Monday, June 30, 2008

Anwar fail saman terhadap pembantunya berhubung dakwaan liwat

KUALA LUMPUR 30 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukari Azlan, 23, berhubung laporan polis palsu yang didakwa memfitnah beliau.
Khamis lalu, Mohd. Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers mendakwa dia diliwat oleh Anwar…

Ulasan: Perjuangan menuntut pengorbanan. Semoga pengajaran dari tuduhan liwat terhadap DSAI pada 1998 mematangkan tindakan kita semua yang sayangkan kebenaran dan keadilan. Semua orang boleh tuduh sesiapa apa saja, tapi perlu membawa BUKTI yg cukup. Tuduhan MELIWAT ini adalah perkara serius dalam agama kita. Kita saksikan nanti saksi2 yg berwibawa yg akan di bawa. Ingatlahbahawa saksi palsu pun termasuk dalam dosa besar.

Kepada Polis (PDRM) dan mahkamah: Selamat bertindak secara profesional dan jangan menjadi BARUA kepada orang politik atau ketua yang menegakkan agenda peribadi.
Rakyat bertanya: Tak ada skrip lain ke? Mari kita doakan: Ya Allah menangkanlah kebenaran dan keadilan di mana saja..

Anwar tidak dikhianat - PM
PUTRAJAYA 29 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang terkejut dengan dakwaan penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat berkata, pihak polis wajar menyiasat laporan yang dibuat oleh pembantu khas pemimpin politik itu.
Tegas Perdana Menteri, siasatan perlu dilakukan bagi memastikan kebenaran dakwaan tersebut.
''Soal apa yang Datuk Seri Anwar kata (nafikan), itu bukan sesuatu yang boleh kita tentukan...dia tentulah buat penafian kerana lazimnya begitulah, orang yang dituduh akan buat penafian," katanya…

Ulasan: Tapi rakyat sukar mempercayai kata-kata PM kerana PM telah banyak berdusta terang-terangan.
How the events unfolded
Saturday, June 28
5.45pm PKR de facto leader Anwar Ibrahim’s 23-year-old assistant Mohd Saiful Bukhari Azlan lodges a police report against him for sodomy at the Travers police station in Brickfields, Kuala Lumpur.
10PM About 1,000 Anwar supporters gather at Quality Hotel in Shah Alam after news spreads about the sodomy allegation.

Sunday, June 29
1.20AM PKR vice-president Sivarasa Rasiah holds an emergency press conference to refute the allegation. He reads out a statement by Anwar. Anwar was not present to meet the press, although he was still in the hotel where PKR was holding a supreme council meeting.
2.15AM PKR information chief Tian Chua says Pakatan Rakyat is fully behind Anwar.
5AM ADILnews sends out a statement via SMS that Anwar is in possession of new documents implicating Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan and Attorney-General Tan Sri Abdul Ghani Patail of fabricating evidence in court cases involving Anwar in 1998. PKR claimed there was an attempt to arrest Anwar.
8AM PKR’s supreme council meeting starts with two police cars parked in front of the hotel. An officer reportedly told PKR supporters they were there to prevent any untoward incident.
11AM Anwar is believed to have left the hotel and headed for the Turkish Embassy in Ampang. He has not left the building since.
1PM PKR deputy president Dr Syed Husin Ali conducts a press conference without Anwar or PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, who is Anwar’s wife. Halfway through, Wan Azizah turns up with her daughters, including Lembah Pantai MP Nurul Izzah, to take over the press conference.
3PM Reporters get wind that Anwar has gone to the Turkish Embassy and head there. However, they fail to meet with Anwar or Turkish Ambassador to Malaysia Barlas Ozener.
6PM Several PKR leaders are seen outside the embassy. Reporters are told that Anwar was meeting his lawyers inside.
(http://thestar.com.my, 30/6/08)

Ulasan: Siapa lawan siapa? Nanti kita lihat...

Penggunaan kad kredit akan meningkat
JOHOR BAHRU 29 Jun - Bilangan pengguna yang menggunakan perkhidmatan kad kredit di stesen minyak dijangka bertambah, justeru pihak bank tetap akan mendapat keuntungan walaupun kadar komisen kad tersebut dikurangkan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, apabila harga barangan dan bahan api meningkat, maka lebih ramai pengguna akan menggunakan kad kredit berbanding tunai.
''Pertambahan pengguna kad kredit bermakna bank akan menerima lebih banyak komisen, maka pihak bank tidak akan kehilangan wang,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan ahli-ahli UMNO, di sini hari ini.

Ulasan: Bila menteri sendiri pun sibuk menolong peniaga, siapa yang akan di harap menolong rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang…

Malaysia Tidak Selamat Lagi?
Assalamua'laikum to all,
Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.

Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:

Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;
Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;
Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;
Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;
Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;
Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih. Adios
Zulkifli Noordin
(tambahan: Selepas di tangkap, di pukul hebat oleh KPN waktu itu, Tan Sri Abd Rahim Noor yang mengakibatkan kecederaan tulang belakangnya).

Ulasan: Ini setakat yang kita tahu. Siapa tahu lagi 'x-files' lain?

Friday, June 27, 2008

Pembangkang boleh musnahkan Singapura - Kuan Yew

SINGAPURA 26 Jun - Bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew mendakwa, pembangkang akan memusnahkan segala pencapaian republik ini dalam masa lima tahun sekiranya mereka berjaya mengambil alih kuasa.
Kuan Yew, 84, memberi amaran kepada pengundi Singapura supaya "jangan berubah hati atau menjadi gila" dengan memilih pembangkang untuk menerajui kerajaan apabila mereka merasa bosan pada suatu hari nanti…

Ulasan: Walaupun Singapura zahirnya negara maju tetapi fikiran kerajaan Singapura sekarang sejak merdeka amat jauh (mundur) di belakang. Sewajarnya parti-parti politik yang berdaftar di izinkan bergerak bebas dalam sesebuah negara demokrasi (apa erinya kalau setakat nama?). Daripada terua menzalimi rakyat di sebalik nama demokrasi terpimpin lebih baik Kuan Yew dan pemimpin yang sealiran dengannya mengharamkan parti pembangkang dan wujudkan hanya satu parti di negara Singapura macam negara komunis.

Thursday, June 26, 2008

Bala suami nafsu iblis

KUALA LUMPUR: Nafsu iblis suami yang gemar ‘makan luar’ dengan mengamalkan seks bebas, termasuk meniduri pelacur mengundang tragedi kepada isteri mereka.
Beberapa isteri malang kini hanya menunggu masa ‘dijemput’ ajal selepas dijangkiti virus HIV daripada suami masing-masing…(hmetro.com.my, 25/6/08).

Ulasan: 'Makan luar' dengan mengamalkan seks bebas termasuk meniduri pelacur ialah zina. Zina dalam Islam termasuk salah satu dosa besar yang harus dijauhi oleh semua individu yang mendakwa dirinya muslim. Al Quran, Surah Al Isra ayat 32, secara jelas menyatakan “Janganlah mendekati zina. Sesungguhnya zina itu perbuatan tercela dan suatu jalan (menuju banyak) kejahatan (dan keburukan yang lain).”
Imam Syafi’i pernah berkata: Jagalah dirimu baik-baik, nescaya isterimu akan menjaga dirinya dengan baik. Hindari perbuatan keji yang tidak pantas dilakukan oleh seorang muslim. ZINA ITU IBARAT HUTANG, jika kau lakukan, maka ISTERIMU dan ANAK-ANAKMU yang akan membayarnya. Renungkanlah. (Abu Qamar Salahuddin. 1996. 10 Wasiat Imam Syafi’i, Darul Nu’man : Kuala Lumpur, muka surat 52).

Dengan dakwah, manusia akan insaf dan hidup beragama itulah jalan paling selamat. Marilah kita mendakwahkan kebenaran.

Terapi rawat mati pucuk dan sakit pinggang melalui solat
KUALA LUMPUR 26 Jun - Tiga pensyarah Universiti Malaya berjaya menemui kaedah terapi untuk merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang untuk wanita melalui solat. Penemuan itu adalah hasil kajian saintifik dan dibukukan dalam buku bertajuk `Solat’ terbitan Universiti Malaya…

Ulasan: Sesuatu yang datangnya dari Allah dan di amalkan oleh Rasulullah s.a.w. sudah pasti ada kebaikannya untuk kita.

Parlimen Indonesia kaji semula harga minyak
JAKARTA 25 Jun - Parlimen Indonesia bersetuju menilai semula langkah kerajaan menaikkan harga minyak selepas 21 orang cedera dalam tunjuk perasaan oleh pelajar-pelajar universiti, semalam. Pengundian itu dibuat lewat semalam bagi mempertimbangkan semula kenaikan minyak yang mencetuskan kemarahan pihak pembangkang pada Mei lalu. Kerajaan pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebelum ini memutuskan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kerajaan menanggung subsidi bahan api…

Ulasan: Kepada kerajaan di mana-mana pun juga: Apakah rakyat mesti berkorban darah, barulah protes rakyat di mbil kira? Pemimpin negara wajar sedar bahawa kalau tidak ada rakyat yang menyokong, apalah kamu sekarang ini?

Wednesday, June 25, 2008

Samak sedia letak jawatan jika tewas usul tidak percaya

BANGKOK 22 Jun - Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej berkata, beliau akan hanya berundur jika beliau tewas dalam pengundian usul undi tidak percaya terhadap beliau.
Perdana Menteri dalam ucapan ke seluruh negara hari ini berkata, beliau bersedia untuk menjadi pembangkang jika rakan-rakan kongsinya dalam kerajaan campuran berpaling tadah dan beliau tewas dalam pengundian usul undi tidak percaya di Parlimen…

Ulasan: PM kita boleh belajar dari Thailand. Tak perlu layan wakil rakyat macam kanak-kanak.

PBB isytihar pilihan raya Zimbabwe tidak adil
NEW YORK 24 Jun – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan bahawa pilihan raya Presiden tidak mungkin diadakan secara adil di Zimbabwe disebabkan “kempen keganasan” yang dijalankan oleh kerajaan Presiden Robert Mugabe…

Ulasan: Ibarat mengata dulang paku serpih. PBB hanyalah kelab kuasa besar yang pastikan tiada negara berani melawan mereka.

Tetap diteruskan - Azizan
ALOR STAR 23 Jun - Menteri Besar, Azizan Abdul Razak menolak dakwaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa kerajaan negeri gagal menguruskan sumber pendapatan negeri dengan baik sehingga terpaksa merancang menebang balak di kawasan tadahan air.
Azizan menjelaskan, pembalakan yang akan dilakukan cuma tertumpu kepada penebangan kira-kira tiga batang balak yang tua di kawasan berkenaan tanpa menjejaskan pokok-pokok lain.
''Kalau kita tak kerat (tebang), pokok-pokok tua ini akan tumbang kerana ia sudah reput dan tentulah menjejaskan pokok-pokok lain," kata beliau.
&
Kaji semula - Nik Aziz
KUALA LUMPUR 23 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta kerajaan Kedah mengkaji semula rancangan untuk menebang balak di kawasan tadahan air. Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan negeri itu harus memberi tumpuan kepada usaha mencari kawasan pembalakan yang kedudukannya 1,000 meter dan ke atas seperti dilakukan di Kelantan.
Beliau bimbang sekiranya rancangan itu diteruskan, ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air dan alam sekitar termasuk boleh menyebabkan bukit runtuh.
&
Pencinta Alam Kedah tentang
ALOR STAR 23 Jun - Cadangan kerajaan Kedah untuk menebang balak di kawasan tadahan terus mendapat bantahan pihak yang khuatir mengenai masa depan alam semulajadi dan sumber air di negeri ini pada masa akan datang.
Terbaru, Persatuan Pencinta Alam Cawangan Kedah membantah sekeras-kerasnya cadangan berkenaan meskipun kerajaan negeri memberi jaminan ia tidak akan menjejaskan alam sekitar dan bekalan air untuk kegunaan pertanian.

Ulasan: Lupakanlah mimpi untuk menebang balak di kawasan tadahan kerana ia sangat merbahaya kepada kuantiti air di dalam bumi. Jangan zalim kepada alam sekitar kerana nanti rakyat merana. Kepada penasihat-penasihat Menteri Besar Kedah sila banyakkan membaca kesan pembalakan keatas kuantiti air setempat, perhatikan negara yang merana kerananya dan bertanyalah kepada pakar yang ikhlas. Kehadiran pokok mempunyai kaitan terhadap kuantiti air pada permukaan bumi, di dalam tanah, atau di dalam atmosfiar.

Publisiti murahan: 4 anggota PKR berbasikal ke Parlimen
KUALA LUMPUR 23 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan empat wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen…

Ulasan: Sayang sekali, kerajaan BN tidak faham apa ertinya protes rakyat melalui wakil rakyat PKR terhadap kenaikan harga petrol dan diesel. Satu hari nanti, bila BN kalah dan tidak memegang kuasa pemerintahan barulah mereka faham erti protes rakyat.

Batu Putih: Bukti perlu untuk semakan semula
PUTRAJAYA 23 Jun - Malaysia memerlukan bukti yang kukuh bagi membolehkan semakan semula dilakukan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Batu Putih menjadi hak milik Singapura pada bulan Mei lalu.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, semakan semula itu selaras dengan peruntukan bawah ICJ sendiri yang membolehkan petisyen bagi mencabar keputusan itu dikemukakan jika mempunyai bukti baru yang kukuh.
''Kita perlu ada bukti tertentu yang sehingga kini tidak dapat ditemui, khususnya yang berkisar sekitar tahun 1844 iaitu tentang surat kebenaran untuk mendirikan rumah api," katanya…

Ulasan: Perlu serius untuk mengambil balik Pulau Batu Puteh.

Malaysia PM denies his deputy's wife was involved in sensational killing of Mongolian woman

KUALA LUMPUR, Malaysia: Malaysia's prime minister denied Tuesday that his deputy's wife was involved in the sensational killing of a young Mongolian woman, and said that action will be taken against the prominent blogger who made the allegation.
Blogger Raja Petra Raja Kamaruddin signed a sworn statement earlier this month, claiming he has information linking Deputy Prime Minister Najib Razak's wife, Rosmah, to the October 2006 slaying of Altantuya Shaariibuu, a 28-year-old freelance translator and interpreter.
"Raja Petra's actions are unacceptable. It is not right," Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told reporters Tuesday. "I don't believe that Najib and Rosmah are involved."…
(The Associated Press, June 24, 2008)

Comment: Let justice decides. A comment written by Msiasky, June 25, 2008 in Malaysia today http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9197/37/ is interesting to note--
Abdullah, there were precedence when you said no, the answer turn out to be YES. Example, rumours about you are getting married, the date of election, petrol price up. In this case, although you denied it but based on past experience the way you answered sensitive issue, I’m taking it you are indirectly saying, “YES”. Thanks for the reply.

Rakyat Indonesia mahu syariah
JAKARTA: Majoriti rakyat Indonesia yang disoal dalam satu tinjauan kebangsaan menyokong penubuhan undang-undang Islam tetapi tidak sampai separuh mahu hukuman berat seperti memotong tangan pencuri atau memaksa wanita memakai pakaian menutup aurat dilaksanakan.
Agensi tinjauan Australia, Roy Morgan Research, semalam berkata kira-kira 52 peratus penduduk negara itu yang disoal antara Julai 2007 hingga Mac 2008 menyokong pengenalan beberapa bentuk undang-undang Syariah, di kawasan mereka…(BH, 25/6/08).

Ulasan: Kalau menerima Allah sebagai Tuhan kita, kenalah terima undang-undang dari Allah dalam hidup kita.

Monday, June 23, 2008

Tiada niat susahkan rakyat

KOTA KINABALU 17 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak sesekali berniat untuk menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga petrol dan diesel sehingga menyebabkan kehidupan mereka menjadi lebih sukar dan tertekan...

Ulasan: Tidak perlu lagi di ungkit masalah niat kerana terbukti di depan mata bahawa kenaikan harga petrol dan diesel yang di isytiharkan oleh PM telah menghuru-harakan negara dan menyebabkan rakyat menderita akibat kesan kenaikan harga barangan pengguna lain. Sudah terang lagi bersuluh kalau Barisan Nasional sudah kekeringan idea untuk memerintah sila beri laluan kepada Pakatan Rakyat pula.

BN sokong Abdullah
KUALA LUMPUR 18 Jun – Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini menyatakan sokongan padu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan berjanji akan berdiri teguh di belakangnya jika terdapat usul mencabar kepimpinan beliau di Parlimen.
Mereka juga menyelar rancangan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengemukakan atau menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat Isnin ini dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang terkeluar daripada landasan permuafakatan BN.

Ulasan: Sepatutnya UMNO sebagai parti yang kebanyakkan ahlinya Melayu Islam telah lama menyuarakan rasa tidak hilang kepercayaan lama sebelum SAPP terhadap PM kerana Islam menyuruh kita mencegah kemungkaran bila kita nampak ianya berlaku. Rakyat biasa pun boleh nampak kelemahan Pak Lah sebagai PM tak kan orang politik UMNO tidak nampak.

Sedih kerana perjuangan kita kini hanya untuk cari makan @ agenda peribadi bukan lagi kerana membela bangsa dan agama menyebabkan kita takut dan bacul. Akhirnya UMNO hidup sebagai parti yang sudah tamat tarikh laku dan akan hancur. Sokong hanya yang benar.

Sultan Johor akan ikhtiar dapatkan semula Batu Putih
JOHOR BAHRU 19 Jun – Sultan Johor, Sultan Iskandar bertitah, baginda akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Batu Putih yang kini dimiliki Singapura. Baginda bertitah, pulau berkenaan bukan milik republik itu, sebaliknya hak kerajaan Johor. “Saya akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan Batu Putih yang kini dimiliki Singapura supaya kembali kepada kerajaan Malaysia.
“Suka saya ingatkan bahawa saya tidak lupa pada Batu Putih. Pulau itu bukan hak Singapura, tetapi hak Johor. Sampai bila pun saya akan cari ikhtiar dapatkan semula pulau milik Johor itu,” titah baginda.
Sementara itu, Abdul Ghani ketika diminta mengulas titah Sultan Johor itu berkata, pihaknya akan mengambil kira perkara yang dibangkitkan oleh baginda.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu…

Ulasan: Kerajaan pusat (BN) tidak melakukan yang terbaik untuk mempertahankan wilayah negeri di dalam negara. Berjiran dengan jiran yang jahat, kenapa negara menjadi terlalu lembut tengkok? Ada pulau lagi nak di berikan kepada jiran yang jahat yang laparkan tanah?

Monday, June 09, 2008

Kerajaan beku lesen hypermarket baru

KL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) akan membekukan sementara waktu permohonan bagi membuka cawangan-cawangan hypermarket dalam negara. Menterinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pembekuan itu bertujuan melindungi kepentingan para pengusaha pasar basah yang menghadapi saingan hebat ekoran kewujudan hypermarket itu. Beliau berkata pembekuan itu hanya untuk permohonan yang baru sahaja, manakala bagi yang sudah diluluskan, mereka boleh terus beroperasi seperti biasa.
"Bagaimanapun kerajaan akan memberi kelulusan bagi permohonan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk membuka cawangan-cawangan hypermarket," katanya kepada pemberita selepas melawat pasar awam Batu Lanchang di sini hari ini…(Bernama,Isnin, 09 Jun 2008).

Ulasan: Dulu Pak Lah (lama sebelum menjadi PM) bercakap perkara yang sama. Tapi masa yang beredar menunjukkan perkara yang di janjikan itu hanyalah dongeng politik BN. Kepada semua menteri kerajaan BN: Kotakan janjimu. Jangan marah bila rakyat mengandaikan bila kerajaan negeri tiba-tiba memohon membuka cawangan-cawangan hypermarket sudah tentu kuasa politik negeri telah di salahguna oleh ahli perniagaan.

Prices to go up 10% next month
IPOH: Consumers can expect the prices of many essential items to increase by as much as 10% next month. Federation of Sundry Goods Merchant Associations of Malaysia president Lean Hing Chuan said sundry store owners have no choice but to raise the prices of goods not controlled by ceiling prices to survive the impact of the fuel price hike. Lean said canned food and other items with plastic packaging were likely to be sold at a higher price but declined to disclose the actual list of goods.
“Goods transported long distance by lorries are also expected to increase by at least 10%,” he said yesterday after the 87th anniversary luncheon of the Perak Sundry Shops Guild…(thestar.com.my).

Ulasan: Selamat tinggal BN kerana tradisi membebankan rakyat.

Ops sita bas bermula
KUALA LUMPUR 8 Jun – Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengarahkan 100 pegawai dan kakitangannya melakukan kerja-kerja penyamaran hampir 24 jam di terminal-terminal bas seluruh negara sejurus selepas mendapat laporan ada pengusaha bas ekspres menaikkan tambang tanpa kebenaran.
Hasilnya, setakat tengah hari ini tujuh permit melibatkan enam syarikat bas disita di Johor sahaja akibat pelbagai kesalahan termasuk menaikkan harga tiket tanpa kebenaran…

Ulasan: Semua boleh berjaya jika pegawai kerajaan tak makan rasuah.

Potong elaun menteri tidak rasional
PULAU PINANG 8 Jun - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional.
Sepatutnya, kata beliau, cadangan untuk menjimatkan wang kerajaan perlu difokuskan kepada aspek rasional dan bukan disebabkan oleh perasaan marah kepada menteri…

Ulasan: Di Malaysia, apakah menteri sentiasa membuat yang rasional? Kalau di negara maju, sudah menjadi budaya menteri letak jawatan bila kementeriannya terlibat dengan masalah. Di negara kita, kita pula berhempas-pulas mempertahankan kerusi walaupun rakyat tahu apa yang sebenar. Rupa-rupanya amalan yang tidak rasional sebagai salah satu ramuan yang membuatkan mereka jauh lebih maju dari kita..

Kakitangan awam dilarang kerja sambilan
KUALA LUMPUR 8 Jun – Kementerian Sumber Manusia tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk membolehkan kakitangan kumpulan sokongan bekerja sambilan selepas waktu pejabat.
Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, kakitangan awam tidak boleh melakukan kerja sambilan kerana ia telah terikat dengan perjanjian dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dikhuatiri boleh mengganggu produktiviti mereka…

Ulasan: Pilihan yang ada: undi terus kerajaan BN atau undi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Rakyat ada hak untuk memilih kerajaan yang prihatin kepada rakyat.

Friday, June 06, 2008

Desak kaji semula - Rakyat anggap harga baru petrol, diesel membebankan

KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan diminta mengkaji semula harga baru petrol dan diesel yang masing-masing naik 78 sen dan RM1 seliter kerana ia membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Saranan supaya kenaikan itu disemak kembali dibuat kerana orang ramai menjangkakan kenaikan harga petrol dan diesel akan menyebabkan harga barangan keperluan, kos perkhidmatan dan tambang pengangkutan awam akan menjadi bertambah mahal.
Kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter merupakan peningkatan sebanyak 40 peratus dan 63 peratus berbanding harga sebelumnya…

Ulasan: Kalau kerajaan BN sudah kehabisan idea untuk membantu rakyat, sila beri laluan untuk rakyat merasai kerajaan baru yang bukan BN. Tiada kerajaan yang kekal. Yang penting rakyat dan negara terbela.

Demonstrasi tidak selesai masalah
SHAH ALAM 5 Jun - Usaha pihak tertentu termasuk parti pembangkang menganjurkan demonstrasi jalanan membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan semalam tidak akan dapat menyelesaikan masalah.
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menasihatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan tindakan sedemikian…

Ulasan: Demonstrasi aman hak rakyat. Rakyat yang selesa dan tidak pun terbeban dengan kenaikan harga minyak dan letrik dan segala kesan terhadap harga barangan pengguna, tidak perlu hadir. Atau boleh bersama-sama hadir sebagai menyatakan sokongan terhadap rakyat yang menderita akibat kenaikan ini. Polis perlu bertindak profesional dalam hal ini.

Pemberian air percuma seperti dijanjikan
SHAH ALAM 5 Jun - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor memberi jaminan rakyat di negeri itu akan menikmati kemudahan air percuma bagi 20 meter padu pertama bermula bulan ini seperti yang dijanjikan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang permasalahan antara pihak-pihak berkaitan berhubung pemberian air percuma yang timbul sebelum ini telah diselesaikan…

Ulasan: Tinggalkanlah BN yang kian hilang idea untuk membantu rakyat. Mari bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.

Wednesday, June 04, 2008

Turki timbang batal kebenaran bertudung

ANKARA 3 Jun – Seorang pegawai kehakiman hari ini menyatakan bahawa mahkamah tertinggi Turki minggu ini akan mempertimbangkan untuk membatalkan undang-undang yang membenarkan pemakaian tudung di universiti.
Dua parti pembangkang meminta Mahkamah Perlembagaan memansuhkan undang-undang tersebut. Kebanyakan rakyat Turki berfahaman sekular melihat tudung sebagai lambang politik…

Ulasan: Orang lain sudah nun maju ke depan meninggalkan kita, orang Islam. Kita pula masih sibuk dengan usaha untuk membatalkan undang-undang yang membenarkan pemakaian tudung di universiti.
Bila kita lupa agama, kita akan sibuk dan habiskan masa membuat perkara2 yang kecil.

68,238 pemegang VOA tinggal lebih tempoh
KUALA LUMPUR 4 Jun - Sebanyak 68,238 dari 208,451 pemegang visa ketibaan (VOA) yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal menunjukkan rekod keluar negara ini sejak pelaksanaan pas itu pada 1 September 2006.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung berkata, kesemua kesalahan warga asing yang memasuki Malaysia atas tujuan sosial itu mengikut Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 kerana masih berada di dalam negara selepas tempoh masa dibenarkan. Menurutnya, bilangan terbanyak VOA yang tinggal lebih masa terdiri daripada warga negara India iaitu 35,912 orang, Pakistan (13, 014), Bangladesh (6,688), China (5,452) dan Sri Lanka (5,093)…

Ulasan: Sila buat peraturan membatalkan VOA kepada warganegara India, Pakistan, Bangladesh, China dan Sri Lanka.

Batu Puteh: Segera kemukakan semakan kehakiman

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Kerajaan mesti bertindak segera untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman (judicial review) kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam tuntutan bertindih Malaysia dan Singapura ke atas Pulau Batu Puteh, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
"Jangan nanti sehingga hampir sepuluh tahun baru hendak membuat semakan kehakiman. Jika Singapura mengukuhkan lagi cengkaman dan kelengkapan ketenteraannya ke atas pulau itu, keadaan akan semakin sukar," kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa kerajaan membuat persediaan yang lebih rapi dan menyeluruh…

Ulasan: Setakat ini rakyat tidak nampak kesungguhan kerajaan BN untuk mempertahankan Pulau Batu Puteh. Padahal sejak kecil kita di ajar supaya dalam mempertahan hak kita mesti sanggup berputih tulang. Bukan hanya putih mata dan tidak membuat persediaan homework secukupnya.

Monday, June 02, 2008

Pameran udara serlah kehebatan TUDM

SUBANG 1 Jun - Kecanggihan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memukau kira-kira 25,000 pengunjung pameran dan pertunjukan udara sempena Sambutan Jubli Emas TUDM hari ini.
Aksi pesawat tempur terbaru TUDM, Sukhoi SU-30MKM merupakan aset yang paling menarik perhatian ramai pada pertunjukan udara di Pangkalan Udara Subang di sini bermula pukul 9 pagi sehingga 5 petang...

Ulasan: Apakah kehebatan memiliki peralatan pertahanan hanya untuk memukaukan rakyat? Kita mempunyai berbagai yang boleh memukau rakyat tapi sayang sebutir peluru pun tak pernah di gunakan untuk mempertahankan Pulau Batu Puteh.

Israel bina lagi rumah di kawasan dituntut Palestin
BAITULMAQDIS 1 Jun - Rejim Tel Aviv akan membina 884 rumah di Baitulmaqdis Timur dan tindakan tersebut dijangka mencetuskan kemarahan Palestin yang menuntut kawasan itu sebagai ibu negara Palestin merdeka.
"Kami akan membuka tender bagi pembinaan 121 unit rumah di Har Homa dan 763 rumah di Pisgat Zeev," kata jurucakap Kementerian Perumahan, Eran Sidis.
Kedua-dua kawasan itu terletak di Baitulmaqdis Timur yang diduduki rejim selepas perang 1967 tetapi dituntut oleh Palestin untuk dijadikan ibu negara dalam rundingan damai terbaru...

Ulasan: Dasar Israel yang menjajah Palestin, rundingan damai akan berterusan tetapi kerja merampas dari tanah jajahan pun akan berterusan. Kenapa negara OIC dan negara Arab menjadi penakut?