KUALA LUMPUR 4 April - Rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti pembangkang yang dimuat naik ke laman YouTube hari ini disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha mencari kebenaran berhubung kes itu.
Ketika mengulas pendedahan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, ia juga bakal menjawab banyak persoalan di sebalik isu video seks itu terutama identiti individu di dalam rakaman tersebut.
"Rakyat kini boleh menilai sendiri siapa individu yang terlibat dan sekiranya benar seperti apa yang disebut-sebut sebelum ini, maka ia merupakan satu malapetaka besar kepada politik negara, orang Melayu dan umat Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini…
Ulasan: Seolah-olah ada pihak yang tidak berkeyakinan kepada PDRM untuk menyiasat dan tidak berkeyakinan kepada Mahkamah samaada Mahkamah biasa dan Mahkamah Syari’ah. Menuduh zina termasuk dosa besar dalam Islam. Orang yang menuduh sewajarnya mengemukakan bukti di Mahkamah BUKAN melalui video yang disebarkan seluruh dunia. Di mana maruah negara kita KINI?
No comments:
Post a Comment