Monday, May 26, 2008

Bangunkan Pulau Pisang - Bagi menjamin status kedaulatan pulau milik Malaysia


Pertahankan Segera Pulau Pisang

PONTIAN 25 Mei – Kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura...(UM,26/5/08).

Ulasan: Cukuplah kita bersangka baik dengan jiran yang terbukti jahat. Mulanya menguruskan rumah api Pulau Batu Putih, kemudian oleh sebab penakut kita walaupun ada komando dan tentera elit udara, laut dan darat dengan jenama hebat berserta senjata yang canggih kononnya tetapi kita tidak pernah pun menghantar tentera menyelamatkan Pulau Batu Putih sepanjang kita merdeka.

Kita berputih mata melihat akhirnya Pulau Batu Putih menjadi hak Singapura melalui keputusan yang di buat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Hak kita kenapa pula ICJ tentukan? Kalaulah kerajaan Malaysia lebih berwibawa sudah tentu jirannya, khususnya Singapura, tidak berani menuntut hak kita.

Kini untuk membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), kita (di bawah era Pak Lah) terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama. Pembangunan sehebat Tanjung Pelepas boleh dilakukan tanpa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan mana-mana negara asing yang memungkin pengaruh dan penentuan terma-terma yang boleh merugikan kita boleh berlaku1. Kenapa pemimpin kita takut untuk menyatakan pendirian tegas kita: Tanah kita hak kita. Walhal kita negara masih berdaulat.

Cukuplah berbaik-baik dengan jiran yang memandang kita dengan penuh ghairah kerana tanah kita luas. Negara ini yang kita terima dari generasi terdahulu perlu di jaga cermat untuk di serahkan sepenuhnya kepada anak cucu kita kemudiannya. Bukan untuk di berikan kepada jiran yang telah lama bersungguh-sungguh meminta kerana kepentingannya.

Sumber:
1. http://cetusan-hati.blogspot.com/2007/08/wpi-dan-pulau-batu-putih-bakal-tergadai.html

http://malaysia-baru.blogspot.my

No comments: