BANGKOK 30 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Singapura tidak sensitif dan pentingkan diri sendiri dalam mengendalikan perbalahan dengan Thailand.
Akhbar The Nation yang memetik temu ramah Dr. Mahathir dengan Channel 5 melaporkan, Singapura dianggap sebagai tidak diplomatik oleh bekas Perdana Menteri itu.
“Singapura tidak pernah mengendahkan pandangan jiran-jirannya,” kata Dr. Mahathir.
Beliau turut menyifatkan sambutan Singapura terhadap kunjungan bekas Perdana Menteri Thaksin Sinawatra sebagai “tiada perasaan dan tidak bersimpati” kepada pentadbiran Thailand ketika ini.
Menurut beliau, Singapura hanya percaya kepada apa yang memberi keuntungan kepada mereka dan tidak akan menghiraukan pihak lain.
Ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Bangkok bahawa Singapura cuba merisik maklumat pentadbiran barunya, Dr. Mahathir sekadar berkata: “Itulah mereka.”
“Sama ada anda berbuat baik atau berkasar dengan mereka, anda tidak akan ke manamana. Mereka hanya fikir diri sendiri,’’ kata Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai pengalaman berurusan dengan negara republik itu.
Ulasan: Itulah cara Singapura di bawah parti PAP. Bayangkan kita berjiran dengan orang jahat…
No comments:
Post a Comment