KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.
Pada sidang akhbarnya di Hotel Maya di sini hari ini, beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mengenali atau pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.
“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.
“Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran. Hari ini saya ingin jelaskan seperti mana keterangan saya kepada polis, Najib tidak terlibat,” katanya pada sidang akhbar selama hampir 45 minit itu yang sesak dengan wakil media tempatan serta asing...
Ulasan: Rakyat lebih suka kalau hal Najib di putuskan oleh mahkamah. Kenapa sampai susah sangat hendak mengadap hakim? Bukankah pegangan di mana-mana kita sepatutnya ialah berani kerana benar.
Pertandingan kuatkan Wanita - Hishammuddin
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pengesahan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu dan melawan penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz akan menjadikan sayap parti itu bertambah kuat.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertandingan itu menunjukkan UMNO sedang melalui proses pendemokrasian yang tidak pernah dilihat sejak penubuhannya...
Ulasan: Tapi bagaimana pula UMNO Lelaki? Semua peraturan dibuat untuk menghalang pertandingan dan menggalakkan budaya rasuah politik dalam UMNO. Politik UMNO hanya tempat buat duit bila memegang jawatan politik tapi bermula dengan menabur duit @ memberi rasuah untuk mempengaruhi undi perwakilan. Semua orang tahu itulah mentaliti orang politik UMNO kini. Yang di kejar hanya pangkat dan harta benda/wang. Apabila orang yang cintakan dunia menjadi pemimpin, habis kekayaan negara di kautnya...
No comments:
Post a Comment