Wednesday, May 10, 2006

Sky Chefs ke Asia Barat

LSG Sky Chefs-Brahim's Sdn Bhd (Sky Chefs), penyedia terbesar bagi makanan halal dalam pesawat, sedang berbincang membekalkan perkhidmatan kepada tiga syarikat penerbangan dari Asia Barat.
Pengerusi Sky Chefs, Datuk Ibrahim AHMAD BADAWI, berkata rancangan itu termasuk dalam pelan perluasan operasi syarikat yang kini mengendalikan 200 pusat penyediaan makanan dalam pesawat di seluruh dunia.
Beliau menyifatkan Sky Chefs yang menjana pendapatan RM300 juta tahun lalu sebagai perniagaan teras syarikat, walaupun baru terbabit dalam bidang katering sejak tiga tahun lalu. “Ketika ini, perniagaan berkenaan disediakan untuk angkatan tentera, pengurusan sekolah dan universiti tempatan,” katanya. Mengenai perniagaan pembabitan awalnya menerusi Dewina Food Industries Sdn Bhd (DFI), beliau berkata, perniagaan itu menjana perolehan RM45 juta tahun lalu dan dijangka meningkat kepada RM50 juta, tahun ini.

Ulasan: Dari Blog Roslan SMS Corner - Untuk rekod pada hari Pak Lah dilantik menjadi PM menggantikan Tun Dr M, pada hari itulah juga Brahim LSG Sky Chef Holdings Sendirian Berhad telah menandatangani kontrak sebagai pembekal katering penerbangan (in flight catering) untuk semua penerbangan keluar dari KLIA, termasuklah MAS.
Syarikat ini merupakan syarikat JV ataupun usahasama diantara kepentingan Lufthansa (penerbangan Jerman) dan Dewina Holdings Sendirian Berhad. 51 peratus dari saham syarikat ini dimiliki oleh DATUK IBRAHIM HJ AHMAD BADAWI, saudara PM kita…

Jom pulun sewaktu saudara kita jadi PM... Soalan: Boleh ke?
Kalau boleh, kena pastikan semua muamalah halal...

No comments: