JOHOR BAHRU 26 Mei – Kedaulatan dan hak milik kerajaan negeri Johor terhadap Pulau Pisang, yang terletak di luar perairan Pontian dan menempatkan sebuah rumah api yang diuruskan oleh Singapura, adalah jelas, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Menurutnya, kewujudan rumah api di pulau yang berkeluasan 178.4 hektar tersebut adalah menerusi perjanjian di antara Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim dan kerajaan Inggeris. “Pulau Pisang itu berada di dalam daftar kerajaan dan ia adalah milik kerajaan negeri Johor. Keperluan rumah api itu adalah sekadar untuk laluan perkapalan, syarat itu hendaklah dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Huffaz Al-Quran Negeri Johor di sini, hari ini. Beliau berkata, keluasan rumah api kendalian Singapura adalah kira-kira 0.4 hektar dan republik itu turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api bagi kemudahan warganya.
Abdul Ghani menjelaskan, Singapura hanya dibenarkan mendirikan rumah api dan laluan hingga ke jeti membabitkan kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar...
Ulasan: Sebagai negara yang mereka dan berdaulat, kenapa masih di perlukan Singapura untuk menguruskan rumah api di Pulau Pisang? Kita boleh menguruskannya sendiri tanpa bantuan Singapura. Kita telah pun membina dan menguruskan Pelabuhan Tanjung Pelepas tanpa bantuan Singapura. Dengan jiran yang mengada-ngada kita perlu buktikan kita ada prinsip dan tegas. Cukuplah Pulau Batu Putih terang-terang di curi jiran yang jahat.
Usul tergempar bahas Batu Puteh ditolak
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membahaskan kedaulatan Batu Puteh yang diputuskan milik Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dibawa Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian).
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata usul berkenaan ditolak kerana ia tidak perlu disegerakan kerana Malaysia sudah bersetuju dengan keputusan ICJ...(BH, 27/5/08).
Ulasan: Bila ahli Parlimen tidak di beri masa untuk membincangkan semula kedaulatan Batu Puteh, erinya sikap tidak bertegas ala BN/UMNO di paksakan kepada semua rakyat. Pertama kali malu menjadi rakyat Malaysia yang berdaulat. Ya Allah berikan kami pemimpin yang berwibawa.
Warga emas kayuh basikal ke Beijing semarak Olimpik 2008
PUTRAJAYA 26 Mei – Seorang pesara berusia 66 tahun, xxxxxxx xxx xxxxxxx hari ini memulakan kayuhan ke Beijing, China bagi menghangatkan lagi sambutan Sukan Olimpik 2008 yang akan berlangsung di bandar itu Ogos ini...
Ulasan: Kalau berseluar panjang tentulah elok kerana menjaga aurat sebagai contoh kepada orang lain (terutama anak kita).
Larangan jual petrol - Dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing di stesen minyak di sempadan
KUALA LUMPUR 26 Mei – Kerajaan hari ini menetapkan semua stesen minyak di sempadan Thailand dan Singapura, dilarang sama sekali menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing berkuat kuasa Jumaat ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Parlimen hari ini. Katanya, larangan itu membabitkan semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer di sempadan Malaysia-Thailand membabitkan Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan.
“Ia turut membabitkan beberapa daerah di Johor termasuk di Kulai dan Johor Bahru,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Parlimen di sini hari ini...
Ulasan: Selamat melaksana. Kita boleh kalau tidak cinta kepada rasuah.
Kes sumbang mahram tertinggi di Johor
JOHOR BAHRU 26 Mei - Johor dan Selangor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi di negara ini sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun lalu iaitu masing-masing sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 2,158 kes yang dilaporkan kepada polis.
Secara purata, jumlah kes sumbang mahram yang dicatatkan kedua-dua negeri itu adalah lebih daripada 41 kes setahun atau melebihi tiga kes dalam sebulan.
Menurut statistik polis Bukit Aman, Sabah mencatatkan kes sumbang mahram kedua tertinggi sepanjang tempoh tersebut iaitu sebanyak 258 kes diikuti Perak (197), Kedah (195), Pahang (164) dan Sarawak (136).
Terengganu pula mencatatkan sebanyak 109 kes, Kelantan (107), Negeri Sembilan (102), Melaka (101), Kuala Lumpur (96), Pulau Pinang (59) dan Perlis (18).
Bagi tempoh sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu pula, Johor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi iaitu sebanyak 33 kes daripada keseluruhan 177 kes yang dilaporkan. Selangor mencatatkan kes sumbang mahram kedua tertinggi bagi tempoh itu iaitu sebanyak 27 kes diikuti Sabah (20), Pahang (20), Kedah (16), Sarawak (13) dan Perak (12). Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 10 kes, Melaka (9), Kelantan (7), Negeri Sembilan (5), Pulau Pinang (3), Terengganu (1) dan Perlis (1)....
Ulasan: Bersama-sama semarakkan dakwah supaya hidup di redai Allah. Pemimpin dan wakil rakyat pastikan hukuman setimpal untuk menghalang kes masa depan.
Abang rogol adik akibat gemar tonton filem lucah
JOHOR BAHRU 26 Mei - Akibat gemar menonton filem lucah, dua beradik gagal mengawal nafsu sehingga tergamak merogol adik kandung sendiri di rumah mereka di Parit Jawa, Muar. Kejadian itu merupakan antara kes sumbang mahram yang menggemparkan negeri ini beberapa tahun lalu yang menyaksikan Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 16 sebatan ke atas mereka.
Dalam kes itu, dua beradik yang masing-masing berusia 30 tahun dan 19 tahun ketika hukuman tersebut dijatuhkan pada 2006, mengaku merogol mangsa yang berusia 17 tahun kerana dipengaruhi filem lucah selain tertekan ekoran kematian bapa mereka.
Satu lagi kes yang menyayat hati dilaporkan berlaku ke atas seorang pelajar tingkatan lima yang mendakwa dirogol bapa kandung sejak berusia 13 tahun di rumah mereka di kuarters pekerja ladang kelapa sawit Selumpur, Buluh Kasap, Segamat.
Tidak tahan menjadi hamba seks bapanya, mangsa akhirnya melaporkan kejadian itu pada pihak polis yang kemudiannya menahan lelaki itu pada Februari lalu...
Ulasan: Bersama-sama semarakkan dakwah supaya hidup di redai Allah. Pemimpin dan wakil rakyat pastikan hukuman setimpal untuk menghalang kes masa depan.
Selangor haramkan program berkonsep Islam Hadhari
SHAH ALAM 26 Mei - Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang program yang yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari dilaksana dan dikembangkan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, melalui arahan tersebut, kesemua masjid dan surau di negeri itu tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, arahan itu dibuat kerana konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor, memandangkan ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini termasuk di negeri itu telah pun lengkap dan menyeluruh meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia...
Ulasan: Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. hanyalah satu. Mari kita amalkan untuk kesejahteraan kita..
Iran sambut baik kerjasama strategik dengan Syria
TEHRAN 26 Mei - Menteri Pertahanan Iran menyambut baik kerjasama strategik dengan Syria, sehari selepas Israel mendesak Damsyik menjarakkan hubungannya dengan Iran.
Menteri Pertahanan, Mostafa Mohammad Najjar menggambarkan Syria sebagai sekutu strategik sebelum mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari negara itu, Hassan Turkmani.
"Kerjasama antara Iran dan Syria merupakan sesuatu yang strategik berasaskan kepentingan kedua-dua negara serta negara-negara Islam," katanya dalam satu laporan yang dipetik oleh agensi berita Iran, IRNA semalam...
Ulasan: Bila berdepan dengan musuh, kita sepatutnya lebih pandai berpolitik dan lebih bijak.
UUM haramkan guna polisterina
SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengharamkan penggunaan bekas makanan polisterina di dalam kampus bermula sesi Julai ini melalui program Kempen Mesra-Eko (RFC).
Pengarah Jabatan Canselori UUM, Mohd. Zaini Nasri berkata, bekas polisterina mempunyai impak yang besar kepada alam sekitar kerana memerlukan masa sekurang-kurangnya 500 tahun untuk reput dan memerlukan tenaga yang tinggi untuk memusnahkannya...(Kosmo, 27/5/08).
Ulasan: Eloklah segera menjadi ikutan IPT lain kerana lebih mesra alam.
No comments:
Post a Comment