Monday, November 01, 2010

Polis kaji tindakan ke atas syarikat bas terbabit nahas di Genting Sempah?

Polis kaji tindakan ke atas syarikat bas terbabit nahas di Genting Sempah

2010/11/01 SHAH ALAM: Polis sedang mengkaji tindakan yang boleh diambil terhadap syarikat bas yang bas miliknya terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh penumpang di Genting Sempah Jumaat lalu. 

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata kes itu akan diteliti secara terperinci sebelum tindakan diambil ke atas pemandu ataupun syarikat bas berkenaan. 
 
"Polis bersama-sama Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan sedang meneliti apa tindakan yang boleh diambil terhadap syarikat bas itu. Siasatan sedang berjalan dan apabila siap nanti, kita akan cadangkan (tindakan) kepada Pejabat Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan tugas Ketua Polis Selangor kepada Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Thaiveegan Arumugam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini...

Ulasan: Peraturan vs RM. Sama-sama lihat siapa juara? Mungkin berlainan tindakan bila negara sudah maju nanti.

No comments: