Tuesday, May 23, 2006

10 tahun baru bertindak -- JAS Selangor siasat syarikat jongkong perak lupus sisa secara haram

KLANG 22 Mei - Kira-kira 48 jam lalu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor, Datuk Ch'ng Toh Eng meminta bukti berhubung pendedahan Utusan Malaysia mengenai 16 buah syarikat di negeri itu yang menjalankan aktiviti pelupusan sisa aluminium secara haram.
Tetapi hari ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberitahu mereka sedang menyiapkan kertas siasatan bagi mendakwa sebuah syarikat pengeluar jongkong perak di Sungai Janggut, Kuala Selangor kerana beroperasi tanpa lesen dan melupus sisa aluminium secara haram.
Malangnya walaupun langkah itu dilihat `satu ketegasan' tetapi kilang tersebut hakikatnya sudah beroperasi selama 10 tahun - satu tempoh yang cukup panjang untuk `satu aktiviti haram'.
Ini baru sebuah kilang, bagaimana dengan kilang-kilang lain yang masih belum dikenakan tindakan biarpun sudah dikatakan terbukti melakukan aktiviti tersebut?
Di mana silapnya? Kenapa selepas 10 tahun, baru sekarang hendak bertindak? Apakah segala aktiviti haram hanya akan dicegah setelah ia didedahkan oleh media?


Ulasan: Pihak yang menjaga alam: menteri, exco dan Jabatan Alam Sekitar tolonglah jaga negara kita supaya sepi dari pencemaran alam sebagai amanah untuk kita serahkan kepada anak cucu kita. BPR minta tolong pantau.

Peniaga dan orang politik jangan cemarkan alam sekitar.

No comments: