KUALA LUMPUR: Nafsu iblis suami yang gemar ‘makan luar’ dengan mengamalkan seks bebas, termasuk meniduri pelacur mengundang tragedi kepada isteri mereka.
Beberapa isteri malang kini hanya menunggu masa ‘dijemput’ ajal selepas dijangkiti virus HIV daripada suami masing-masing…(hmetro.com.my, 25/6/08).
Ulasan: 'Makan luar' dengan mengamalkan seks bebas termasuk meniduri pelacur ialah zina. Zina dalam Islam termasuk salah satu dosa besar yang harus dijauhi oleh semua individu yang mendakwa dirinya muslim. Al Quran, Surah Al Isra ayat 32, secara jelas menyatakan “Janganlah mendekati zina. Sesungguhnya zina itu perbuatan tercela dan suatu jalan (menuju banyak) kejahatan (dan keburukan yang lain).”
Imam Syafi’i pernah berkata: Jagalah dirimu baik-baik, nescaya isterimu akan menjaga dirinya dengan baik. Hindari perbuatan keji yang tidak pantas dilakukan oleh seorang muslim. ZINA ITU IBARAT HUTANG, jika kau lakukan, maka ISTERIMU dan ANAK-ANAKMU yang akan membayarnya. Renungkanlah. (Abu Qamar Salahuddin. 1996. 10 Wasiat Imam Syafi’i, Darul Nu’man : Kuala Lumpur, muka surat 52).
Dengan dakwah, manusia akan insaf dan hidup beragama itulah jalan paling selamat. Marilah kita mendakwahkan kebenaran.
Terapi rawat mati pucuk dan sakit pinggang melalui solat
KUALA LUMPUR 26 Jun - Tiga pensyarah Universiti Malaya berjaya menemui kaedah terapi untuk merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang untuk wanita melalui solat. Penemuan itu adalah hasil kajian saintifik dan dibukukan dalam buku bertajuk `Solat’ terbitan Universiti Malaya…
Ulasan: Sesuatu yang datangnya dari Allah dan di amalkan oleh Rasulullah s.a.w. sudah pasti ada kebaikannya untuk kita.
Parlimen Indonesia kaji semula harga minyak
JAKARTA 25 Jun - Parlimen Indonesia bersetuju menilai semula langkah kerajaan menaikkan harga minyak selepas 21 orang cedera dalam tunjuk perasaan oleh pelajar-pelajar universiti, semalam. Pengundian itu dibuat lewat semalam bagi mempertimbangkan semula kenaikan minyak yang mencetuskan kemarahan pihak pembangkang pada Mei lalu. Kerajaan pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebelum ini memutuskan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kerajaan menanggung subsidi bahan api…
Ulasan: Kepada kerajaan di mana-mana pun juga: Apakah rakyat mesti berkorban darah, barulah protes rakyat di mbil kira? Pemimpin negara wajar sedar bahawa kalau tidak ada rakyat yang menyokong, apalah kamu sekarang ini?
No comments:
Post a Comment