didera oleh majikannya dan isteri.
Laporan Arab News menyebut, sambil menilai arahan terdahulu, hakim berkenaan turut menggugurkan dakwaan terhadap isteri majikan Miyati, yang mengaku mendera pembantu rumah berkenaan dan menarik balik hukuman 35 sebatan yang dikenakan ke atasnya.
Sementara itu, majikannya turut didapati tidak bersalah kerana kekurangan bukti. “Menurut hakim, bukti tidak mencukupi,” kata Nasser Al-Dandani, peguam yang dilantik oleh Kedutaan Indonesia untuk mewakili Miyati.
Kes Miyati mendapat perhatian ramai selepas dia dibawa oleh majikannya ke hospital di Riyadh pada Mac 2005, yang mengalami reput tisu pada jari tangan, jari kaki dan sebahagian kaki kanannya.
Pada awalnya, Miyati mendakwa diikat majikan selama sebulan di dalam bilik air dan memukulnya dengan teruk yang mencederakan mata dan beberapa giginya patah. – Agensi ...(BH, 22/5/08).
Ulasan: Keadilan sepatutnya tidak mengira siapa. Bayangkan seorang rakyat Saudi apakah akan mendapat pampasan yang sama? Bila lagi akan wujud keadilan yang pernah wujud dalam kisah Hakim Shuraih yang pernah membicarakan Saidina Ali dan seorang Yahudi.
No comments:
Post a Comment