Thursday, May 25, 2006

Defisit tunai TNB berkurangan RM2b

TENAGA Nasional Bhd (TNB) menjangkakan defisit tunainya akan menurun dengan ketara kepada RM2.3 bilion daripada RM4.3 bilion tahun depan berikutan semakan semula kadar tarif elektrik.

Ulasan: Inilah jadinya kalau syarikat besar pun berfikir serupa dengan peniaga pasar malam iaitu kenaikan kos sentiasa ditanggung oleh pengguna. Kalau rugi atau untung sedikit, naikkan harga. Bila untung banyak, senyap makan sorang-sorang…
Rupanya sama saja – semua melihat kepada kocek pengguna.


MB tak mahu tanah lapang jadi korban

BAHAU: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan meluluskan lagi permohonan membangunkan kawasan lapang, terutama padang awam atau padang sekolah di negeri ini bagi tujuan pembangunan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ulasan: Eloklah di ikuti oleh pak menteri di peringkat pusat dan Menteri Besar di setiap negeri. Jangan tengok tanah lapang sebagai lombong emas buat duit. Kerajaan di pilih oleh rakyat mestilah amanah untuk menjaga dan memakmurkan negara.


Dewan Negara: Selaras harga minyak ikut pasaran dunia

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyelaraskan semula harga minyak di stesen minyak jika harga bahan api di pasaran dunia turun, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Katanya, kerajaan pada dasarnya mahu mengurangkan subsidi dan jika harga minyak dunia turun, harga minyak di pam perlu diselaraskan supaya keuntungan ini dapat dikembalikan kepada pengguna.

Ulasan: Kita tunggu dan lihat. Tapi kalau berdasarkan rekod pengalaman lama pemerintahan BN, tepuk dada sendiri.


‘Kenaikan tidak membebankan rakyat’

KUALA LUMPUR: Beberapa pihak, termasuk ahli Dewan Negara dan persatuan pengguna menyifatkan kenaikan purata 12 peratus kadar tarif elektrik sebagai adil kerana mengambil kira kemampuan golongan berpendapatan rendah.

Ulasan: Kalau hendakkan kerajaan baru yang perihatin kepada rakyat, pilihlah parti alternatif didalam pilihan raya depan. Kita perlu beri kerajaan baru selama satu penggal akan kenalpasti penyelesaian cara baru selain dari kaedah tradisional iaitu menaikkan harga. Let’s try…


Tiada alasan harga barang naik: Khalib
KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan semalam, tidak sepatutnya menyebabkan peningkatan harga barang kerana bekalan elektrik hanya menyumbang kira-kira lima peratus daripada kos operasi sesebuah perniagaan.
Presiden merangkap Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Che Khalib Mohamad Noh, berkata tarif baru hanya membabitkan kenaikan minimum terhadap kos keseluruhan operasi peniaga.

Ulasan: Kalau syarikat besar ikut cara pemikiran syarikat kecil, jangan mengajar syarikat syarikat kecil. Seronoklah boleh tekan pengguna…


Bukan Islam masuk Pas helah politik

PASIR PUTEH 24 Mei - Perubahan sikap kepimpinan Pas sehingga mula sanggup membuka keahlian kepada bukan Islam hanya helah politik kerana terdesak untuk mencari peluang menguasai pemeritahan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah berkata, langkah itu adalah sebahagian strategi baru bagi mendapat mandat untuk memerintah sehingga boleh menghalalkan perkara yang pernah `diharamkan' parti itu sejak sekian lama.

Ulasan: Memang pun setiap parti berdaftar di Malaysia berniat menguasai pemerintahan. Pemerintahan Islam terbukti telah memberi kemakmuran, keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Oleh itu jangan risau…


7,000 kilang di Selangor berpotensi cemarkan alam sekitar - JAS

KUALA LUMPUR 24 Mei - Jabatan Alam Sekitar (JAS) akhirnya membuka mulut dengan membuat satu pendedahan - terdapat kira-kira 7,000 buah kilang di Selangor yang berpotensi menjadi pencemar alam sekitar.

Namun, JAS juga turut memberi justifikasi. Pihaknya hanya mempunyai 100 penguat kuasa di negeri itu yang perlu menangani masalah tersebut. Nisbahnya ialah 1:70.
Daripada jumlah 7,000 kilang itu, lebih 2,900 disahkan menghasilkan buangan toksik berbahaya. Selebihnya dikenal pasti menyebabkan pelbagai bentuk pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Ulasan: Elakkan negara dari tercemar sepatutnya bermula lebih dari 10 tahun lalu. Alasan boleh dicari. Yang penting kalau tak sayangkan negara sila berhenti supaya orang yang sayangkan negara boleh laksana kerja.

No comments: