KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan diminta mengkaji semula harga baru petrol dan diesel yang masing-masing naik 78 sen dan RM1 seliter kerana ia membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Saranan supaya kenaikan itu disemak kembali dibuat kerana orang ramai menjangkakan kenaikan harga petrol dan diesel akan menyebabkan harga barangan keperluan, kos perkhidmatan dan tambang pengangkutan awam akan menjadi bertambah mahal.
Kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter merupakan peningkatan sebanyak 40 peratus dan 63 peratus berbanding harga sebelumnya…
Ulasan: Kalau kerajaan BN sudah kehabisan idea untuk membantu rakyat, sila beri laluan untuk rakyat merasai kerajaan baru yang bukan BN. Tiada kerajaan yang kekal. Yang penting rakyat dan negara terbela.
Demonstrasi tidak selesai masalah
SHAH ALAM 5 Jun - Usaha pihak tertentu termasuk parti pembangkang menganjurkan demonstrasi jalanan membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan semalam tidak akan dapat menyelesaikan masalah.
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menasihatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan tindakan sedemikian…
Ulasan: Demonstrasi aman hak rakyat. Rakyat yang selesa dan tidak pun terbeban dengan kenaikan harga minyak dan letrik dan segala kesan terhadap harga barangan pengguna, tidak perlu hadir. Atau boleh bersama-sama hadir sebagai menyatakan sokongan terhadap rakyat yang menderita akibat kenaikan ini. Polis perlu bertindak profesional dalam hal ini.
Pemberian air percuma seperti dijanjikan
SHAH ALAM 5 Jun - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor memberi jaminan rakyat di negeri itu akan menikmati kemudahan air percuma bagi 20 meter padu pertama bermula bulan ini seperti yang dijanjikan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang permasalahan antara pihak-pihak berkaitan berhubung pemberian air percuma yang timbul sebelum ini telah diselesaikan…
Ulasan: Tinggalkanlah BN yang kian hilang idea untuk membantu rakyat. Mari bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment