Wednesday, May 24, 2006

Gadis lulusan IPT jadi GRO

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Negara semalam mendedahkan ada gadis kampung yang berpendidikan tinggi menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dan gadis urut pada waktu malam bagi meraih pendapatan tambahan lumayan.

Ulasan: Satu lagi rahsia umum. Rakyat sudah lama tahu cerita ini, tapi kenapa kerajaan yang kita pilih melalui pilihan raya MASIH LAGI tak mahu tutup jalan-jalan kearah maksiat? Well, kalau kita atau nafsu kita sukakan sesuatu, tidak mungkin kita melarangnya.
Paling kurang: Haramkan wanita Melayu menjadi GRO.


5 beradik diberhentikan sekolah

JITRA: Seorang bapa dari Kampung Pulau Kecil, Tunjang, dekat sini terpaksa menghentikan persekolahan lima anaknya kerana tidak mampu menanggung mereka disebabkan kemiskinan.
Peniaga ubat tradisional, Ahmad Harun, 46, terpaksa membuat keputusan itu dengan berat hati kerana pendapatan kira-kira RM200 sebulan tidak mampu menyekolahkan anaknya.

Ulasan: Semua jiran, peniaga dan orang kaya berdekatan, pegawai daerah, dan wakil rakyat sewajarnya membantu orang yang miskin. Menteri Besar Kedah sila pantau.
Pengedar ubat tradisional mungkin boleh edarkan ubatan keluaran En. Ahmad Harun. Boleh cuba E-dagang?



Wanita dijangkiti Aids tuntut RM3.25 juta

ALOR STAR: Wanita yang dijangkiti Aids melalui pemindahan darah di Hospital Jitra enam tahun lalu, semalam mengurangkan tuntutan ganti ruginya daripada Kerajaan Malaysia kepada RM3.25 juta, berbanding RM100 juta sebelum ini.
Tuntutan yang merangkumi ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan itu difailkan oleh peguamnya, Jagdeep Singh Deo di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Jagdeep ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pengurangan jumlah tuntutan bukan bermakna anak guamnya, Bashah Mustaffa, 52, beralah, tetapi tetap berpegang kepada pendirian bahawa satu ganti rugi yang munasabah perlu diberikan sebagai pengajaran supaya kecuaian serius seumpama itu tidak berulang.
Sebelum ini, Bashah dan suaminya, Halim Hamid, 53, yang juga plaintif kedua memohon ganti rugi RM100 juta kerana disuntik darah tercemar HIV ketika menjalani pemindahan darah di Hospital Jitra, pada 29 April 2000.

Ulasan: Terlalu banyak kes yang berlaku tanpa pembalasan yang wajar semata-mata kerana kita rakyat yang miskin. Kita bersama-sama doa supaya kes ini menang di mahkamah sebagai pengajaran supaya kecuaian serius seumpama itu tidak berulang. Ingatkah peneroka Felda yang mati beberapa bulan sebelum ini? Lawan tetap lawan.


Pas Kelantan dibidas

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pas Kelantan dibidas kerana menggunakan kaum wanita untuk mempromosi program dinar emas dan dirham perak yang didakwa mereka akan diperkenalkan di negeri itu.

Ulasan: Yang tak betul, sila betulkan. Tapi jangan terlupa, yang penting laksanakan penggunaan dinar emas dalam ekonomi. Barulah USA kelamkabut sebab wang dollar nya tidak laku…

No comments: