KENINGAU 26 April - Para ibu bapa diingatkan mengawasi anak agar tidak mengunjungi pusat hiburan kerana berisiko terjebak dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk jenayah.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, didapati ramai remaja mula terjebak dengan pelbagai masalah sosial bermula dengan mengunjungi pusat hiburan.
Menurut beliau, ini kerana terdapat sesetengah pusat hiburan sengaja mengambil kesempatan khususnya ke atas remaja dengan mengedarkan pil khayal dan dadah...
Ulasan: Para ibu bapa sebenarnya telah bergenang air mata kerana kerajaan BN mengizinkan pusat hiburan beroperasi yang terbukti menjebak dan meruntuhkan remaja.
Rasuah jejas usaha majukan bola sepak
PEKAN 26 April - Tindakan segelintir pemain bola sepak yang mengamalkan rasuah dalam sukan itu dianggap tidak mempunyai semangat patriotisme.
Sambil memandang serius gejala itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, amalan rasuah yang dilakukan oleh pemain terbabit akan menyebabkan usaha kerajaan untuk membangunkan mutu bola sepak negara terjejas...
Ulasan: Di mana saja rasuah wujud tetap haram.
Semua masjid dibekalkan penapis air
PEKAN 26 April - Masjid di seluruh negara akan dibekalkan sistem penapis air bagi memastikan jemaah mendapat bekalan air bersih dan berkualiti, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, hasil kajian Yayasan Hikmat Insan Malaysia (Yahim) mendapati kebanyakan masjid di negara ini masih kekurangan bekalan air bersih...
Ulasan: Bolehkah JBA dan syarikat air di negara ini menyediakan air bersih sehingga kita tidak memerlukan penapis air?
PTPTN pertahan caj tiga peratus
KUALA TERENGGANU 26 April - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempertahankan tindakannya mengenakan caj perkhidmatan tiga peratus kepada peminjamnya dan menganggap bayaran itu sebagai relevan.
Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail berkata, kadar caj tersebut adalah munasabah dan semua pihak harus melihatnya dari konteks yang menyeluruh kerana ia adalah untuk manfaat kepada semua pelajar...
Ulasan: Kenapa kerajaan BN mempertahankan caj perkhidmatan tiga peratus PTPTN? Lebih baik kita minta Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan statusnya kerana ramai yang menganggap itu adalah riba’. Walaupun sedikit, riba’ tetap haram.
No comments:
Post a Comment