Wednesday, January 31, 2007

Kos baik pulih MRR2 lebih RM70 juta

SEPANGGAR 30 Jan. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan kos untuk membaik pulih jejambat Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) yang retak di Kepong melebihi RM70 juta.
Pengerusi PAC, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, berbanding kos sebenar jejambat tersebut sebanyak RM120 juta, jumlah itu adalah tinggi daripada jangkaan awal.
Menurutnya, ia menunjukkan kelemahan konsep reka dan bina yang diamalkan oleh kerajaan dalam pemberian projek pembinaan kepada kontraktor.
Keretakan dikesan pada 31 tiang jambatan dan kerajaan mengumumkan peruntukan awal RM40j bagi membaiki kerosakan.

Ulasan: Sebarang juruukur bahan dari JKR dapat mengenal pasti dengan mudah masalah antara kontraktor dan jurutera perunding. Ini kes mudah. Apa hasil laporan perunding luar mengenai penyiasatan MRR2?
Atau ada orang yang menyembunyikan fakta? Seolah-olah kita sahaja yang boleh bina (atau tak boleh bina).
Dengan ini sah bahawa konsep reka dan bina yang diamalkan oleh kerajaan BN/UMNO sangat merugikan wang rakyat.

No comments: