Friday, November 12, 2010

13 Mei: Ikut cara Singapura - Zam

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bersetuju tarikh 13 Mei perlu diingati sebagai Hari Muhibah Negara seperti Singapura menjadikan hari rusuhan kaum terburuk di republik itu pada 21 Julai 1964 sebagai Hari Keharmonian Kaum.

Hari Keharmonian Kaum di Singapura disambut setiap 21 Julai. 

Di Malaysia, katanya sebaik sahaja peristiwa 13 Mei berlaku, kerajaan mengambil langkah segera dan secara aktif mengadakan majlis-majlis muhibah yang memberi kesan besar bagi mengembalikan perhubungan baik dan rasa saling mempercayai antara kaum…

Ulasan: Politik perkauman di bawah BN (dulu Perikatan) adalah punca segala masalah. Selagi parti komponen BN terdiri daripada sesuatu etnik tertentu, selama itu kita berpecah merebut dunia sementara.

No comments: