Friday, April 01, 2011

SEDIH : Jumlah anak luar nikah di Selangor ”sangat besar”

Jumlah anak luar nikah di Selangor ”sangat besar” - Dr Hasan
SHAH ALAM 1 April – Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah ”sangat besar” dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (Pas-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Hassan berkata, bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, beliau berkata, JAIS tidak mempunyai jumlah penguat kuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini. – Bernama

Ulasan: Bersama-samalah mendidik rakyat terutamanya remaja dan belia supaya menjauhi ZINA. Kalau sayangkan diri, kena hebat menjaga diri: jangan berzina. Kenapa perempuan sanggup menyerahkan badannya kepada seseorang lelaki tanpa ikatan nikah? Kalau dah tak tahan, bernikahlah dulu. No, not before nikah. Lebih aman dan selamat bernikah, kemudian kalau tak sesuai boleh bercerai daripada berzina tanpa nikah. Jaga manimu untuk yang halal saja. Itulah erti sayangkan diri. Anda bijak jauhi zina. 

No comments: