2010/11/04 Struktur bangunan 30 tahun jadi tempat perlindungan
SEBUAH masjid berusia kira-kira 30 tahun di Kampung Pasapuat, Pagai Utara, Sumatera Barat masih tetap utuh walaupun beberapa kawasan perumahan sekelilingnya hancur dilanda badai tsunami, Isnin lalu.
Kesan ombak besar dapat dilihat di keliling pagar kayu Masjid Mujahidin itu dan pokok kelapa sekitarnya berdasarkan baju serta kain yang tersangkut pada ketinggian 13 meter.
Lebih pelik, apabila pagar kayu masjid berketinggian satu meter dan 80 peratus siap itu langsung tidak terjejas sekali gus membolehkan tiga keluarga yang melarikan diri di tempat ibadat itu bagi mengelak menjadi mangsa tsunami, terselamat.
Kejadian tsunami itu menyebabkan 11 rumah dan dua jambatan yang mengelilingi masjid musnah, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.
Selama seminggu, penduduk kampung terputus hubungan dengan masyarakat luar kerana angin kencang dan tiada pengangkutan. Mereka tidak dapat menyeberang lautan untuk meminta bantuan ke kampung seberang di Saumanganya menyebabkan hampir keseluruhan penduduk hanya menjamah kelapa untuk mengalas perut.
Bagaimanapun, mereka bersyukur kerana kesengsaraan mereka berakhir apabila beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam tiba bersama bekalan makanan selepas mengharungi perjalanan menaiki bot penumpang selama dua jam, semalam.
Bagi NGO Islam yang menggunakan jalan darat untuk mengangkut beras dan gula, mereka terpaksa mengharungi perjalanan selama tujuh jam menunggang motosikal…
Ulasan: Hati kecil kita takut kepada Allah, kita?
1 comment:
Assalamualaikum,
Sekadar menyampuk - jgn terperanjat sekiranya selepas ini kerajaan pimpinan BN akan menghalalkan pula ruamah-rumah urut dan puwat-pusat pelacuran demi menambahkan pendapatan negara ke arah mewujudkan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020!
Maka yang akan dicanangkan oleh para pemimpin mereka nanti ialah Malaysia akan menikmati faedah melalui kabanjiran pelancung-pelancung asing yang akan berbelanja puluhan juta ringgit dgn melampiaskan nafsu serakah mereka di pusat-pusat maksiat tersebut. Malahan, ribuan peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan melalui aktiviti-aktiviti tidak bermoral tersebut.
Peduli apa dengan ugama? Yang penting negara makmur dan ekonomi rakyat melimpah-ruah... Berjuang demi agama, bangsa dan negara? Ahh, bodohnya kita. Itukan slogan dan momokan politik semata-mata? Yang penting fulus, bro. FULUS!!! Bukankah ada wang, ada kuasa? Mula-mula lalaikan mereka dari agama, biar mereka leka dan alpa dgn keseronokan dunia. Lepas tu, bila p/raya menjelma, tabur saja duit kpd pengundi. Mereka pasti melonjak gembira dan memangkah BN. Sesungguhnya wang boleh membeli harga diri dan maruah manusia. Ya, manusia yang bahlol dan hanyut dengan kehidupan dunia tanpa memperdulikan yang halal dan haram, yang hak dan bathil...
Wallahu'alam
Post a Comment