KUALA LUMPUR 5 April - Pakatan Pembangkang menolak penubuhan suruhanjaya diraja berhubung isu video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini.
Pada sidang akhbar dihadiri lebih 15 Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, usaha itu tidak perlu kerana personaliti di dalam video tersebut masih lagi kabur tanpa mendapat pengesahan daripada polis.
Apatah lagi katanya, perkara tersebut terlalu remeh untuk dibincangkan melalui penubuhan suruhanjaya itu yang hanya perlu ditubuhkan sekiranya mempunyai kes-kes besar.
"Kami tidak akan sama sekali menyertai atau menyokong penubuhan suruhanjaya itu. Pakatan pembangkang berpendapat polis seharusnya mengambil tindakan menahan mereka yang terlibat dalam penyebaran video itu berpandukan kepada laporan polis dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"Jika timbul usaha menubuhkan suruhanjaya itu oleh BN, kami akan terus menentang. Kami hanya akan menerima jika penyebar video ini ditahan dan diambil tindakan iaitu sesuatu yang belum dibuat sehingga ke hari ini. Laporan polis yang perlu dirujuk bukannya buat keputusan dalam isu ini," katanya.
Ditanya tidakkah beliau mahu tahu siapa yang berada dalam video itu, Karpal menjawab: " Isu itu tidak langsung timbul tetapi apa yang perlu penyebar video ini harus ditahan.''
Ulasan: PDRM: Jangan biarkan negara hancur kerana politik lucah dan politik rasuah.
No comments:
Post a Comment