BPR akan jadi suruhanjaya sepenuhnya akhir tahun ini
KUALA LUMPUR 21 April – Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan dijadikan sebuah suruhanjaya sepenuhnya menjelang akhir tahun dan akan bertanggungjawab kepada Parlimen, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hari ini.
Perdana Menteri berkata, ini adalah satu daripada empat inisiatif pembaharuan utama yang dilaksanakan kerajaan sebagai langkah menangani kebimbangan rakyat mengenai rasuah di negara ini...
Ulasan: Kalau ia benar-benar berlaku, satu lagi kemenangan untuk rakyat bila ramai rakyat mengundi PR di dalam pilihan raya lalu. Terhegeh-hegeh BN membawa pembaharuan bila berlaku kesedaran rakyat to say no to BN. Satu masa dulu tidak mungkin BN melakukannya kerana waktu itu BN sebagai kerajaan yang tidak pernah kalah sejak merdeka. Bila sudah tidak popular, semakin prihatin dengan rakyat kerana terpaksa. Kearah negara sifar rasuah.
Keupayaan tentera dipertingkat - Najib
KUALA LUMPUR 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keamanan di rantau Asia Pasifik bukan alasan untuk kerajaan tidak meningkatkan keupayaan angkatan tentera termasuk membeli pelbagai peralatan pertahanan terbaru.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah sentiasa meningkatkan keupayaan pertahanan itu adalah penting kerana kerajaan tidak boleh mengabaikan kemungkinan berlaku konflik kecil yang berpunca daripada pertelingkahan wilayah dan merebut sumber semula jadi...
Ulasan: Rakyat suka sangat keupayaan tentera kita dipertingkatkan. Cuma jangan ada sesiapa walaupun Menteri yang memasang lukah untuk dapatkan komisyen pembelian pelbagai peralatan pertahanan terbaru seperti yang berlaku dalam pembelian jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Perancis.
Jadikan keruntuhan Empayar Melayu Melaka sebagai pengajaran
MARAN 20 April - Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak mengajak ahli parti itu belajar daripada sejarah keruntuhan Empayar Melayu Melaka yang jatuh kepada penjajah akibat kelemahan bangsa Melayu.
Berikutan itu, beliau menegur sikap segelintir orang Melayu yang mudah terpesona dengan janji manis pihak tertentu sehingga mereka sanggup menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini...
Ulasan: Empayar Melaka lenyap angkara kezaliman yang berlaku. Demikian halnya UMNO dan BN. Kerana ada rakyat yang berani turun melawan arus, di pukul dan di sembur air pedih/gatal oleh FRU dsbnya walaupun di tengah-tengah kangaroo court yang sentiasa memutuskan hujjah sebagai irrelevant, akhirnya perjuangan RAKYAT tetap relevan. Selamat tinggal kepada UMNO yang masih belum mahu berubah menjadi baik.
Putera William 'mendarat' di rumah ibu bapa teman wanita
LONDON 20 April - Pewaris kedua takhta Britain, Putera William telah mendaratkan sebuah helikopter Tentera Udara Diraja (RAF) di taman kediaman ibu bapa teman wanitanya, Kate Middleton.
Kementerian Pertahanan mempertahankan tindakan beliau itu sambil menyifatkan, William telah mencapai objektif latihan yang perlu dipenuhi...
Ulasan: Bila agama di ketepikan, nafsu menguasai diri.
No comments:
Post a Comment