Tuesday, May 13, 2008

Profesion perguruan akan dimartabat

KUALA LUMPUR 12 Mei - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertekad untuk terus memartabatkan profesion perguruan, di samping menambah baik skim perkhidmatan dan menjaga kebajikan 350,000 guru dalam negara...

Ulasan: Profesion perguruan sememangnya bermartabat kerana ia merupakan pekerjaan yang mulia. Yang terpenting ialah kementerian-kementerian lain supaya jangan merosakkan anak bangsa. Apalah gunanya guru mengajar kebaikan di sekolah tetapi di rosakkan oleh anasir lain di luar kawasan sekolah yang di dalam kawalan kementerian yang pelbagai.

Tarif kekal, TNB rugi besar
KUALA LUMPUR 12 Mei - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan mengalami aliran tunai negatif pada tahun depan jika kerajaan tidak membenarkan syarikat utiliti itu memindahkan kos kenaikan bahan api kepada pengguna...
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, buat masa ini, TNB memiliki rizab tunai mencukupi yang dikumpul sejak lebih dua tahun lalu tetapi ia hanya cukup sehingga akhir tahun ini...

Ulasan: Kadang-kadang elok juga di ajar TNB supaya lebih cermat. Biar TNB rugi kalau tak tahu berniaga. Kalau syarikat sebesar TNB, pemikiran nya masih serupa peniaga pasar malam yang nampak satu-satunya cara untuk untung dengan menaikkan kadar harga kepada pengguna. Bagaimana dengan pembaziran di TNB?

Seludup beras di Kelantan sukar dibendung
KOTA BHARU 12 Mei - Aktiviti penyeludupan beras dari negara jiran ke negeri ini ternyata sukar dibendung oleh jabatan dan agensi penguatkuasaan walaupun usaha memperketatkan sempadan negara dipertingkatkan pada setiap masa...

Ulasan: Bila rasuah bermaharaja lela, penguatkuasaan hanyalah menjadi robot dan sandiwara.

Walaupun 2,000 laporan polis, saya tak berganjak
KUALA LUMPUR 12 Mei – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) menegaskan, walaupun 2,000 laporan polis dibuat terhadapnya, beliau akan terus berpegang kepada kenyataan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.
Ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Karpal mendakwa laporan-laporan polis terhadapnya yang kini mencecah 20 kes didalangi oleh UMNO...

Ulasan: Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke paras lengan sekiranya benar berdasarkan ilmu yang ada.

No comments: