KUALA LUMPUR 1 April – Mulai tahun ini pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir diwajibkan mengikuti peperiksaan kelayakan bahasa Arab oleh universiti itu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mengikuti peperiksaan itu akan dinilai berdasarkan tiga tahap iaitu cemerlang, sederhana dan lemah.
"Calon-calon yang cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke Al-Azhar, manakala calon yang menunjukkan pencapaian sederhana akan diminta mengikuti kelas bahasa Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab di universiti itu di Kaherah.
"Bagi calon-calon yang didapati lemah, mereka diminta mengikuti kelas bahasa Arab di kolej (maahad) bahasa Arab Universiti Al-Azhar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini..
Ulasan: Tidak rugi mendalami bahasa Rasulullah, bahasa Quran, bahasa syurga. Kepada bakal ulama dan ustaz/ustazah: Anda akan menjadi pelita yang menerangi umat nanti.
No comments:
Post a Comment