Wednesday, May 10, 2006

Tak boleh undi ikut ‘suara hati’: Nazri

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengundi sesuatu usul mengikut suara hati, sebaliknya akur kepada Ketua Whip BN.

Ulasan: Nak jadi Wakil Rakyat BN? Senang, tak boleh undi ikut suara hati (conscience). Terpaksa patuh kepada amalan kuno. Patuh kepada Ketua Whip BN kekal sepanjang persidangan Dewan Rakyat kecuali Ketua Whip BN 'mengangkat Whip' untuk mengundi menyokong usul dibawa pembangkang.

Prinsip kita sepatutnya: Ikut yang ramai, kalau berdasarkan kebenaran. Tinggalkan yang ramai bila yang ramai menolak kebenaran.

Semak diri : Wakil rakyat berjuang kepada rakyat..ATAU kepada ketua…

1 comment:

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»