Thursday, April 10, 2008

Siasatan kes libatkan Dr. Mahathir ditutup

PUTRAJAYA 8 April - Peguam Negara mengarahkan siasatan kes terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwa campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas seorang pegawai kanan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 1998 ditutup.
Pengarah Bahagian Siasatan BPR, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, ini kerana kajian Peguam Negara mendapati terdapat keterangan saksi-saksi yang tidak konsisten dan tiada keterangan sokongan dalam kes tersebut...(UM, 9/4/08).

Ulasan: Peringatah kepada kerajaan pusat BN dan kerajaan PR: Pastikan keadilan tegak di dalam negara. Apa ertinya kuasa bila rakyat melihat kerajaan tidak berlaku adil. Prinsip yang sewajarnya menjadi pegangan kita ialah siapa saja yang bersalah perlu di bawa ke muka pengadilan hatta Perdana Menteri dan Bekas Perdana Menteri without fear or favour.

Alih ladang babi ke kawasan bukan Islam
KLANG 8 April – Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor disaran mengalihkan projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta di Sepang ke kawasan yang majoriti penduduknya terdiri daripada mereka yang memakan daging haiwan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, projek itu tidak sesuai dilaksanakan di Sepang kerana ia boleh mengundang banyak masalah terutamanya dari segi sensitiviti orang Melayu yang juga majoriti penduduk di daerah itu.
Ini kerana, katanya, babi tetap merupakan haiwan yang diharamkan ke atas umat Islam dan sudah tentu penduduk tidak mahu projek berkenaan dilaksanakan di kawasan mereka walaupun dikendalikan secara moden...(UM, 9/4/08)..

Ulasan: Tak sampai sebulan menjadi kerajaan Selangor, kerajaan PR di uji lagi oleh media perdana dengan kadang babi di Sepang. Pada hal kerajaan negeri BN di bawah Khir Toyo yang luluskan tiga bulan lalu walaupun masalah itu sudah lama menjadi isu di kawasan Morib. Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa seolah-olah macam tidak tahu pada hal dia adalah Exco di dalam kerajaan Khir Toyo dulu. Khir Toyo pula menafikan meluluskannya dan saiznya besar. Pelik. Siapa main mata? Sama-sama kita lihat siapa yang kena. Prinsip pegangan kita: Orang bukan Islam hendak seronok makan babi, itu hak mereka. Tapi jangan sampai menyusahkan orang Islam dan orang lain.

Ada berita terkini: Projek bukan dilaksana secara tergesa-gesa - SHAH ALAM: Konflik pelaksanaan ladang mega ternakan babi di Bukit Tumbuk, Kuala Langat, memasuki fasa baru apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata ia sudah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Menurut Abdul Khalid, tidak timbul isu bahawa projek terbabit dilaksanakan secara tergesa-gesa oleh kerajaan negeri di bawah pimpinannya kerana ia memang dalam perancangan kerajaan negeri sebelum ini.
“Dalam mesyuarat Exco pada 30 Januari lalu kerajaan negeri sudah memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan tanah untuk melaksanakan projek terbabit.
“Segala pembiayaan kos pengambilan semula tanah itu akan dibiayai syarikat swasta dan disalurkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Selangor,” katanya di sini, semalam.
Berdasarkan kenyataan media yang dibacakan sendiri oleh beliau itu, kerajaan negeri sebelum ini dalam mesyuarat Exco pada 30 Januari 2008 sudah mengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat, untuk tujuan ternakan babi secara moden.
Abdul Khalid turut memaklumkan bahawa kajian mendapati Bukit Tumbuk yang akan menjadi lokasi ladang mega ternakan babi terbabit tidak dihuni oleh majoriti masyarakat yang tidak memakan haiwan itu. (http://www.hmetro.com.my, 10/4/08).

Seorang maut, 5 parah bas terbalik
SEREMBAN 8 April – Sebuah bas ekspres yang membawa 29 penumpang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur terbabas lalu terbalik dalam tebing curam di Kilometer 265 Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur awal pagi ini mengakibatkan seorang terbunuh dan lima dilaporkan cedera parah.
Mangsa yang terbunuh ialah Mohd. Arshad Razali, (gambar) 23, seorang anggota tentera berasal dari Johor.
Bas syarikat Konsortium Bas Ekspres Semenanjung yang terbabit dalam kemalangan itu juga dilaporkan mempunyai 52 rekod saman polis trafik.
Sementara pemandunya berusia 23 tahun yang dikenali sebagai xxx dikatakan baru tiga bulan memperoleh lesen membawa kenderaan tersebut...(UM, 9/4/08).

Ulasan: Bila rasuah berleluasa, towkey jadi kaya, penguatkuasa jadi patung dan robot plastik, pemandu memusnahkan dirinya dan rakyat mendapat bala. Betulkah kerajaan BN nak hapuskan rasuah? Rasa-rasanya macam tak.

BPR tahan 145 orang
PUTRAJAYA 8 Apri – Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan 145 orang termasuk 13 pegawai kanan kerajaan kerana terlibat dalam kegiatan rasuah bernilai RM11.2 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Pengarah Bahagian Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, untuk tempoh yang sama, seramai 59 penjawat awam lain-lain pangkat turut ditahan kerana terlibat dalam gejala tersebut...(UM, 9/4/08).

Ulasan: Jangan hanya tangkap bilis. Macam mana jerung? Bagaimana orang politik?
Kalau BPR bukan di bawah PM sudah pasti kukunya menggerunkan peminat rasuah negara.

Penghuni diancam bahaya flat retak
JOHOR BAHRU 8 April – Kerajaan negeri dirayu supaya mengatasi masalah bangunan retak yang dialami 64 keluarga di Blok 4, Rumah Pangsa Taman Jaya, Skudai di sini yang telah berlarutan lebih tiga tahun.
Keadaan itu mengakibatkan sebahagian penghuninya yang berpendapatan rendah terpaksa berpindah ke kawasan lain memandangkan bangunan berusia hampir 30 tahun itu bagaikan menanti rebah.
Bagaimanapun, bagi 20 keluarga yang tidak berkemampuan di bangunan itu, mereka terpaksa terus menghuninya biarpun menyedari risiko yang mereka hadapi.
Menurut seorang penduduk, Omar Mahmod, 52, pemeriksaan yang dijalankan pihak Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mendedahkan bangunan rumah pangsa itu tidak dibina dengan spesifikasi yang sepatutnya...(UM, 9/4/08).

Ulasan: Di syorkan penduduk segara menyaman pihak pemaju bersama arkitek, jurutera struktur dan majlis daerah yang berikan kelulusan untuk di huni (CF) dan menuntut pampasan yang wajar untuk pindah ke rumah baru. Ceritanya serupa di mana-mana, apabila tangan manusia profesional mengesahkan yang sepatutnya tidak, rakyat menjadi mangsa.

Siaran langsung sidang Parlimen tiada tapisan
KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen yang akan disiarkan secara langsung di RTM 1 mulai 30 April ini, akan dilaksanakan tanpa sekatan, garis panduan mahupun tapisan bagi membolehkan rakyat menilai sendiri keseluruhan sesi perbahasan.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata RTM, yang diberi hak oleh Parlimen menyiarkan persidangan itu selama setengah jam, bermula jam 10 pagi setiap hari, memberi jaminan akan meningkatkan kualiti mutu rakaman bagi memenuhi standard ditetapkan.

Ulasan: Apabila rakyat menggunakan kuasa yang sewajarnya seperti dalam PRU12 yang lalu, berlakulah sesuatu yang yang tidak pernah difikirkan akan di buat oleh kerajaan BN. Rupa-rupanya kematangan negara bergantung diatas kematangan dan keberanian rakyat mengundi memilih wakil rakyat.

2,100 ketua kampung empat negeri diberi jawatan baru
SERI ISKANDAR: Semua 2,100 ketua kampung di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan meletak jawatan dan diserapkan semula dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Menterinya, Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata permulaan, 817 ketua kampung dan 11,438 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Perak meletakkan jawatan masing-masing berkuat kuasa 1 Mei ini dan berurusan terus dengan kementeriannya tanpa melalui kerajaan negeri.
"Nama jawatan mereka belum diputuskan tetapi semua mereka kemungkinan akan dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) seperti cadangan Persatuan Ketua Kampung Perak hari ini (semalam).
"Serentak itu, kementerian akan berurusan terus dengan mereka dalam melaksanakan projek pembangunan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan di kampung masing-masing," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan 817 ketua kampung di negeri ini di Institut Latihan Kemas di sini, petang semalam.
Empat negeri yang diperintah kerajaan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum lalu ialah Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah...(BH, 9/4/08).

Ulasan: Inilah caranya kerajaan pusat BN membela pengikutnya melalui kerajaan didalam kerajaan.

No comments: