Friday, April 18, 2008

Olmert dakwa Hamas punca pertempuran

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, berkata Hamas bertanggungjawab sepenuhnya di atas pertempuran di Semenanjung Gaza yang menyebabkan 17 penduduk Palestin terkorban dan turut meragut nyawa tiga askar Israel.
“Kami memutuskan Hamas bertanggungjawab sepenuhnya dan secara langsung ke atas apa yang berlaku di Gaza dan perlu membayar harganya.
“Perang berlaku di Gaza dan kami bertindak menentang keganasan. Tahun lalu, kami membunuh lebih 200 pengganas,” kata Olmert dalam temu bual dengan akhbar Maariv yang diterbitkan semalam...(bharian.com.my, 20080418).

Ulasan: Penduduk pribumi yang merdeka akan terus berperang dengan Israel yang telah menjajah 50 tahun bumi Palestin. Mari kita doakan kemenangan mereka.

Tun Salleh puji langkah kerajaan
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat pada 1988 memuji langkah bersungguh-sungguh kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memulihkan semula imej dan integriti sistem kehakiman negara.
Salleh berkata, beliau menunggu 20 tahun untuk melihat keadilan ditegakkan selepas beliau dan lima lagi hakim kanan dipecat ketika krisis kehakiman pada 1988.
Pada 1988, kerajaan menubuhkan tribunal khas untuk mendengar tuduhan salah laku terhadap Salleh selepas beliau menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi melahirkan kekecewaan tuduhan terhadap sistem kehakiman. Beliau dipecat kerana dakwaan salah laku berdasarkan cadangan daripada tribunal kehakiman yang ditubuhkan Yang di-Pertuan Agong.
Lima hakim Mahkamah Agung dihadapkan ke tribunal itu adalah Tan Sri George Seah, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh. Dua daripada mereka, Seah dan Wan Sulaiman turut dipecat bersama Salleh...(bharian.com.my, 20080418).

Ulasan: Bila rakyat sudah pandai menggunakan kuasa mengundi seperti apa yang berlaku dalam pilihan raua umum baru-baru barulah kerajaan BN sedar dari tidurnya. Dan kini semua parti seolah-olah mengutamakan rakyat. Yang tentu untung ialah rakyat marhaen.

Kerajaan tanggung subsidi minyak tertinggi RM19 bilion
CYBERJAYA 17 April - Kerajaan dijangka menanggung subsidi minyak yang lebih tinggi antara RM18 bilion hingga RM19 bilion pada tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, jumlah subsidi itu merupakan peningkatan berbanding antara RM7 bilion hingga RM8 bilion yang dibelanjakan pada tahun lalu...(UM, 18/4/08).

Ulasan: Carilah jalan untuk memudahkan rakyat bukan untuk menyusahkan rakyat. Jangan gunakan duit rakyat untuk kebaikan peribadi pemimpin kerajaan. Kalau tidak, selamat tinggal kerajaan BN. Sekarang ini pun 5 negeri jatuh kepada PR...

No comments: