Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Wednesday, May 07, 2008
Bas dinaiki 40 murid, pelajar terbalik
JOHOR BAHRU 6 Mei - Sebuah bas sekolah yang dinaiki oleh 40 murid dan pelajar Sekolah Islam Hidayah terbalik di persimpangan lampu isyarat Taman Impian Emas, Jalan Kempas Lama di sini hari ini.
Bagaimanapun, kesemua mangsa terselamat tetapi sebahagiannya mengalami cedera ringan dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu.
Pemandu bas terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Pungut, 49, berkata, bas itu pada mulanya sedang menuruni bukit dari arah Taman Impian Emas.
Menurutnya, tiba-tiba ia mengalami kerosakan brek dan melanggar sebuah kenderaan di hadapannya sebelum terbalik di kawasan lapang di seberang jalan raya itu.
"Mujurlah kesemua pelajar itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk hanya beberapa pelajar saja yang cedera ringan," katanya kepada Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Menurutnya, sebaik bas tersebut terbalik, orang ramai yang kebetulan melalui jalan tersebut bergegas menolong mangsa-mangsa yang terperangkap dalam bas.
Katanya, murid dan pelajar berusia antara tujuh dan 17 tahun berjaya dikeluarkan melalui pintu kecemasan dengan sebahagiannya menangis ketakutan dan trauma.
Sekolah Islam Hidayah adalah sekolah swasta yang mempunyai murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dalam sekolah yang sama...
Ulasan: Takziah kepada pelajar terlibat, pemandu dan pemilik bas, semua ibu ayah dan guru Sekolah Islam Hidayah di atas musibah yang berlaku. Kepada semua pemilik bas sekolah, pastikan bas sentiasa selamat untuk membawa pelajar iaitu pemimpin kita masa depan.
Dr Mahathir dakwa godaan Ahli Parlimen BN lompat parti semakin tinggi
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh menolak kemungkinan Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan Pusat seperti dicanangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ini kerana godaan untuk melompat ke pihak pembangkang adalah tinggi di kalangan sebilangan Ahli Parlimen BN...(BH, 7/5/08).
Ulasan: Lebih baik tinggalkan BN sekarang sebelum BN lebur kerana tidak lagi di hati rakyat kerana rekod buruknya iaitu menghabiskan wang rakyat melalui kroni-kroninya.
Kes pasangan kekasih dituduh edar heroin pada Februari 2009
KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 22 hingga 26 Febuari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan sepasang kekasih yang dituduh mengedar heroin di sebuah pangkalan haram di Rantau Panjang pada Januari lalu.
Ulasan: Seronoknya syaitan kerana kita terlibat dari satu perkara haram ke lagi satu haram. Berkasih sebelum nikah adalah maksiat. Begitu juga dengan menyalahgunakan dan mengedar dadah. Tinggalkan perbuatan haram dan hiduplah sebagai orang yang taat.
JPJ adakan operasi 24 jam Mei
MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi 24 jam di seluruh negara pertengahan Mei ini bagi membanteras pelbagai salah laku pemandu kenderaan sebaik 2,000 anggota penguat kuasa tambahan baru tamat menjalani latihan tidak lama lagi.
Pengarah Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan, berkata "Setakat ini, kekuatan anggota penguatkuasa JPJ hanya 650 di seluruh negara menyebabkan kita sukar menjalankan operasi 24 jam tetapi menjelang akhir tahun ini, bilangan anggota akan ditambah selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan permohonan menambah 2,000 pelbagai perjawatan,'' katanya selepas Majlis Penutup Pemantapan Kepimpinan Pegawai Penguatkuasa JPJ Malaysia di Akademi JPJ di Ayer Molek, dekat sini semalam...
Ulasan: Yang pentingnya ialah menghapuskan rasuah.
Beli Sukhoi, Scorpene ikut tatacara
KUALA LUMPUR 6 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rundingan perolehan bagi pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat semalam yang meminta kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat rundingan perolehan kapal selam Scorpene dari Perancis dan pesawat Sukhoi dari Rusia...
Ulasan: Kenapa Kementerian Pertahanan lambat sangat memberitahu rakyat apa yang berlaku? Sejak dari pilihan raya kecil Ijok peristiwa itu menghantui rakyat. Eloklah di siasat kerana berani kalau benar.
ISA kekal
KUALA LUMPUR 6 Mei - Kementerian Dalam Negeri akan terus mengguna pakai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia masih relevan dengan keperluan semasa.
Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ISA adalah satu bentuk undang-undang yang hanya bertujuan mencegah perbuatan hasutan dan bukan undang-undang punitif.
ISA diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1960 dan seramai 10,711 orang telah ditahan di bawah akta itu setakat ini.
''Amerika Syarikat turut memperkenalkan akta keselamatan salah satunya adalah Akta Patriot, Akta Anti Pengganas dan sebagainya yang bertujuan untuk menghalang daripada sesuatu yang tidak baik berlaku,'' ujarnya.
Ulasan: ISA = Ikut Suka Aku kerana kebanyakan graduannya dari pihak pembangkang dan hampir semuanya masih tetap dengan perjuangan asal dan pihak kerajaan BN tak berjaya meng turn-over mereka. Jadi apa guna ISA di pertahankan? Tangkap dan bawa ke mahkamah untuk di adili bukan tangkap dan simpan untuk satu tempoh yang lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment