Selama hampir sepanjang atau lebih dari 40 tahun, permasalahan rasuah menjadi obsesi beliau. Dalam wawancara dengan sebuah akhbar Inggeris, beliau sekali lagi menegaskan bahawa rasuah adalah ‘masalah paling serius di dunia,terutama di Dunia Ketiga’. Beliau berpendapat jika isu rasuah tidak ditangani isu lain tidak akan dapat diselesaikan. Dalam konteks Dunia Ketiga, rasuah sudah menjadi barah yang serius sekiranya dibiarkan.
Beliau melihat sebahagian besar puncanya daripada pimpinan. Lagipun punca segala kejahatan manusia bermula daripada pemimpin. Jika pimpinannya rasuah, maka rasuah akan menular ke semua tempat .Ditanya mengapa rasuah berleluasa, jawapan beliau [dengan izin memetik ungkapan asalnya dalam bahasa Inggeris], because there is little public anger. Apa yang perlu ialah masyarakat menganggap jijik perlakuan itu dan rakyat turut menyatakan kemarahan yang jelas terhadapnya.
[Dari Di Luar Lingkaran Bersama Johan Jaaffar, Berita Minggu [muka surat 15]
Ahad, 28/1/2007.]
Ulasan: Selamat jalan Allahyarham Prof. menemui Allah Pencipta kita. Semoga Allah membalas amalnya dalam hidup dengan syurga abadi.
Bukunya The Sociology of Corruption di terbit pada 1968, 11 tahun selepas negara kita merdeka. Ini memberi erti sudah ada cerita rasuah dalam negara tercinta. Sayangnya rasuah berkembang juga kerana beliau terus memeranginya sampai hujung hidupnya. Rakyat yang ramai menjadi saksi melihat dan mendengar rasuah menjadi barah dalam negara kita.
Kenyataan yang terpaksa kita terima ialah sejak merdeka sehingga kini kepimpinan Malaysia sentiasa di bawah BN [dahulunya Perikatan] yang diterajui oleh parti terbesar, parti Melayu UMNO. Telahan dan daripada pengamatan Allahyarham bahawa jika pimpinannya rasuah, maka rasuah akan menular ke semua tempat. Maka rasuah di Malaysia bermula dari, sorry to say, pemimpin-pemimpin UMNO.
Siapa mereka? Yang kita kenal dan yang kita tak kenal, maklum kita bukan kenal semua mereka pemimpin-pemimpin UMNO dari pelbagai peringkat. Yang pastinya semua akan bertemu Allah di hari akhirat dan akan di pertanggungjawabkan di mahkamah Allah di akhirat.
Berseronoklah dengan keindahan haram wahai pemimpin UMNO yang menggunakan rasuah untuk membuncitkan tembolok masing-masing dan mengaut dunia menggunakan nama perjuangan bangsa Melayu/Islam.
Bersama-samalah kita sebagai rakyat merdeka di sebuah negara yang telah hampir 50 tahun merdeka menyeru kepada semua kepimpinan UMNO supaya tidak belot terhadap sokongan majoriti. Sokongan majoriti bukan bermakna pemimpin bebas rasuah tetapi sepatutnya jadikan Malaysia bebas dari rasuah.
Jadikan Malaysia bebas dari rasuah bukan hanya harapan peribadi Perdana Menteri tetapi juga semua kepimpinan parti pemerintah dari sekecil-kecilnya.
Cukuplah dan berhenti TERUS dari semua jenis rasuah kerana rakyat semua MENGANGGAP JIJIK perlakuan itu dan turut menyatakan KEMARAHAN YANG JELAS terhadap rasuah yang jelas haram menurut Islam.
Rasuah bertentangan dengan cara hidup rakyat Malaysia yang bermaruah. Kami jijik rasuah dan mahu kepimpinan yang bebas rasuah.
Bangsa Melayu akan hilang segala-galanya termasuk negara bila rasuah berleluasa. Nak sokong UMNO lagi ke? Jom kita mengundi selain dari BN dalam semua pilihan raya sampai UMNO sedar, bertaubat dan bertukar menjadi parti yang baik setelah kalah. Rakyat sudah sedar, tapi pemimpin UMNO masih lena dibuai rasuah.
No comments:
Post a Comment