Thursday, November 04, 2010

Banjir terburuk sejak 2005

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Banjir yang melanda Perlis dan Kedah kali ini disifatkan paling buruk berbanding apa yang berlaku pada Disember 2005 dengan lebih 35,000 mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara setakat ini.

Setakat malam ini, jumlah kematian yang dicatatkan termasuk korban terbaru ekoran banjir adalah lima orang.

DI KEDAH, lebih 25,000 penduduk daripada 6,415 keluarga di empat daerah telah dipindahkan ke pusat-pusat penem patan berikutan keadaan banjir semakin teruk sejak dua hari lepas.

Mereka yang terlibat adalah dari Kubang Pasu iaitu 15,613 mangsa, Padang Terap (3,105) Kota Setar (5,331) dan Pokok Sena (1,039).

Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, sebanyak 94 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di keempat-empat daerah itu.

Dalam pada itu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar ditutup sehingga esok kepada semua penerbangan kecuali perkhidmatan helikopter.

DI PERLIS, jumlah pemindahan mangsa kini menjangkau 10,383 orang berbanding kira-kira 8,000 mangsa ketika negeri ini dilanda banjir pada 2005.

Bandar Kangar lumpuh sepenuhnya berikutan paras air banjir yang semakin meningkat sehingga menyebabkan ja lan-jalan utama ditutup untuk kenderaan ringan.

Sebanyak 14.6 juta padu air dilepaskan oleh Jabatan Pe ngairan dan Saliran (JPS) Negeri dari Empangan Timah Tasoh sejak Isnin lalu ekoran air yang melebihi paras bahaya.

Sementara itu, perkhidmatan tren antara bandar bagi laluan Arau-Tunjang pada hari ini dan esok dibatalkan.

DI KELANTAN pula, mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang bertambah kepada 452 orang berikutan limpahan air Sungai Golok dan mereka ditempatkan di dua lokasi pemindahan sementara iaitu di SK Gual Tinggi dan stesen kereta api lama di situ.

Paras air Sungai Golok kini melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.14 meter.

DI TERENGGANU, banjir kilat yang melanda negeri ini surut sepenuhnya hari ini ekoran cuaca cerah sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun sembilan mangsa daripada lima keluarga yang terdedah ancaman ombak besar di kawasan Kampung Pantai, Kuala Besut masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Pantai sejak kelmarin.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan MKN, kesemua mereka berpindah ekoran bimbang ombak kuat dan tinggi di be berapa buah pantai yang berdekatan kediaman mereka.

Ulasan: Jiran kita kena musibah gempa bumi, gunung berapi dengan asap beracun dan memuntahkan laharnya dan tsunami berkali-kali. Kita baru di uji sedikit. Dalam keadaan ini kerajaan kita di bawah BN masih mahu mengundang musibah bila Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan baru-baru ini kerajaan Malaysia BN mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan, antara perancangannya adalah dengan penubuhan kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP, mencadang menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020.  

Jangan marah bila Pemilik Sebenar Bumi Malaysia kepada kita. Kita tidak membanci maksiat. Kenapakah negara kita di bawah BN hidup bermaksiat kepadaNya? 

No comments: