Monday, November 10, 2008

Bekas KSU bebas tuduhan bersubahat tipu dana Ketengah RM9 juta

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Aziz Muhammad dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan bersubahat dalam melakukan pecah amanah dan penipuan melibatkan RM9 juta dana Ketengah…

Ulasan: Sudah habis khazanah negara RM9 juta tapi tiada siapa di pertanggungjawabkan. Pelik. Apakah senang hidup mereka yang menipu rakyat dan diri sendiri? Untuk kebahagiaan hidup duniadan akhirat carilah rezeki yang halal.

Muhammad dakwa pencalonannya disekat
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba menyekat pencalonannya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO bagi memastikan beliau tidak dapat bertanding pada pemilihan Mac depan…

Ulasan: Kehebatan UMNO sebagai komponen terbesar BN kerana seolah-olah berada di luar wilayah pihak polis dan BPR. Tentulah lebih senang di uruskan sekiranya sebarang pertubuhan tunduk kepada undang-undang Malaysia.

Calon politik wang diketahui
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Lembaga Disiplin UMNO melalui khidmat pemantau yang diwujudkan telah berjaya mengenal pasti calon-calon yang menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan politik wang sepanjang tempoh pemilihan parti yang berlangsung sejak bulan lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, calon-calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden didapati menggunakan khidmat pengurus, perayu dan pelobi atau 3P untuk mendapatkan pencalonan…

Ulasan: Kasihan UMNO kerana tak habis-habis di belit oleh wang. Wang sebagai pelaburan untuk beli undi perwakilan, dapat undi buat wang. Kepemimpinan adalah sebenarnya tanggung jawab, bukan tiket untuk buat duit dengan menghabiskan khazanah negara melalui perniagaan kroni.
BPR yang setakat ini lebih berwibawa berbanding Lembaga Disiplin UMNO perlu di beri kuasa menyiasat penyalahgunaan kuasa dan amalan politik wang dan membawa kes itu ke mahkamah. Semua rakyat suka melihat negara sifar rasuah. Bagaimana UMNO?

Anak bekas menteri, dua lagi bebas tuduhan bunuh
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Seorang anak bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dua penganggur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh Dr. T. Ariaratnam di kliniknya di Bangsar lima tahun lalu.
Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali membebaskan Lee Jun Ho, 27, Choy Chin Chuan dan Nor Adzlan Idris masing-masing berusia 25 tahun tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Beliau memutuskan demikian selepas mendapati terdapat lompang dalam kes pendakwaan terutama kegagalan memanggil dua orang saksi utama, iaitu kakitangan klinik tersebut yang melihat kejadian berkenaan…

Ulasan: Saksi utama tidak di panggil, apa kerja pihak pendakwaan? Pegawai penyiasat khabarnya terlatih. Tetapi?

Bimbang kedudukan Melayu tercabar
KUALA KANGSAR 5 Nov. - Perasaan bimbang mengenai kedudukan orang Melayu yang sudah tercabar di negaranya sendiri merupakan faktor utama Gabungan Melayu Perak (GMP) menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ini kerana semua perkara yang berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan termasuk kontrak sosial telah mula dipertikaikan, sekali gus mengancam kedudukan pribumi di negara ini.
Beliau berkata, mereka juga telah mula mengungkit Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang termasuk di dalamnya mengenai keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu.
"Baru-baru ini ada yang mengatakan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang. Saya rasa perkara ini tidak perlu diungkit lagi kerana semua ini telah termaktub dalam perlembagaan.
"Oleh itu, kami berpendapat kita perlu taat setia kepada Sultan serta berdiri teguh mempertahankan kedaulatan, institusi kesultanan, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," katanya…

Ulasan: Malaysia terletak di Nusantara atau juga di sebut Kepulauan Melayu. Mereka yang mengatakan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang di persilakan bercermin muka dulu.

Henti guris Melayu
KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.
Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.
Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu…

Ulasan: Kepada orang politik dari semua parti yang ada yang kerap mengguris hati orang Melayu, eloklah mencari jalan lain untuk menjadi hero negara dan bukan hanya hero etnik tertentu tanpa mengguris hati sesiapa pun.

Polis terpaksa guna kekerasan
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan sehingga membunuh dua ahli Geng Ah Took di Sungai Long, Kajang awal pagi ini, sebagai membalas tindakan ganas kumpulan itu menembak ke arah mereka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mempertahankan diri dan melindungi anggota dan pegawainya daripada berhadapan dengan maut…

Ulasan: Rakyat boleh faham kerana itu dalam kes jenayah. Tetapi yang di persoalkan lagi dan lagi rakyat ialah bila PDRM menggunakan kekerasan di luar kes jenayah, umpamanya terhadap perhimpunan aman rakyat yang mahukan pilihan raya di negara ini yang bebas dan adil.

No comments: