SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, menyifatkan sabotaj dalam Umno sehingga menyebabkan kerajaan negeri kecundang kepada pembangkang adalah perkara biasa dan di Selangor, ia dilakukan pada peringkat dalaman Umno negeri dan dari pihak luar...(BH, 10/4/08).
Ulasan: Sabotaj bermula dari hati. Ertinya sabotaj ialah penyakit hati. Jom kita mengaji (dan amalkan) kitab-kitab Imam Ghazali. Bila hati sudah mencintai dunia, hakikat beragama akan lari meninggalkan kita.
Penubuhan suruhanjaya
PUTRAJAYA: Cadangan penubuhan suruhanjaya khas bagi mengendalikan pelantikan dan kenaikan pangkat hakim selaras dengan usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman, kata Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad.
Beliau bagaimanapun, menyerahkan kepada badan eksekutif untuk membuat keputusan sekiranya menganggap penubuhan suruhanjaya itu dapat memastikan hanya calon terbaik dipilih sebagai hakim dan seterusnya memulihkan persepsi negatif rakyat terhadap badan kehakiman...(BH, 10/4/08).
Ulasan: Kembalikah keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman? Ya kalau kerajaan pusat mengganggu perjalanannya.
Penerapan nilai Islam dilaksana peringkat rendah
KUANTAN: Program pembudayaan al-Quran dalam kehidupan bukan setakat membaca saja tetapi penghayatan terhadap pengertian dan pengajaran yang terkandung di dalamnya perlu difahami lebih terperinci kerana ia mampu mendidik umat Islam menjalani kehidupan lebih sempurna.
Penolong Pengarah Kerohanian dan Kepimpinan, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Pahang, Ahmad Hamizi Abu Hassan, berkata usaha memperkenal dan menerapkan nilai Islam di kalangan pelajar peringkat rendah perlu dilaksanakan lebih awal dalam usaha mempersiapkan mereka menjadi individu bersahsiah mulia pada masa depan...(BH, 10/4/08).
Ulasan: Di samping itu, kerajaan pusat perlu menyusun supaya negara bebas dari unsur maksiat yang boleh menyebabkan pelajar dan remaja terjebak sama.
No comments:
Post a Comment