Wednesday, June 25, 2008

Samak sedia letak jawatan jika tewas usul tidak percaya

BANGKOK 22 Jun - Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej berkata, beliau akan hanya berundur jika beliau tewas dalam pengundian usul undi tidak percaya terhadap beliau.
Perdana Menteri dalam ucapan ke seluruh negara hari ini berkata, beliau bersedia untuk menjadi pembangkang jika rakan-rakan kongsinya dalam kerajaan campuran berpaling tadah dan beliau tewas dalam pengundian usul undi tidak percaya di Parlimen…

Ulasan: PM kita boleh belajar dari Thailand. Tak perlu layan wakil rakyat macam kanak-kanak.

PBB isytihar pilihan raya Zimbabwe tidak adil
NEW YORK 24 Jun – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan bahawa pilihan raya Presiden tidak mungkin diadakan secara adil di Zimbabwe disebabkan “kempen keganasan” yang dijalankan oleh kerajaan Presiden Robert Mugabe…

Ulasan: Ibarat mengata dulang paku serpih. PBB hanyalah kelab kuasa besar yang pastikan tiada negara berani melawan mereka.

Tetap diteruskan - Azizan
ALOR STAR 23 Jun - Menteri Besar, Azizan Abdul Razak menolak dakwaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa kerajaan negeri gagal menguruskan sumber pendapatan negeri dengan baik sehingga terpaksa merancang menebang balak di kawasan tadahan air.
Azizan menjelaskan, pembalakan yang akan dilakukan cuma tertumpu kepada penebangan kira-kira tiga batang balak yang tua di kawasan berkenaan tanpa menjejaskan pokok-pokok lain.
''Kalau kita tak kerat (tebang), pokok-pokok tua ini akan tumbang kerana ia sudah reput dan tentulah menjejaskan pokok-pokok lain," kata beliau.
&
Kaji semula - Nik Aziz
KUALA LUMPUR 23 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta kerajaan Kedah mengkaji semula rancangan untuk menebang balak di kawasan tadahan air. Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan negeri itu harus memberi tumpuan kepada usaha mencari kawasan pembalakan yang kedudukannya 1,000 meter dan ke atas seperti dilakukan di Kelantan.
Beliau bimbang sekiranya rancangan itu diteruskan, ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air dan alam sekitar termasuk boleh menyebabkan bukit runtuh.
&
Pencinta Alam Kedah tentang
ALOR STAR 23 Jun - Cadangan kerajaan Kedah untuk menebang balak di kawasan tadahan terus mendapat bantahan pihak yang khuatir mengenai masa depan alam semulajadi dan sumber air di negeri ini pada masa akan datang.
Terbaru, Persatuan Pencinta Alam Cawangan Kedah membantah sekeras-kerasnya cadangan berkenaan meskipun kerajaan negeri memberi jaminan ia tidak akan menjejaskan alam sekitar dan bekalan air untuk kegunaan pertanian.

Ulasan: Lupakanlah mimpi untuk menebang balak di kawasan tadahan kerana ia sangat merbahaya kepada kuantiti air di dalam bumi. Jangan zalim kepada alam sekitar kerana nanti rakyat merana. Kepada penasihat-penasihat Menteri Besar Kedah sila banyakkan membaca kesan pembalakan keatas kuantiti air setempat, perhatikan negara yang merana kerananya dan bertanyalah kepada pakar yang ikhlas. Kehadiran pokok mempunyai kaitan terhadap kuantiti air pada permukaan bumi, di dalam tanah, atau di dalam atmosfiar.

Publisiti murahan: 4 anggota PKR berbasikal ke Parlimen
KUALA LUMPUR 23 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan empat wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen…

Ulasan: Sayang sekali, kerajaan BN tidak faham apa ertinya protes rakyat melalui wakil rakyat PKR terhadap kenaikan harga petrol dan diesel. Satu hari nanti, bila BN kalah dan tidak memegang kuasa pemerintahan barulah mereka faham erti protes rakyat.

Batu Putih: Bukti perlu untuk semakan semula
PUTRAJAYA 23 Jun - Malaysia memerlukan bukti yang kukuh bagi membolehkan semakan semula dilakukan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Batu Putih menjadi hak milik Singapura pada bulan Mei lalu.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, semakan semula itu selaras dengan peruntukan bawah ICJ sendiri yang membolehkan petisyen bagi mencabar keputusan itu dikemukakan jika mempunyai bukti baru yang kukuh.
''Kita perlu ada bukti tertentu yang sehingga kini tidak dapat ditemui, khususnya yang berkisar sekitar tahun 1844 iaitu tentang surat kebenaran untuk mendirikan rumah api," katanya…

Ulasan: Perlu serius untuk mengambil balik Pulau Batu Puteh.

No comments: