Thursday, January 04, 2007

Remaja paling ramai dicekup khalwat

MELAKA: Golongan remaja menduduki carta teratas mereka yang paling ramai ditangkap khalwat di negeri ini tahun lalu iaitu membabitkan 554 kes daripada 931 kes keseluruhannya. Kebanyakan kes berkenaan berlaku kerana golongan remaja perempuan terbabit memberi alasan terlalu sayangkan kekasih selain ingin mencuba melakukan hubungan seks. Kes yang dilaporkan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) itu turut membabitkan hamil luar nikah, persetubuhan haram dan bersekediaman dengan bukan muhrim. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata kes khalwat membabitkan remaja adalah di kalangan mereka yang berusia 16 hingga 24 tahun…(Harian Metro).

Ulasan: Di lakukan oleh remaja di rosakkan pemikirannya oleh orang-orang tua di dalam negara kita. Siapa orang-orang tua itu (adults)? Siapa lagi kalau bukan pengarang dan krunya dalam penerbitan majalah cabul, pelakon dan yang terlibat dalam filem cabul dan penyanyi yang mendendangkan lagu yang cabul samada di luluskan oleh kerajaan atau tidak, serta filem dan website lucah yang masih lagi diizinkan oleh kerajaan kita. Istilah cabul sengaja di gunakan kerana boleh merosakkan pemikiran remaja berkaitan seks haram.

Kalau betul sayangkan remaja kita, jangan rosakkan pemikiran mereka. Carilah pekerjaan yang lain, hidup lebih berkat. Kepada wakil rakyat lakukan sesuatu yang terbaik supaya remaja menjadi rakyat yang bertanggung jawab.

No comments: