Friday, November 14, 2008

Keputusan UPSR lebih baik

PUTRAJAYA 13 Nov. – Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya...

Ulasan: Untuk dapat A dalam keadaan biasanya pelajar mesti dapat markah 80% dan ke atas. Tapi umum maklum bahawa sudah lama kerajaan menggunakan naik turun graf untuk pemarkahan. Menteri Pelajaran pun orang politik UMNO. Untuk menjaga kedudukannya, tidak pelik keputusan peperiksaan pun di politikkan. Kita tahu sebab itulah gaya tidakan orang UMNO. Walaupun begitu, tahniah kepada pelajar-pelajar dan keluarga dan guru yang berbakti sehingga betul-betul dapat 80% dalam UPSR. Selamat berjaya dan bersamalah kita mengubah gaya politik di Malaysia.

Johor ambil alih dua loji air diurus Singapura
KOTA TINGGI 13 Nov. - Dua loji di Johor yang diuruskan oleh syarikat milik Singapura akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri apabila Perjanjian 1961 mengenai pembekalan air mentah ke negara jiran itu tamat pada 2011.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong berkata, penyerahan itu adalah berdasarkan perjanjian kerana urusan bekalan air terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri akan memperincikan proses penyerahan loji itu kerana apabila tiba tahun 2011, maka loji-loji itu akan diserahkan semula kepada Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pemantauan Air Sedunia Peringkat Kebangsaan di Air Terjun Kota Tinggi di sini hari ini.
Johor mempunyai 42 loji rawatan air dengan dua daripadanya iaitu Loji Sungai Skudai dan Loji Sungai Johor diuruskan oleh syarikat milik Singapura, Public Utilities Board (PUB).
Selain PUB, tiga lagi pengendali loji adalah syarikat tempatan dengan majoritinya iaitu 26 buah loji diuruskan oleh Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH).
Berdasarkan Perjanjian 1961, Singapura boleh mendapat 80 juta gelen air sehari dari kawasan tadahan Pulai, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai di Johor hingga 31 Ogos 2011.
Kedua-dua negara mempunyai satu lagi perjanjian iaitu Perjanjian 1962 yang membenarkan Singapura mendapatkan 50 juta gelen sehari dari Sungai Johor hingga 28 September 2061…

Ulasan: Selamat kembali. Tapi Sungai Skudai sudah tercemar oleh oleh sikap kita termasuk juga kilang-kilang di hulunya. Air dari gunung masih kepunyaan Singapura...

No comments: